Sunday, 31 March 2019

3 DESTINASI MENARIK YANG WAJIB DITEROKAI JIKA KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY

3 DESTINASI MENARIK YANG WAJIB DITEROKAI 
JIKA KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY

PENUH CABARAN, GELAK TAWA DAN MENINGGALKAN MEMORI TERINDAH


Pengembaraan AlongMurni (AM) dan #TravelWithBuddies selama 3 hari 2 malam diteruskan dengan menerokai destinasi yang menarik di Bukit Gambang Resort City (BGRC). AM rasa tak sabar dan teruja untuk mencuba semua aktiviti menarik di sini.

Setibanya AM dan team di BGRC, kami diberi taklimat dan penjelasan tentang tempat oleh En Nasiruddin yang merupakan Ketua Bahagian Pemasaran BGRC.

En Nasiruddin sedang memberi taklimat berkaitan BGRC

Di BGRC ini mempunyai 3 destinasi yang menarik untuk dicuba. Antaranya adalah Cowboy Town, Bukit Gambang Water Park dan Bukit Gambang Safari Park.

  • COWBOY TOWN
    

Aktiviti di Cowboy Town di bawah seliaan Active Academy (AA) yang menawarkan teambuilding korporat dan rekreasi luar di BGRC. Semua aktiviti di Cowboy Town ditawarkan dengan pakej RM 28 untuk dewasa dan RM 18 untuk kanak-kanak. Memang menarik dan wajib cuba tau!!

Nota:

Flying Fox dibuka sehingga jam 6 petang
Horse Show sehingga jam 6 petang

'Package available: Unlimited Plays'
(ATV, Horse, Paintball Target Shooting, Archery)




Jadi, apalagi ditunggu kan?? AM dah tak sabar nak buat aktiviti lasak dan mencabarkan ini.

FLYING FOX

Aktiviti pertama yang AM dan team cuba di Cowboy Town adalah Flying Fox. Acah-acah berani je AM nie padahal AM gayat orangnya!!Sikit punya lama nak tunggu AM berlepas tau!! Siap macam-macam doa dan siap AM check-check tali sebelum nak ber'flying fox'. Hahaha..


Nak tengok video situasi AM sebelum berlepas?? Boleh klik tengok di IG Story AM ini

Video AM ber'flying fox' (klik di sini )


bergegar satu hutan dengar suara jeritan AM!! Aduhai!! Malu..malu..

HORSE RIDING


Aktiviti seterusnya adalah menunggang kuda. MasyaAllah, besar dan tinggi kuda nie. Takut AM. Macam-macam dah terbayang dalam fikiran sampai 'Abang Guide' boleh cakap 'adik, jangan takut sangat..kuda nie dapat rasa kalau adik takut'. Wah!!! Lagi la AM bertambah takut siap usap-usap kuda sambil cakap ' Maaf yea, AM berat sikit. Bawa AM pusing-pusing jangan kasi AM jatuh yea! ✌✌✌
Takutnya AM rasa time nie..

Saya nak gambar dengan awak je..Jgn dekat-dekat..saya takut!!

PAINTBALL


Aktiviti ke 3 ini merupakan aktiviti yang paling AM suka!! Rasa puas bila sasaran yang AM 'aim' mengena!! Feel semacam wooo.. Jarak sasaran agak jauh tapi rasa puas bila mengena sasaran bidik AM.
Ada gaya ahli 'Gerak Khas' tak??


Ready 

MEMANAH


Aktiviti terakhir di Cowboy Town ini buat AM rasa tersenyum simpul seorang diri bila kenangan insiden yang berlaku. Mana tidaknya, pada panahan pertama bukan main tepat kena ke sasaran. Panahan yang kedua pulak, anak panah boleh jatuh ke tanah!! Malu..malu.. Panah angin rupanya AM nie.. 

jaga-jaga AM ready nak panah nie!

Team A dah selesai aktiviti di Cowboy Town

  • BUKIT GAMBANG WATER PARK


Badan pun dah lekit-lekit, tiba masa untuk kita mandi!!! Bukit Gambang Water Park ini dibina untuk memanfaatkan kawasan berbukit semulajadi 46 ekar hutan sekunder dan Taman Air Bukit Gambang telah dianugerahkan "taman air besar terbaik" pada tahun 2011 oleh MAATFA (Persatuan Taman Tema Hiburan & Keluarga Malaysia). Ia mempunyai satu-satunya kolam gelombang di negara ini dengan 8 mod gelombang yang berbeza. Menarik dan mesti cuba kan??

