Monday, 4 March 2019

BUFFET RAMADHAN 2019 : Restoran NOOK mengetengahkan SELERA INDONESIA


BUFFET RAMADHAN 2019 

Restoran NOOK mengetengahkan SELERA INDONESIA


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menjengah Menu Sajian Ramadhan Istimewa di Restoran NOOK bertempat di Aloft KL Sentral. Joms Buka @ NOOK Selera Indonesia ini mempromosikan sajian masakan Indonesia sepanjang Ramdhan 2019.




Sebaik sahaja melangkah masuk ke Restoran NOOK ini, AM dapati banyak piala, trofi dan anugerah yang telah berjaya dimiliki oleh Restoran NOOK ini. AM rasa kagum dengan pencapaian yang diperoleh. Sempat AM meneliti satu per satu piala dan trofi yang dipamerkan di situ.



Uniknya  Buffet Ramadhan 2019 kali ini adalah Restoran NOOK menyajikan lebih dari 150 jenis juadah yang  disediakan oleh Sous Chef, Ahmad Zaki Harun and Sous Chef Junior, Muhammad Hafiz Izham. Setiap juadah yang disajikan mempunyai ciri-ciri masakan tradisional Indonesia.


Kambing Bakar Bumbu
AM berpeluang mencuba hidangan Kambing Bakar Bumbu. Masakan ini diperap bersama rempah tempatan seperti kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan serai. Kemudiannya daging kambing dipanggang dengan mengunakan api secara perlahan-lahan selama dua jam. Sememangnya tekstur daging yang terhasil amat lembut dan penuh dengan rasa ‘juicy’ tau.







Masakan Indonesia lain yang terkenal turut sama disajikan. Antaranya adalah Bakso, Nasi Ayam Istimewa, Ayam Cabe Ijo, Tempe Goreng Berempah, dan Ikan Bumbu Berempah. Sedap tau!!! Berselera AM makan. Padat dengan rasa rempah!! Tidak dilupakan masakan Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang sangat menyelerakan bila dimakan bersama Nasi Kebuli, Nasi Jagung Madura dan Nasi Kuning.







Bagi yang menggemari Ulam-ulaman seperti AM jangan lupa untuk mencuba  Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai jenis Keropok tau!! Memang segar dan lazat.







AM sempat juga mencuba Daging Sapi Gongso dan AM sangat sarankan untuk mencuba menu Daging Sapi Gongso. Daging ini diperap bersama Kicap Manis Indonesia, Cili Merah dan campuran Rempah ratus termasuk kayu manis, buah pelaga, jintan putih, bunga lawing dan jintan manis. Daging yang telah diperap kemudiannya direbus selama 3 jam. Memang terbaik tau rasanya!!

Daging Sapi Gongso
Selain daripada menu masakan Indonesia dan Malaysia, Restoran NOOK juga menyajikan menu barat dan masakan Cina serta India antaranya Ketam Kam Heong, Daging Goreng Lada Hitam, Tauhu Gaya Szechuan bersama Ayam Cincang, Kambing Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Kurma Kambing), Daging Pedas Masala, pelbagai aneka Pizza, Jade Fish Picatta dengan Mexico Corn Salsa, Lasagna Sayuran, Fillet Ikan Pan Seared dan banyak lagi.







Buffet Ramadhan 2019 iaitu menu pencuci mulut di Restoran NOOK wajib dicuba. Antaranya Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling  (Buah Kurma), Bubur Sumsum (Bubur Nasi kelapa manis), Sago Air Gula dan Kolak Ubi (Indonesia). Selain daripada tu ada juga Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies, Apple Crumble, Banana Bread serta Butter Pudding dengan Sos Vanila, ABC (Air Batu Campur), Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake dan Fruit Berries Tart.




Kepada yang berminat untuk berbuka Puasa di Restoran NOOK, ada PROMOSI EARLY BIRD untuk buffet Ramdhan 2019 JOMS BUKA @ NOOK SELERA INDONESIA boleh juga didapati bermula 1 April - 3 Mei 2019 dengan harga RM105 (untuk pembelian 1 - 35 vouchers) dan RM95 (untuk pembelian 36 voucher keatas)

Untuk tempahan serta sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com


KATA ALONGMURNI

AM TAK SABAR MENANTI KUNJUNGAN RAMADHAN. 
SELAIN DAPAT BERIBADAH MENJALANKAN RUKUN ISLAM YANG KETIGA, PELBAGAI SAJIAN BUFFET MENGETENGAHKAN SAJIAN TRADISIONAL. 
AM MEMANG SARANKAN UNTUK YANG TINGGAL BERHAMPIRAN
 DENGAN KL SENTRAL UNTUK DATANG BERBUKA DAN 
MENCUBA MENU DI RESTORAN NOOK. 
HARGA BERBALOI DENGAN MENU YANG PADAT DENGAN RASA
 DAN MENYELERAKAN.

