3 DESTINASI MENARIK YANG WAJIB DITEROKAI JIKA KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY

3 DESTINASI MENARIK YANG WAJIB DITEROKAI 
JIKA KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY

PENUH CABARAN, GELAK TAWA DAN MENINGGALKAN MEMORI TERINDAH


Pengembaraan AlongMurni (AM) dan #TravelWithBuddies selama 3 hari 2 malam diteruskan dengan menerokai destinasi yang menarik di Bukit Gambang Resort City (BGRC). AM rasa tak sabar dan teruja untuk mencuba semua aktiviti menarik di sini.

Setibanya AM dan team di BGRC, kami diberi taklimat dan penjelasan tentang tempat oleh En Nasiruddin yang merupakan Ketua Bahagian Pemasaran BGRC.

En Nasiruddin sedang memberi taklimat berkaitan BGRC

Di BGRC ini mempunyai 3 destinasi yang menarik untuk dicuba. Antaranya adalah Cowboy Town, Bukit Gambang Water Park dan Bukit Gambang Safari Park.

  • COWBOY TOWN
    

Aktiviti di Cowboy Town di bawah seliaan Active Academy (AA) yang menawarkan teambuilding korporat dan rekreasi luar di BGRC. Semua aktiviti di Cowboy Town ditawarkan dengan pakej RM 28 untuk dewasa dan RM 18 untuk kanak-kanak. Memang menarik dan wajib cuba tau!!

Nota:

Flying Fox dibuka sehingga jam 6 petang
Horse Show sehingga jam 6 petang

'Package available: Unlimited Plays'
(ATV, Horse, Paintball Target Shooting, Archery)




Jadi, apalagi ditunggu kan?? AM dah tak sabar nak buat aktiviti lasak dan mencabarkan ini.

FLYING FOX

Aktiviti pertama yang AM dan team cuba di Cowboy Town adalah Flying Fox. Acah-acah berani je AM nie padahal AM gayat orangnya!!Sikit punya lama nak tunggu AM berlepas tau!! Siap macam-macam doa dan siap AM check-check tali sebelum nak ber'flying fox'. Hahaha..


Nak tengok video situasi AM sebelum berlepas?? Boleh klik tengok di IG Story AM ini

Video AM ber'flying fox' (klik di sini )


bergegar satu hutan dengar suara jeritan AM!! Aduhai!! Malu..malu..

HORSE RIDING


Aktiviti seterusnya adalah menunggang kuda. MasyaAllah, besar dan tinggi kuda nie. Takut AM. Macam-macam dah terbayang dalam fikiran sampai 'Abang Guide' boleh cakap 'adik, jangan takut sangat..kuda nie dapat rasa kalau adik takut'. Wah!!! Lagi la AM bertambah takut siap usap-usap kuda sambil cakap ' Maaf yea, AM berat sikit. Bawa AM pusing-pusing jangan kasi AM jatuh yea! ✌✌✌
Takutnya AM rasa time nie..

Saya nak gambar dengan awak je..Jgn dekat-dekat..saya takut!!

PAINTBALL


Aktiviti ke 3 ini merupakan aktiviti yang paling AM suka!! Rasa puas bila sasaran yang AM 'aim' mengena!! Feel semacam wooo.. Jarak sasaran agak jauh tapi rasa puas bila mengena sasaran bidik AM.
Ada gaya ahli 'Gerak Khas' tak??


Ready 

MEMANAH


Aktiviti terakhir di Cowboy Town ini buat AM rasa tersenyum simpul seorang diri bila kenangan insiden yang berlaku. Mana tidaknya, pada panahan pertama bukan main tepat kena ke sasaran. Panahan yang kedua pulak, anak panah boleh jatuh ke tanah!! Malu..malu.. Panah angin rupanya AM nie.. 

jaga-jaga AM ready nak panah nie!

Team A dah selesai aktiviti di Cowboy Town

  • BUKIT GAMBANG WATER PARK


Badan pun dah lekit-lekit, tiba masa untuk kita mandi!!! Bukit Gambang Water Park ini dibina untuk memanfaatkan kawasan berbukit semulajadi 46 ekar hutan sekunder dan Taman Air Bukit Gambang telah dianugerahkan "taman air besar terbaik" pada tahun 2011 oleh MAATFA (Persatuan Taman Tema Hiburan & Keluarga Malaysia). Ia mempunyai satu-satunya kolam gelombang di negara ini dengan 8 mod gelombang yang berbeza. Menarik dan mesti cuba kan??

Kemudiannya AM mencuba permainan "Lazy River" yang paling lama dan paling bergolak dan mencuba juga "Family ride" yang terpanjang di Malaysia. AM main permainan nie 6 kali tau sampai pening dan muntah-muntah. Hahaha.. memang seronok dan puas sangat. Macam-macam aksi dan penuh dengan gelak ketawa!!