Kemudiannya AM mencuba permainan "Lazy River" yang paling lama dan paling bergolak dan mencuba juga "Family ride" yang terpanjang di Malaysia. AM main permainan nie 6 kali tau sampai pening dan muntah-muntah. Hahaha.. memang seronok dan puas sangat. Macam-macam aksi dan penuh dengan gelak ketawa!!



Macam-macam aksi bermain bola tampar!

AM dan team juga tidak melepaskan peluang untuk bermain Permainan Bola Tampar!! Sampai krem la kaki dibuatnya!! Seronok walaupun team AM kalah!! Masa yang indah bersama sahabat yang sporting dan gila-gila!! Memang terbaik!!!

muka masing-masing tak sabar nak bermain Bola Tampar!



Bagi yang bersama keluarga dan anak-anak, AM sarankan untuk singgah di "Penguin Island"  yang mempunyai permainan aqua pertama di Malaysia yang di bawah pengawasan Lifeguard yang berkelayakan. Mesti seronok mereka bermain. AM pun join sekali juga. Hehehehe.. Biasalah!! AM kan dalam kategori kanak-kanak riang!!



Menariknya di sini adalah, Bukit Gambang Water Park ini adalah taman tema air pertama di Malaysia untuk melaksanakan sepenuhnya sistem transaksi tanpa tunai. "E-value" membolehkan AM  menyimpan nilai tunai di 'wrist band' tanpa perlu membawa apa-apa tunai fizikal untuk mana-mana pembelian di dalam taman tema air ini. Mudah kan??Wallet dan barang-barang penting perlu simpan di lokar dan boleh terus fokus bermain air!! 

Waktu Operasi Taman Air
Isnin, Rabu & Khamis:
11:00 pagi - 6:00 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad, Malaysia & Cuti Sekolah:
9:30 pagi - 6:30 petang

Ditutup setiap hari TUESDAY; kecuali semasa Cuti Awam & Sekolah di Malaysia



BUKIT GAMBANG SAFARI PARK



Destinasi terakhir ini wajib dikunjungi jika berada di Bukit Gambang Resort City (BGRC) tau!! Safari Park Mengelak di seluruh kawasan seluas 138 ekar, Safari Park kini mempunyai enam kawasan yang  dilawati: Wild Savannah, Simba Hill, Foreign Village,  Forest Land,  Land of Predators dan Night Jungle. Bagusnya berada di sini adalah AM dapat mengenali habitat dan hidupan liar dengan lebih dekat. 


Menariknya di Zon Wild Savannah, AM boleh menaiki Trem dan ATV. Cuma ke kawasan hidupan liar seperti tempat habitat Singa Putih, Harimau dan buaya AM menaiki Trem tapi tingkap tak dibenarkan buka. Boleh hilang kepala tau!! Hehehe..




AM juga menaiki ATV di kawasan Zon Wild Savannah tapi bukan hidupan liar ya. Macam-macam hidupan AM lihat seperti Badak Air, Kida belang, Ostrish, Dubuk, Rusa, Ilama dan hidupan lain.


Nampak tak Illama kat belakang AM??


Partner in Crime AM kali ini: Emilinda
Manakala di Walking Zon, terdapat pelbagai haiwan liar seperti Brown Bear, Sun Bear, Monyet terkecil di dunia dan pelbagai haiwan lain lagi. AM siap bagi makan roti pada Sun Bear lagi. Best tengok sebab dia pandai sambut, ada yang nganga roti terus masuk ke mulut. Hehehe..

Time untuk bagi beruang makan!!

Sibuk masing-masing nak bagi beruang makan

Kemudiannya AM ke 3 tempat iaitu 'Show Arena' iaitu:

  • Predator Arena
  • Village Arena
  • Forest Arena


Singa Putih di dalam Cermin Kaca yang lincah dan aktif.
boleh pulak, terletak elok atas kepala!!

Sementara menungggu Pertunjukan Malam iaitu Persembahan Api dan Persembahan Teater, AM menjamu selera dulu di Night Jungle. Di sini AM makan sambil dapat melihat Sepasang Singa Putih.  



Memang menarik dan penuh dengan keseronokkan bila berada di Bukit Gambang Resort City.



KATA ALONGMURNI.

SATU PERCUTIAN YANG INDAH DAN MANIS JIKA 
DAPAT MELUANGKAN BERSAMA RAKAN DAN KELUARGA. 
BANYAK INFORMASI BERKAITAN HIDUPAN LIAR 
AM PEROLEHI SEPANJANG PENGEMBARAAN KALI INI. 
AM MEMANG SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG 
KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN. 
JANGAN LUPA UNTUK SINGGAH 
DI COWBOY TOWN, BUKIT GAMBANG WATER PARK DAN 
BUKIT GAMBANG SAFARI PARK!! TERBAIK WOOO!!







