PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI EVERIA VILLA RESORT DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY


PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI EVERIA VILLA RESORT 
DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY

MEMPUNYAI RUANG BERKONSEPKAN KELUARGA, SELESA DAN MUDAH


Kali ini Pengembaraan AlongMurni (AM) bersama #TravelWithBuddies tiba di Bukit Gambang Resort City (BGRC) Menariknya tentang BGRC ini adalah merupakan adalah bandar peranginan bersepadu yang merentasi 727 ekar hutan sekunder. Kiranya dikelilingi hutan dan alam semulajadi tau!! Rasa segar bila dapat tengok kehijauan alam.

BGRC terletak di lokasi yang agak strategik iaitu di pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu kota Pahang, Kuantan. BGRC juga dikategorikan sebagai pusat percutian yang mempunyai tarikan alam semula jadi dan kebudayaan yang sangat dicari oleh pelancong dari dalam atau di luar negara.



MENGINAP DI EVERIA VILLA RESORT


Sepanjang percutian 3 hari 2 malam di BGRC, AM dan team menginap di Everia Villas Resort menawarkan ‘Premier Resort Living’ di vila-vila yang direka khas di dalam 727 ekar Bukit Gambang Resort City. Uniknya vila-vila di sini diberi nama mengikut pelbagai reka bentuk yang menggambarkan rumah-rumah ikonik khas bandar-bandar seperti San Francisco, Amsterdam dan Venice. Rasa macam menginap di luar Negara.  Tambah menarik WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan penginapan.

Ruangan tamu yang luas

Sempat pula main kejar-kejar kat tangga.. Hehehe

Agak-agak AM nak masak aper yea?

"Hello Awak, jom lepak ramai-ramai di Villa Averia "
Villa Everia ini mempunyai TV, ruangan makan dan sofa di ruang tamu, dapur kecil dan juga balkoni. Vila ini juga selesa dan serba lengkap dengan perkhidmatan dobi dan pembersihan. Villa Everia mempunyai 3 bilik dan setiap bilik mempunyai bilik mandi tersendiri  dan dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian. Menarik kan?? Boleh bawa keluarga besar datang menginap di sini. Memang puas hati wwooo!!

Dah ready nak baring-baring nie!

Menanti Awak di luar jendela. Eceh!!

Siap sedia segalanya di Bilik Tidur

Bilik Mandi yang serba lengkap.
Segalanya tersedia ada
Di Villa Everia ini juga menawarkan pusat kecergasan, kolam renang luaran dan kemudahan barbeku di lokasi. Bila dengar boleh Barbeque, apalagi ber’BBQ’ la AM dan team di luar Villa.
Owh ya di sini parking percuma dan perkhidmatan shuttle percuma juga kalau hendak melakukan aktiviti di Taman Tema BGRC ini. Nak tahu aktiviti menarik AM di BGRC boleh klik di link ini ya!

https://alongmurni.blogspot.com/2019/03/3-destinasi-menarik-yang-wajib-diterokai-jika-ke-Bukit-Gambang-Resort-City.html

Sekarang masa untuk berBBQ bersama team #TravelWithBuddies

Dah ready nak berBBQ nie


Gigih masing-masing memasak

Jemput makan yea

 ARABIAN COFFEE HOUSE



Sepanjang 3 hari 2 malam ini, AM dan team sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam di Arabian Coffee House. Walaupun agak jauh dari lokasi penginapan AM, namun ianya mudah kerana Tram di sediakan secara percuma untuk pergi balik dari Arabian Coffee House ke Villa Everia.


Menu sarapan pagi

Meriah kan sarapan pagi AM?? Makan yang ringan-ringan je sebab selepas ini ada banyak aktiviti menarik menanti di Bukit Gambang Resort City.

Makan tengahari


Antara menu-menu yang menarik perhatian AM dan wajib dicuba adalah Kek dan Pencuci mulut!! Memang sedap, gebu dan buat AM nak makan dan makan lagi.




KATA ALONGMURNI

SATU PENGINAPAN DAN PERCUTIAN YANG MENARIK DENGAN 
KEMUDAHAN YANG CUKUP LENGKAP MEMBUATKAN 
AM INGIN DATANG SEMULA BERSAMA KELUARGA. 
SESUAI UNTUK SANTAI DAN 'BONDING TIME' BERSAMA KELUARGA. 
TAMBAH ERAT DAN KUKUH IKATAN KEKELUARGAAN. 
CUTI SEKOLAH INI MASA YANG SESUAI UNTUK 
MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG JAUH DAN 
DEKATKAN DI BAWAH SATU BUMBUNG. 
PASTI MENGIMBAU ZAMAN DULU-DULU BERSAMA ADIK BERADIK.






