BERBELANJA DI SEGI FRESH PILIHAN AM: SENTIASA SEGAR, MURAH DAN BERKUALITI


BERBELANJA DI SEGI FRESH PILIHAN AM: 
SENTIASA SEGAR, MURAH DAN BERKUALITI


Kali ini AlongMurni (AM) nak berkongsi tips dan langkah-langkah berbelanja barangan keperluan harian terutamanya barangan basah. Yelah, kos sara hidup sekarang ni semakin melambung tinggi. Nak nak yang berpendapatan sederhana seperti AM. Jadi AM nak kongsikan bagaimana AM berbelanja hanya untuk barangan dapur sebanyak RM 150 -RM 200 sebulan. 


Dengan berbelanja sekali , boleh tahan hingga hujung bulan tau. Nie, AM nak kongsi bagaimana nak pastikan barangan basah seperti daging, ikan, udang, sotong. ayam mahupun itik sentiasa segar, masih rasa manis seolah-olah baru dibeli semalam dan yang penting tahan untuk tempoh sebulan.

DAGING
  • Harga daging segar sekarang antara RM 20-RM 24 per KG. Selalunya apabila tiba sahaja di rumah, AM akan hiris daging dalam bentuk kiub mahupun hirisan nipis. 
  • Untuk kekalkan kemanisan dan kesegaran daging tersebut, JANGAN basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup dan simpan dalam peti sejuk.
  • Jadi bila nak masak baru keluarkan hirisan daging tersebut. Yang paling penting jangan rendam dengan air dan biarkan daging tersebut lembut dan cair sendiri. Bila dah cair sendiri dan AM nak masak baru basuh bersih2. Barulah daging rasa lembut, segar dan manis tau!!!

IKAN



  • AM selalu memilih ikan seperti ikan kembung, ikan sardin, ikan patin, dan ikan merah. Tips yang ini paling penting, bila dah bersihkan ikan, JANGAN rendam bersama air tau dalam bekas berisi ikan tersebut!! kalau tidak abis la kecut ikan nanti bila tiba masa nak memasak.
  • Sama juga seperti daging, bila nak memasak baru keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ianya cair sendiri. Selepas itu baru bersihkan dan bilas kemudiannya baru toskan.

UDANG/SOTONG
  • Kalau bab Udang atau sotong ini lain sikit yea..AM akan potong dan bersihkan . Kemudiannya untuk disimpan dalam peti sejuk harus isi bersama air paras kuantiti yang sama banyak dengan sotong atau udang tersebut.
  • Bila nak masak sama, gunakan cara yang sama seperti cara daging dan ikan tadi. Biarkan cair sendiri yea.

AYAM/ITIK
  • Ayam atau itik ini pula tak perlu letak air yea selepas basuh dan bilas ayam tue. Terus masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. 
  • Bila nak masak, rendam sekali dengan bekas tue. JANGAN rendam ayam atau itik itu sahaja. Pucat dan rasa tawar pula ayam atau itik itu nanti.


Tapi kalau bab pilihan lokasi tempat membeli barangan basah AM agak cerewet sedikit Jadi, semestinya SEGI FRESH MARKET pilihan AM. Seperti namanya “FRESH’, SEGI FRESH MARKET memberikan harga yang sangat kompetetif bukan sahaja barangan basah seperti daging,ikan, ayam, udang mahupun sotong malahan buah-buahan dan sayuran masih kekal segar, hijau dan berkualiti.Ianya sangat bersesuaian dengan slogannya iaitu ‘Pilih Segar, Pilih Segi’.






Antara sebab AM masih kekal menjadi pengguna tegar di SEGI FRESH MARKET adalah:
  • SEGAR - barangan di SEGI FRESH MARKET sentiasa segar dan menepati tahap kesegaran yang telah ditetapkan.
  • PELBAGAI - Dengan mempunyai pelbagai pilihan dari jenis-jenis barangan berkualiti, mudah bagi AM sebagai pengguna membuat pilihan mengikut bajet dan kesesuaian AM.
  • HARGA - Kebanyakan harga di SEGI FRESH MARKET menawarkan harga terbaik, berpatutan dan berdaya saing. Harga borong juga ditawarkan di sini.


Hidangan yang sentiasa menjadi pilihan anak-anak dan sentiasa menjadi menu utama AM dan anak-anak adalah Koey Teow Goreng. Barang segar AM beli di SEGI FRESH MARKET!!!








KATA ALONG MURNI

SEBELUM BERBELANJA, AM SENTIASA MEMBUAT SURVEY HARGA 
DAN PASTIKAN BARANGAN KEKAL SEGAR DAN BERKUALITI. 
SEGI FRESH MARKET MENJADI PILIHAN AM KERANA 
HARGA YANG DITAWARKAN SANGAT BERPATUTAN, MENJIMATKAN DAN BARANGAN MASIH SEGAR DAN BERKUALITI TINGGI.