Macam-macam aksi bermain bola tampar!

AM dan team juga tidak melepaskan peluang untuk bermain Permainan Bola Tampar!! Sampai krem la kaki dibuatnya!! Seronok walaupun team AM kalah!! Masa yang indah bersama sahabat yang sporting dan gila-gila!! Memang terbaik!!!

muka masing-masing tak sabar nak bermain Bola Tampar!



Bagi yang bersama keluarga dan anak-anak, AM sarankan untuk singgah di "Penguin Island"  yang mempunyai permainan aqua pertama di Malaysia yang di bawah pengawasan Lifeguard yang berkelayakan. Mesti seronok mereka bermain. AM pun join sekali juga. Hehehehe.. Biasalah!! AM kan dalam kategori kanak-kanak riang!!



Menariknya di sini adalah, Bukit Gambang Water Park ini adalah taman tema air pertama di Malaysia untuk melaksanakan sepenuhnya sistem transaksi tanpa tunai. "E-value" membolehkan AM  menyimpan nilai tunai di 'wrist band' tanpa perlu membawa apa-apa tunai fizikal untuk mana-mana pembelian di dalam taman tema air ini. Mudah kan??Wallet dan barang-barang penting perlu simpan di lokar dan boleh terus fokus bermain air!! 

Waktu Operasi Taman Air
Isnin, Rabu & Khamis:
11:00 pagi - 6:00 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad, Malaysia & Cuti Sekolah:
9:30 pagi - 6:30 petang

Ditutup setiap hari TUESDAY; kecuali semasa Cuti Awam & Sekolah di Malaysia



BUKIT GAMBANG SAFARI PARK



Destinasi terakhir ini wajib dikunjungi jika berada di Bukit Gambang Resort City (BGRC) tau!! Safari Park Mengelak di seluruh kawasan seluas 138 ekar, Safari Park kini mempunyai enam kawasan yang  dilawati: Wild Savannah, Simba Hill, Foreign Village,  Forest Land,  Land of Predators dan Night Jungle. Bagusnya berada di sini adalah AM dapat mengenali habitat dan hidupan liar dengan lebih dekat. 


Menariknya di Zon Wild Savannah, AM boleh menaiki Trem dan ATV. Cuma ke kawasan hidupan liar seperti tempat habitat Singa Putih, Harimau dan buaya AM menaiki Trem tapi tingkap tak dibenarkan buka. Boleh hilang kepala tau!! Hehehe..




AM juga menaiki ATV di kawasan Zon Wild Savannah tapi bukan hidupan liar ya. Macam-macam hidupan AM lihat seperti Badak Air, Kida belang, Ostrish, Dubuk, Rusa, Ilama dan hidupan lain.


Nampak tak Illama kat belakang AM??


Partner in Crime AM kali ini: Emilinda
Manakala di Walking Zon, terdapat pelbagai haiwan liar seperti Brown Bear, Sun Bear, Monyet terkecil di dunia dan pelbagai haiwan lain lagi. AM siap bagi makan roti pada Sun Bear lagi. Best tengok sebab dia pandai sambut, ada yang nganga roti terus masuk ke mulut. Hehehe..

Time untuk bagi beruang makan!!

Sibuk masing-masing nak bagi beruang makan

Kemudiannya AM ke 3 tempat iaitu 'Show Arena' iaitu:

  • Predator Arena
  • Village Arena
  • Forest Arena


Singa Putih di dalam Cermin Kaca yang lincah dan aktif.
boleh pulak, terletak elok atas kepala!!

Sementara menungggu Pertunjukan Malam iaitu Persembahan Api dan Persembahan Teater, AM menjamu selera dulu di Night Jungle. Di sini AM makan sambil dapat melihat Sepasang Singa Putih.  



Memang menarik dan penuh dengan keseronokkan bila berada di Bukit Gambang Resort City.



KATA ALONGMURNI.

SATU PERCUTIAN YANG INDAH DAN MANIS JIKA 
DAPAT MELUANGKAN BERSAMA RAKAN DAN KELUARGA. 
BANYAK INFORMASI BERKAITAN HIDUPAN LIAR 
AM PEROLEHI SEPANJANG PENGEMBARAAN KALI INI. 
AM MEMANG SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG 
KE BUKIT GAMBANG RESORT CITY SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN. 
JANGAN LUPA UNTUK SINGGAH 
DI COWBOY TOWN, BUKIT GAMBANG WATER PARK DAN 
BUKIT GAMBANG SAFARI PARK!! TERBAIK WOOO!!







Post a Comment

24 Comments

  1. gambar semua cantik2.. i looike hihi.. paling tingin nak cabar diri yang flying fox tu sebab gayat tapi tingin nak buat hehe.. 2x plan nak pegi Gambang tapi x jadi2..