Post a Comment

19 Comments

  1. Paling best bila berkumpul reramai pastu BBQ kan.. seronok

    Jom Belajar Buat Blog Untuk Jana Pendapatan

    ReplyDelete
  2. woww.. bestnya siap boleh ber barbeque lagi tu.. sedapnya alahai kalau makan ramai-ramai kan dalam suasana macam ni.. nampak tempat pun selesa je villa tu..

    ReplyDelete
  3. Bestnya.seronok dapat spent masa bersama2..tempat penginapan yang selesa dan facilities pon lengkap..nanti kalau nak buat family day disini BGRC boleh masukkan dalam list

    ReplyDelete
  4. Aduhai bestnyaaa! Rasa macam dah lama pulak tak bercuti. Nad setakat ni memang belum pernah lagi ke Gambang. Best betul tengok korang siap ber BBQ lagi, mesti happening kan. Nanti lah kalau ada masa dan duit kita jelajah-jelajah sekitar Malaysia ni eheh.

    ReplyDelete
  5. Emi lepas balik dari BGRC haritu, anak-anak buah emi dah duk mengajak ke sana jugak dah. Haha dorang tengok gambar-gambar emi masa kat sana. Kemain dorang excited. Tengok la, hujung2 tahun nanti boleh plan family day kat BGRC ni.

    ReplyDelete
  6. Besar dan cantik rumahnya. Nampak selesa sangat even kalau duduk ramai-ramai dengan family kan.

    ReplyDelete
  7. bestnya AM pergi holiday kat Bukit Gambang. Besar jugak villa tu boleh muat satu family nampak gayanya..boleh suggest kat ayah suruh datang sini bawak ahli keluarga. mesti seronok

    ReplyDelete
  8. Wow cantiknya rumah tempat tinggal tu nampak mewah giler hehehe dalam pun luas dengan kemudahan semua ada. Siap boleh BBQ lagi makan sambil santai lepas tu siang buat aktiviti kat bukit gambang hehehe ada zoo dan juga taman air kita sendiri tak pernah masuk wakakakka..

    ReplyDelete
  9. Bestnya besar Villa ni. Macam pernah nampak kawan post gambar ni dia bawak family besar dia datang. Fikir dtg kosong je rupanya ada sediakan barang mandi jugak. Besar2 gini bawak budak kecik biar puas dia lari sampai letih. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Wah ramai stay dekat villa gambang ni.. Nampak best betul tempat di. Luas dan besar.. Nampak dari luar mcm kat luar negara je.. Menarik ni

    ReplyDelete
  11. Luas la rumah dia. boleh muat satu keluarga besar kalau macam tu. Siap ada BBQ lagi. mesti seronok kalau buat family day. Pernah stay dulu tapi bilik biasa sahaja pun masih luas.

    ReplyDelete
  12. nampak luas betul ya Everia Villa nie. bolehlah bawak satu keluarga besar menginap di sini. kelengkapan pon okay cumanya tulah, tak boleh nak memasak. tapi xper, boleh ber-bbq. nanti nak menginap di sinilah

    ReplyDelete
  13. Dah lama nya tak cuti kat Gambang. Wahh.... Besar luas selesa sungguh everia villa ni eh?
    Memang puas dok stay sini bersama family. Nak booking laaa untuk next holiday. Nanti nak inform tuan pengerusi trip dalam family kita.

    ReplyDelete
  14. tak pernah lagi sampai kat sini. tapi memang nampak luas dan selesa tempat ni...kalau datang bercuti dengan famili boleh bawa ramai sebab nampak keluasannya not bad..plg penting blh datang utk bbq

    ReplyDelete
  15. Tengok ramai betul kawan2 yg dah ke sini. Sis belum jejak kaki lagi. Satu hari nak jugak ke sana. Boleh dok kat rumah tu..nampak luas, boleh bawak satu family ni

    ReplyDelete
  16. wow the BBQ looks so much fun and delicious. I have not have a BBQ party for so long. time to gather my friends to go to that resort and have fun together.

    ReplyDelete
  17. Bestkan bercuti di Bukit Gambang sbb kak pun pernah ke sana dan plg happening aktiviti
    memanah first time cuba.

    ReplyDelete
  18. Look at the homestay... So clean, spacious and looks comfortable. This is over of the food choice to have whenever travel with big group of family!! Enjoy reading your travel log so much!!!

    ReplyDelete