Post a Comment

19 Comments

  1. Best rupenye segi ni. Rasa macma pergi pasar tapi dalma air cond ye tak? Sesuai sangat kalau orang macam saya ni pergi sini sebab kalau shopping groceries bawak anak. segi ni nampak macam selesa sikit kalau nak bawak anak anak compared to pasar biasa

    ReplyDelete
  2. Sukanya tengok sayur, buah-buah dan bahan mentah serta ikan pun nampak fresh-fresh.. TB teringin nak pi segi fresh ni kalau ada kat area umah TB

    ReplyDelete
  3. oh this is nice for everyone. Fresh ingredients with reasonable prices memang berbaloi to shop there kan. I hope there is a branch near my house too

    ReplyDelete
  4. Wow besarnya ikan beli boleh habis ker tu hehehe masak apa nak juga... Kita suka pergi Segi ni sebab murah dan barang berkualiti serta segar belaka...

    ReplyDelete
  5. Uishh bestnya tengok barang semua segar, sayur hijau hijau gitu. Boleh laa nak try pi shopping kat Segi gak pasni.

    ReplyDelete
  6. ewah-ewah seronoknya shopping barang dapur kat Segi Fresh siap bergambar sakan dengan ikan tu. kemain semangat balik dari beli barang basah terus masak. bukan nak pm tepi ajak datang makan kat rumah hehe

    ReplyDelete
  7. Kita memang suka belanja barang dapur kat segi. Bukan saja murah, segar, dan banyak pilihan. Nasib baik ada kat area rumah ni, jauh sikit tapi sanggup sebab murah dan fresh. Puashati laaaa

    ReplyDelete
  8. memang ebst borong barang dapur dekat segi sebabnya fresh dan murah. nasib baiklah dekat je dengan pasaraya segi nie dengan serdang. mudah nak pergi situ hari2. best dapat beli borong barang dapur dengan harga murah nie. penuh peti ais

    ReplyDelete
  9. Seronok kalau dpt beli brgn dapur dekat hypermarket yg ada brgn yg fresh2 ni..x payah dah nak susah2 p pasar2..lgpun murah juga brgn dekat segi fresh ni..segi fresh ni harap dpt bukak kt penang nti

    ReplyDelete
  10. Sebwlum puasa ni mak pergila segi fresh nak shopping barang dapayr.. Kalau murah okla kan.. Boleh borong banyak.. Thabk ypu sharing. Nad tak pernh pergi sego fresh ni..

    ReplyDelete
  11. Amboi beriya am shopping ye. Maklumlah ramadhan nk dekat kan. Borong banyak sebab segi mmg tawar harga best, kite pun selalu ke sana. Jgn lupe beli salmon sebab murah gilaa.hehehe

    ReplyDelete
  12. Kalau pasar style mcm ni mmg produk2 dia fokus utk brangan groceries. Mmg best sgt lah kalau nak beli belah. Kadang p pasar borong selangor depan rmh ni penuh ngan nepal jer hahha pening iols 😝

    ReplyDelete
  13. produk kat sini memang semua segar2..geram tengok ikan dan sayuran tu..harga dia pun sangat berbaloi..lepas dah kenal segi fresh,,,mmg ras anak terjah lagi

    ReplyDelete
  14. Pernah masuk sekali memang macam2 barangan basah segar2 belaka. Tapi tu lah jauh pula dari rumah. Mak2 mesti suka shopping kat sini. Akak pun memang rekemen lah. Cuma kaunter timbang tu cam kurang sikit, hopefully boleh tanbah kaunter timbang. Penat beratur panjang hahha


    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  15. Murah betul harga di Segi Fresh Market. Barang pun fresh.tak pernah sampai lagi kat sini. Selain harga, tempat pun selesa dan bersih. Kalau dekat, dah lama sis pun memborong kat sini.

    ReplyDelete
  16. Amboii kemain ye murni shopping banyak2. Emi dulu pun selalu jugak ikut akak emi beli barang dapur kat segi fresh balakong ni.

    ReplyDelete
  17. Tq AM sharing tips. Seronok berbelanja brang fresh tapi murah. Biasanya murah ni dah tak fresh. Hope tambah cawangan di Muar plak. Boleh la merasa shopping. Membeli sambil berjimat gitu.

    ReplyDelete
  18. Best pulak tengok ikannya segar.. sayur pun banyak. semua nampak segar.
    Memang seronok membeli la kat situ.
    Untung ada segi fresh ni.
    Sebab kita kat mersing takde.
    Kadang sayur pun stok naik kuning kuning dah.
    Nak beli pun rasa macam tak syok.
    Suka tengok barang basah yang segar ni.

    ReplyDelete
  19. Kita pun dah dapat kan barang2 kat Segi fresh! Murahhhhhhhh! Banyak dapat jimat nasib baik pulak ada yang dekat dengan tempat tinggal. Nak pergi lagi situ nak restock barang dapur!

    ReplyDelete