    ReplyDelete
  2. wow so fun and adventure, sure my son likes it too. I like your flying fox, sure I wanna try out too. I know I sure scream too! This place we have not been there yet.

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi ke sini..tp tengok mcm best jer..yg paling iols suka naik flying fox dan atm tu..syok habis..mesti kena pergi sini

    ReplyDelete
  4. Banyaknya aktiviti kat sini ye?. Dengan archery lah menunggang kuda lah. Kuda ni takut pulak nak dekat. Hehehe....Haiwan ni boleh tahu kalau kita takut dengan dia. Flying Fox? Kusss semangat sebab takut nak cuba. Hahaha

    ReplyDelete
  5. wow your 3D2N there looked so much fun. I have not been to there yet. I think it's good for the whole family to go together yo

    ReplyDelete
  6. banyaknya aktiviti outdoor kat gambang resort ni. pernah juga datang sini, selain pergi gambang safari, kita enjoy water theme park juga :)

    ReplyDelete
  7. seronoknya bila boleh main flying fox dan banyak lagi..kiranya datang ke sini bukan hanya setakat mandi sahaja. bahkan boleh buat macam2 aktiviti xtreme bersama famili...

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat nak kuda dan juga dapat mandi kat sini kita orang Pahang sendiri pun tak pernah sampai kat sini lagi hehehehe nanti lah nak bawa family pergi mandi dan masuk semua yang menarik kat sini..

    ReplyDelete
  9. Bestnya AM bergembira sebegini. Please bawa Rawlins sekali next time ye. I know for a fact that BGRC memang best dan banyak lokasi untuk dilawat dan dinikmati.

    ReplyDelete
  10. Wahh Seronok nya dia! Jeles kita tengok tau...
    Suka laaa aktiviti out door gitu. Tentu syiokkk dengan kengkawan kann...
    Dah lama tak pi Gambang. Haishh.... Rasa nak plan cuti cuti me time dengan kengkawan.
    Lain kali ajak laaaa kita

    ReplyDelete
  11. Selalu dengar nama tempat ni bukit gambang tapi x pernah jejak kaki ke sini lagi. Bestnya aktiviti kat sana. Banyak juga boleh buat. Kalau pergi dengan family xpun kawan2 pun syok gak kan.

    ReplyDelete
  12. Bestnya..macam2 aktiviti ada kat gambang ni kisahnya. Nanti nak gi gaklah. Nak ajak family ke sana, sure happening gi reramai

    ReplyDelete
  13. mak aih kita pulak yang terujaa.. tq sharing pengalaman sis =)

    ReplyDelete
  14. Dah banyak betul berubah Gambang ni. Dulu saya last pergi masa tahun 2014. Pergi dengan family tai balik hari je sebab rumah dekat Pekan.

    ReplyDelete
  15. Banyak jugak aktiviti dekat gambang resort ni rupanya. Baru iza tau. Sebelum ni tau mandi- mandi je. Tak tau pulak ada aktiviti macam ni. Dah duduk Kuantan ni senang la iza nk pergi gambang. Boleh la try aktiviti kat sini.

    ReplyDelete
  16. wah i suka flying fox...ini boleh buat team building so many activity kan...boleh nanti i try semua!

    ReplyDelete
  17. nampaknya semua aktiviti best ada kat gambang , sesuai sangat buat team building atau family day...saya paling suka dengan aktiviti outdoor dia semua , memang nampak seronok .....

    ReplyDelete
  18. such lovely nice experience u will never forget.. so adventurous and nice... yeah!

    ReplyDelete
  19. Bestnya tengok pelbagai aktiviti yg ada di bukit gambang resort ni. Bkn indoor je outdoor pon ada sekali.. Suka yg mcm flying fox tu... Kalau ada plan cuti boleh nak ke mari dengan family.. Meriah sikit suasana kan

    ReplyDelete
  20. Bestnya dapat buat banyak aktiviti kat sana.
    Tak la rasa boring kan..
    Kalau ada team ke sana ni memang meriah ni..
    Kita belum pernah sampai sana lagi.

    ReplyDelete
  21. Bestnyaaaa aktiviti yang ada. These are the types of activities yg i paling suka. Lepas outdoor activities ganas2 sikit pegi main air lepas tu melawat binatang semua then bbq lagi~ best lahhh. Seronok pi trip dgn kawan2 gini. Kurang stress!

    ReplyDelete
  22. aktiviti yang sihat ...hi boleh follow saya balik..done follow you tq

    ReplyDelete
  23. Sempat pergi water park je dulu.
    Ada modal lebih, boleh repeat balik pergi safari pula.

    ReplyDelete
  24. now i wish to go bukit gambang.. nice place to hv adventure and chilling o ut.... yeah!

    ReplyDelete