Sunday, 10 February 2019

PERTANDINGAN MEMASAK ‘COOKING RIGHT LOOKING GOOD 2019’ : PENUH WARNA SERIBU PENGALAMAN

PERTANDINGAN MEMASAK ‘COOKING RIGHT LOOKING GOOD 2019’
PENUH WARNA SERIBU PENGALAMAN


Baru-bari ini AlongMurni (AM) telah menyertai Pertandingan Memasak ‘Cooking Right Looking Good 2019’ yang bertempat di Berjaya University Kolej. Sesuatu yang mengujakan AM kerana sejak beberapa tahun ini minat memasak AM semakin memuncak terutama memasak menu baru mengikut kreativiti. Tambah menarik, AM dan rakan-rakan blogger yang lain disediakan segala kelengkapan untuk memasak siap kena pakai Apron dan Topi tau!! rasa macam ada dalam Rancangan MasterChef la pulak!! Hahahaha..


Pertandingan Memasak ini dianjurkan oleh #my100comments dengan tajaan bersama   #nutriva_oliferin , #Oilum , #EubosMY dan menggunakan produk #alceneromy sebagai bahan masakan. Pertandingan seumpama ini diadakan sebagai salah satu langkah mengetengahkan menu-menu sihat dan berkualiti kepada masyarakat umumnya.


Oppss..AM bukan memasak seorang yea, AM satu kumpulan bersama dua anak muda yang benar-benar berbakat dan penuh karisma tau!! KIranya partner in crime AM kali ini adalah Marou dan Zul. Memang satu regu yang menarik dan AM senang bekerjasama di dapur bersama mereka.

PRODUK ALCE NERO JADI PILHAN 
SEBAGAI BAHAN MASAKAN BERKUALITI DAN TERBAIK.


Sebelum sesi memasak dimulakan, AM dan peserta lain diperkenalkan kepada pelbagai produk organik keluaran Alce Nero. Pada tahun 1978, Alce Nero menawarkan hampir 300 produk organik dari pasta, beras, pes sos tomato, sayur-sayuran, kekacang dan sup, biskut dan jus buah-buahan dan madu, makanan bayi dan pelbagai lagi .

MR NATHAN MEMBERI INFO TENTANG PRODUK ALCE NERO

Memang satu produk Organik yang sihat dan berkualiti kan?? Menurut Nathan Deverre, Penasihat Pemasaran Strategik, Ayam Brand Malaysia, produk yang ditanam dan diproses di Itali di lapangan yang bebas dari bahan kimia dan racun perosak.


Wah!!! Tak sabarnya AM nak memasak menggunakan Produk Alce Nero. AM dan ahli kumpulan AM diletakkan dalam kumpulan 6. Kami perlu menyediakan 3 hidangan dalam masa 3 jam dan yang paling penting adalah resepi dan bahan masakan telah tersedia di Stesen 6.  AM dan kumpulan AM perlu memasak 3 hidangan iaitu Tri-Color Asian Pasta Salad sebagai pembuka selera, Italian Seafood Laksa sebagai hidangan Utama dan Chinese Strawberry Jam Cakes sebagai pencuci mulut. Haa.. ketiga-tiga menu memang gempak dan Kumpulan AM beri perhatian penuh dalam menghasilkan hidangan mengikut resepi yang disediakan.



Mesti nak tau Siapa gerangan mentor AM dalam pertandingan memasak kali ini kan?? Beliau seorang gadis comel dan sejuk mata mendang tau!!Chef Athira, begitulah namanya secomel orangnya.  Chef Athira merupakan Pensyarah Chef di Berjaya University College dan beliau memperoleh Master of Philosophy (Pengajian Makanan) dari Université Toulouse Jean Jaurès, Le Mirail, Perancis. Bukan calang-calang rupanya Mentor AM kali ini. Walaupun tegas, beliau mudah didekati dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang masakan.



Sepanjang 3 jam berlalu, banyak yang AM telah pelajari di samping pengetahuan tentang konsep hiasan dan sentuhan rasa pada masakan. Memang satu pengalaman yang penuh berharga buat AM dan kumpulan.

AM DAN ZUL TENGAH MENELITI RESEPI SAMBIL MEMBUAT ADUNAN

AM, MAROU DAN ZUL BERBINCANG SAMBIL MEMASAK

AM TENGAH MENGASING TELUR KUNING UNTUK DILETAKKAN
DALAM ADUNAN YANG DISEDIAKAN ZUL

AM TENGAH MEMASAK KUAH LAKSA

MR NATHAN BERTANYA TENTANG BAHAN MASAKAN YANG AM GUNAKAN DALAM HIDANGAN

MR NATHAN MEMBERI INFO DAN PANDUAN

Alhamdulillah AM dan kumpulan berjaya menyiapkan 3 hidangan dalam masa yang ditetapkan. Kesemua hidangan bagi setiap kumpulan akan melalui proses penilaian uji rasa oleh Chef Athira dan Mr Nathan. Tawakal jelah.. Pertama kali AM memasak menu sebegini kan?? Janji ada rasa dan boleh dimakan kan??