Wednesday, 27 March 2019

PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI EVERIA VILLA RESORT DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY


PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI EVERIA VILLA RESORT 
DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY

MEMPUNYAI RUANG BERKONSEPKAN KELUARGA, SELESA DAN MUDAH


Kali ini Pengembaraan AlongMurni (AM) bersama #TravelWithBuddies tiba di Bukit Gambang Resort City (BGRC) Menariknya tentang BGRC ini adalah merupakan adalah bandar peranginan bersepadu yang merentasi 727 ekar hutan sekunder. Kiranya dikelilingi hutan dan alam semulajadi tau!! Rasa segar bila dapat tengok kehijauan alam.

BGRC terletak di lokasi yang agak strategik iaitu di pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu kota Pahang, Kuantan. BGRC juga dikategorikan sebagai pusat percutian yang mempunyai tarikan alam semula jadi dan kebudayaan yang sangat dicari oleh pelancong dari dalam atau di luar negara.



MENGINAP DI EVERIA VILLA RESORT


Sepanjang percutian 3 hari 2 malam di BGRC, AM dan team menginap di Everia Villas Resort menawarkan ‘Premier Resort Living’ di vila-vila yang direka khas di dalam 727 ekar Bukit Gambang Resort City. Uniknya vila-vila di sini diberi nama mengikut pelbagai reka bentuk yang menggambarkan rumah-rumah ikonik khas bandar-bandar seperti San Francisco, Amsterdam dan Venice. Rasa macam menginap di luar Negara.  Tambah menarik WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan penginapan.

Ruangan tamu yang luas

Sempat pula main kejar-kejar kat tangga.. Hehehe

Agak-agak AM nak masak aper yea?

"Hello Awak, jom lepak ramai-ramai di Villa Averia "
Villa Everia ini mempunyai TV, ruangan makan dan sofa di ruang tamu, dapur kecil dan juga balkoni. Vila ini juga selesa dan serba lengkap dengan perkhidmatan dobi dan pembersihan. Villa Everia mempunyai 3 bilik dan setiap bilik mempunyai bilik mandi tersendiri  dan dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian. Menarik kan?? Boleh bawa keluarga besar datang menginap di sini. Memang puas hati wwooo!!

Dah ready nak baring-baring nie!

Menanti Awak di luar jendela. Eceh!!

Siap sedia segalanya di Bilik Tidur

Bilik Mandi yang serba lengkap.
Segalanya tersedia ada
Di Villa Everia ini juga menawarkan pusat kecergasan, kolam renang luaran dan kemudahan barbeku di lokasi. Bila dengar boleh Barbeque, apalagi ber’BBQ’ la AM dan team di luar Villa.
Owh ya di sini parking percuma dan perkhidmatan shuttle percuma juga kalau hendak melakukan aktiviti di Taman Tema BGRC ini. Nak tahu aktiviti menarik AM di BGRC boleh klik di link ini ya!

https://alongmurni.blogspot.com/2019/03/3-destinasi-menarik-yang-wajib-diterokai-jika-ke-Bukit-Gambang-Resort-City.html

Sekarang masa untuk berBBQ bersama team #TravelWithBuddies

Dah ready nak berBBQ nie


Gigih masing-masing memasak

Jemput makan yea

 ARABIAN COFFEE HOUSE



Sepanjang 3 hari 2 malam ini, AM dan team sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam di Arabian Coffee House. Walaupun agak jauh dari lokasi penginapan AM, namun ianya mudah kerana Tram di sediakan secara percuma untuk pergi balik dari Arabian Coffee House ke Villa Everia.


Menu sarapan pagi

Meriah kan sarapan pagi AM?? Makan yang ringan-ringan je sebab selepas ini ada banyak aktiviti menarik menanti di Bukit Gambang Resort City.

Makan tengahari


Antara menu-menu yang menarik perhatian AM dan wajib dicuba adalah Kek dan Pencuci mulut!! Memang sedap, gebu dan buat AM nak makan dan makan lagi.




KATA ALONGMURNI

SATU PENGINAPAN DAN PERCUTIAN YANG MENARIK DENGAN 
KEMUDAHAN YANG CUKUP LENGKAP MEMBUATKAN 
AM INGIN DATANG SEMULA BERSAMA KELUARGA. 
SESUAI UNTUK SANTAI DAN 'BONDING TIME' BERSAMA KELUARGA. 
TAMBAH ERAT DAN KUKUH IKATAN KEKELUARGAAN. 
CUTI SEKOLAH INI MASA YANG SESUAI UNTUK 
MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG JAUH DAN 
DEKATKAN DI BAWAH SATU BUMBUNG. 
PASTI MENGIMBAU ZAMAN DULU-DULU BERSAMA ADIK BERADIK.