20 comments:

Suria Amanda said...

Aloft ni sebelah opis SA jer tau AM..sayangnya SA x dapat join sessi ni..menarik la hidangan dari Indonesia ni..semua buat SA rasa nak cuba..kena beli voucher cepat ni...

Julia Mahir said...

Sekali skala pekena makanan Indonesia utk buka puasa pun sedap gak kan. Sbb most tempat offer malaysian food. ya Allah.... Kambing dia tuuu fuhhh semangat!

Nik Khazami Nik aziz said...

makanan indonesia ni memang best kan? kena dengan tekak melayu. kalau dpt berbuka puasa dengan lauk2 di atas tu memang seronok

Thirteen said...

Sedapnyaaa kambing bakar bumbu tu. Makanan Indonesia ni mmg sedap2 sbb tak lokek bagi spices. Kat Alfoft je ya rupanya. Boleh try ni.

Faries said...

Amboi makanan selera Indonesia ni betul-betul memikat hati. Tengok je dah rasa terkeliur air liur. Teringin juga rasa sebab nmpk best. Boleh strt book ni.hehhee

Zharif Azis said...

nampak sedap betul ya buffet ramadhan di sini. tak sabar rasanya nak berbuka puasa dekat sini dengan family nanti. harga pon sangat berpatutan. berbaloi dengan apa yg ditawarkan.

P/s : besar gedabak betul cover blog kau Murni oi

Mawardi Yunus said...

Dah mula ya ramadhan review tahun ni. Saya xdapat nk hadir mana2 jmputan sbb dah mula stay kat kg dh. Tetiba rindu plak makan2 macam ni.

Rabiatul Adawiyah said...

Sedapnya! Ni belum lagi buffet Ramadan akak pi review. Mau jilat skrin. Hahaha

Emme Marina said...

Legalah tengah takde selera. Kalau tak mesti dah terliur ni. Tak makan lagi tau. Huhu

Murni Alysa said...

Wah menarik juga sekali sekala makan buffet ramadhan selera indonesia..selalu selera kampung jer..ni kita rasa selera dari seberang pulak..

Wawa Ashihara said...

Tertarik tgok menu buffet ala indonesia ni lagi2 kalau ade menu tempe goreng.. Heheheh... Sekarang byk hotel or resort yg buat menu buffet ala2 style indonesia kan.. Makanan dia org kata kalau makan bertambah2..

Mek Onie said...

Wahhhhh! Sape yang mengidam nak makan menu indonesia ni wajib terjah NOOK masa bulan puasa nanti. Katanya makanan semua best-best. Rugi lak tak pergi preview haritu wak.

ejulz said...

sedap menu :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Ya ampun sedap sedap menunya. Memang hilang diet kalau makan kat sini. Sbb semua menyelerakab. Ni kalau dtg time ramadhan mmg best

Tekkaus said...

All the food there looks really delicious especially the meaty parts. Damn I am drooling already. :D

Hasrul Hassan said...

Uhh gila lah, dah ada yang buat promosi buffet ramadan ehh

Saidila Lifestyle said...

wahhh dah ada promo ramadhanlah...ni yg best nih , mana yang kangen sama masakan indonesia memang wajib datang sini ....lokasi pun senang sangat nak saampai ...dan dalam banayk2 menu yang paling rasa nak cuba mestilah baksonya....hehehe

Mouse Mommy Treats said...

Yum...yum... sedapnya... dah buat promosi dah ni, mesti ramai yang nak book awal2 utk iftar bersama.

Absolute Yana said...

Uish.... Kambing bakar bumbu tu mengancam sungguh... Habis terliur kat skrin.. Apa la akak ni.. Buat Yana jadi tak senonoh pulak... Hhaaha nanti insyallah Yana baeak family Yana makan sini

alia farhan Said said...

Sedap tengok semua juadah dia tu kak.. Aduiiii... Telan ailio daya ni kak