Sementara menunggu keputusan dari juri, AM sempat melihat booth-booth lain yang menjadi penaja bagi Pertandingan Memasak ‘Cooking Right Looking Good 2019’.
------------------------------------------------------------------------------------
PRODUK NUTRIVA
MENINGKATKAN KESIHATAN & KECANTIKAN DALAM


Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage dan Nutriva® Nutritional Yeast, dua produk yang lazat untuk pelengkap keperluan pemakanan harian. Di Booth Nutriva mempunyai sampel Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang termasuk Soursop, Noni Enzyme, Enzim Mangosteen, daun Moringa, Grapefruit, Delima, Bilberry dan Blackcurrant untuk menyokong kesihatan pencernaan, imuniti dan kesejahteraan umum.

"Tidak ada tambahan gula atau tambahan yang tidak diingini dalam minuman pemakanan ini. Apa yang anda rasa adalah kemanisan dari buahnya sendiri, "kata Wallace Teoh, Pengurus Besar, Nutriva International Sdn Bhd.

MR WALLACE TEOH

Semasa memasak tadi AM ada juga menggunakan Nutriva® Nutritional Yeast ditaburi pada hidangan salad dan laksa bagi meningkatkan rasa. AM dimaklumkan yang Yis pemakanan dihasilkan daripada terikan khas Saccharomyces cerevisiae dan telah dinyahaktifkan oleh haba dan roller kering untuk mendapatkan serbuk atau serpihan.

AM TERPILIH SEBAGAI PEMENANG INSTAGRAM PILIHAN

Ia adalah bahan vegetarian yang popular bagi menambah rasa yang hebat untuk pelbagai hidangan. Ragi pemakanan adalah semulajadi kaya dengan protein dan serat makanan, serta mengandung tahap vitamin dan mineral yang penting.

Bagus kan bila memasak menggunakan bahan masakan yang benar-benar berkualiti dan terbaik kan?? Masakan tambah sedap, badan pun sihat dengan zat-zat penting yang diperlukan oleh badan.

PRODUK OILUM
MENGANDUNGI MINYAK ZAITUN & KOLAGEN UNTUK KULIT KERING


AM BERSAMA DENGAN MR ANDREW TAN

Bila AM tiba di Booth Oilum, AM tersenyum dan teruja untuk mencuba. Mana tidaknya, kulit AM ini sensitive dan cepat kering. Tambahan bila bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Memang makin kering dan kusam la kulit muka AM. AM mencuba losyen Oilum dan AM dimaklumkan dengan lebih lanjut tentang pembersih minyak hydrating re-firming yang membersihkan muka dan badan tanpa melepaskan kelembapan dari kulit.

"Semua ini adalah mungkin terima kasih kepada minyak zaitun semulajadi dan bahan-bahan kolagen yang terkandung dalam produk Oilum yang bekerjasama dalam formula unik yang menghasilkan kulit yang lebih muda," kata Encik Andrew Tan, Pengarah MD Pharma.

PRODUK EUBOS
PRODUK PENJAGAAN KULIT DARI JERMAN



AM dimaklumkan tentang kebaikan produk Penjagaan Kulit EUBOS yang secara saintifik dirumus dengan bahan-bahan dermatologi yang berkesan untuk membersihkan, menyuburkan, melindungi dan meningkatkan kulit yang sihat. Rangkaian Penjagaan Kulit EUBOS Asas terdiri daripada produk pembersihan dan penjagaan untuk setiap jenis kulit.


Bahan aktif dermatologi yang terbukti melindungi biosfera kulit dan memberi emolien dan kelembapan. Rangkaian Kulit Sensitif EUBOS direka khusus untuk sensitif kering seperti AM.

---------------------------------------------------------------------
Berminat untuk dapatkan pelbagai tips aneka topik gaya hidup, sukan, kecantikan, keluarga, gadjet dan bermacam lagi bolehla layari di www.100comments.com.


KATA ALONGMURNI


PERTANDINGAN MEMASAK ‘COOKING RIGHT LOOKING GOOD 2019
 BANYAK MEMBERI INFORMASI PENTING TENTANG MASAKAN,
 PILIHAN MENU HIDANGAN YANG BERKHASIAT DAN BERKUALITI DAN 
YANG PALING PENTING AM TELAH BELAJAR MENU BARU DAN 
BOLEH LA AM PRAKTIKKAN DI RUMAH NANTI. 
AM SANGAT MENYOKONG PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN LAGI 
PADA TAHUN HADAPAN.

19 comments:

Julia Mahir said...

Bergaya betul AM mmg macam masuk Masterchef pun. Hahaha. Best nya dapat join masak2 macam ni. Produk tu kita x pernah try tapi pernah dgr. Nnt nak tgk2 gak la.

Chris_Sella said...

wahhhhhh hebat, saya cuma tau masak untuk diri sendiri je. hihihihihihi.. Produk yang digunakan untuk memasak pun nampak macam sangat bagus.

adianiez AIDA said...

sgt menarik.
ada juga aida baca dlm blog syafiera.
best nyer lah is aida dpt jemputan utk join, AM.
i like this kind of aktiviti.
cooking. baking. ramai2. sharing pasal food. wow! sgt suka.

Ezna Ahmad Khalili said...

Ni first time dengar Berjaya University College ni. Under Berjaya Group kot eh?. Best sangat aktiviti macam ni. Boleh mencungkil bakat terpendam memasak ni. Ala Master Chef. Hehe...

Amanda Suria said...

Teringat tahun lepas SA masuk gak pertandingan memasak..seronok sangat..macam sama tempat je kat BTS kan..hehehe...tahniah AM dapat mencipta kenangan kat sini dan dapat banyak tips dalam memasak..

Cerita Huda said...

best yer dapat join pertandingan memasak ni. dapat banyak ilmu dan resipi baru. memang best! last masuk pertandingan memasak zaman kolej dulu2..hehe

Tekkaus said...

It is so awesome that you get to participate in this competition which resembles masterchef right? :) A very good experience for everyone indeed.

sya mimie said...

Waaaa.. Bestnya AM dengan rakan blogger yang lain dapat join aktiviti memasak tu.
Mesti feeling chef terhebat kan. Hehe
Seronok masak dengan kawan kawan.
Then yang best boleh masak menu menu baru.
Dengan menggunakan bahan.yang diberi.

Maha Mahu said...

Memasak bukan fortei kita hehhehe tapi kalau nak rasa dan juga makan memang kita suka wakakaka. Tengok banyak produk lak tu semua sihat dan juga bagus kalau ada kat rumah nanti kita kena ada juga semua produk ni..

azni said...

wahhh respek aaa berani masuk pertandingan memasak. aduii walaupun sis masak tapi kalau dah pertandingan mcm ni nerves nyaaa. tapi yerlah experience lah kan. masuk atas tiket blogger pun boleh kurangkan nervous sikit kan.. betul dak? hehehe

Bonda Chanteq said...

Memang seronok aktiviti memasak ni...Bonda mmg suka aktiviti mcm ni...banyak pwngetahuan boleh dikongsi bersama...

AyuArjuna BiGoshh said...

Seronoknya main masak2 heheheh. Apa yg penting kita dapat kenali ramuan2 yg berkhasiat yg boleh digunakan dalam setiap sajian masakan yg disediakan di rumah. Suka aktiviti macam ni.. sbb sgt fun!

Hanny Abdullah said...

Seronok kan dapat ke event masak-masak macam ni, lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang sekepala..sure happening time tu. Ilmu memasak tu boleh juga dipraktik kan kat rumah nanti..tu yg best tu

Fadzi Razak said...

Saya pun pernah jugak join pertandingan memasak macam ni. Memang betul banyak info dan olmu baru pasal memasak yang saya dapat bila join contest memasaj macam ni

Zharif Azis said...

Satu pengalaman yg tidak ternilai kan. Dapat mencedok tips dan ilmu dari chef yg berpengalaman di samping dpt bersaing secara sihat dgn peserta lain. Nanti nak join lagi event mcm nie

JMR said...

Satu pengalaman yg menarik kan. Biasa memasak di dapur rumah je kan. Kali ni di depan ramai org. Siap ada juri nak rasa lagi tu..

Rawlins GLAM said...

Wow. AM memang nampak sebiji Chef la. Kalau Rawlins, mampu nak tolong kupas bawang je la dalam pertandingan sebegini. Tahniah atas kemenangan AM.

Mek Onie said...

Bestnya dapat belajar masak dengan chef-chef yang hebat! Bukan calang-calang chef ye even nampak muda remaja tu, rupanya kelulusan luar negara,hebatnya chef athira.

Zayani Zulkiffli said...

Seronok tengok geng blogger masuk event macam ni. Tak sangka rupanya ramai blogger kita ni pandai masak kan.