BUFFET RAMADHAN 2019: HOLIDAY INN HOTEL BERTEMAKAN CITARASA DESA


BUFFET RAMADHAN 2019: HOLIDAY INN HOTEL 
BERTEMAKAN CITARASA DESA


Baru-baru ini AlongMurni (AM) mendapat jemputan ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bagi meraikan rakan korporat, warga kerja dan anak-anak yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Review yang diadakan di Kites Restaurant, 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor. Memang meriah tau!! AM pertama kali sampai ke Holiday Inn Hotel nie. Pemandangan cantik, apalagi ber OOTD sakan la AM. hehehe..

Sempat pula berOOTD di sini.. hehehe..

TENTANG PROGRAM CITARASA DESA BUFET REVIEW
Rupa-rupanya Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie merupakan salah satu Hotel yang termahsyur di Subang Jaya, beroperasi selama 25 tahun dan kini, ia masih kukuh berdiri. Lama juga kan??


Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie merancang untuk 1 program yang diberi nama Citarasa Desa Bufet Review bersama Datuk Aznil Hj Nawawi. Program ini bakal dilaksanakan pada 12 April 2019, Jumaat dari 6.30 pm sehingga 10.30 pm.



seronok anak-anak yatim Rumah Nur Sakinah dapat menjamu selera
Di dalam masa yang sama, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah memilih seramai 35 orang anak yatim untuk menjadi tetamu istimewa pada malam itu. AM dimaklumkan yang objektif menjemput anak-anak yatim ini adalah kerana pihak Holiday Inn Hotel ingin berkongsi rezeki dan memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Bagus dan AM sangat menyokong usaha murni dan tanggungjawab CSR yang cuba dilaksanakan ini.

TEMA PROGRAM CITARASA DESA BUFET REVIEW


Dengan bertemakan CITARASA DESA Buffet Ramadhan 2019 di Holiday Inn menerapkan konsep kampung, bazaar, teratak bonda, dan selera tradisional, di samping dapat mengimbau kembali saat kenangan ketika kita berada di kampung halaman.










Tambah menarik dan bagi memeriahkan lagi program ini, Buffet Ramadhan 2019 di Holiday Inn Hotel  telah menyediakan pelbagai juadah lebih dari 200 jenis untuk umat muslim dan muslimat menjamu selera.









Antara hidangan istimewa yang telah disediakan oleh professional chef kami ialah Kambing Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.








Wahhh!! Memang menarik kan hidangan bagi juadah berbuka puasa nanti. AM paling teruja bila tengok ada sup gear box dan durian. Dua-dua ini menu favourite AM tau!! Wajib cuba rasa.

Teruja AM bila dapat makan buah durian
Saiz gear box betul2 besar. Jenuh AM makan sensorg!!
HARGA CITARASA DESA BUFET, KITES RESTAURANT


TARIKH
BIASA
6 MEI 2019 - 4 JUN 2019
‘EARLY BIRD’
SEKARANG - 30 APRIL 2019
Waktu Operasi
6.30 pm - 10.30 pm
6.30 pm - 10.30 pm

HARGA BIASA
HARGA ‘EARLY BIRD’
Dewasa
RM 148 nett
RM 118 nett
Kanak-Kanak
6 Tahun - 12 Tahun
RM 75 nett
RM 48 nett
Warga Emas
55 Tahun Dan Ke Atas
RM 99 nett
RM 88 nett

KATA ALONG MURNI

LEBIH DARIPADA 200 JENIS MENU TERDAPAT SEPANJANG RAMADHAN 2019 
JIKA BERBUKA PUASA DI SINI. 
BANYAK PILIHAN DAN MENGIKUT SELERA DAN CITARASA. 
AM PALING SUKA SUP GEAR BOX DAN IKAN BAKAR DI SINI. 
RASA MACAM MASAKAN MAK DI KAMPUNG. 
OWH YA DAGING MASAK LEMAK CILI PADI PUN AM SARANKAN 
UNTUK MENCUBA TAU! AM SIAP HIRUP SEMANGKUK KUAH DAGING MASAK LEMAK NIE TAU!!


Post a Comment

15 Comments

  1. Comel awak berbaju kebaya. Meriah iftar kat sini. Pelbagai juadah Di sediakan. Nampak semua sedap. Kalau I sure rambang mata nanti.

    ReplyDelete
  2. ewah seronoknya rehearsal berbuka puasa makan daging golek. siap ada durian lagi tu tak tahan. Oh tak tahu Holiday Inn nie kat Glenmarie je..dekat sangat area shah alam. nie

    ReplyDelete
  3. Buffet Ramadhan kat Holiday Inn Hotel dekat jer ni.. pulak hehehe bestnya menyelerakan dan sangat menyedapkan harga pun ok berpatutan murah juga nanti boleh lah Murni belanja ok...

    ReplyDelete
  4. Ehh yang gulung gulung tu gimbap ke AM?
    Rasanya kalau I berbuka kat holiday inn hotel ni, confirm I duk mengulang gimbap itu je la kot. Favourite kot.

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan juga ye harga buffet ramadan sini. Mesti sedap menu2 semua tu nampak menyelerakan sungguh hahaha. dekat juga klu kat glenmarie ni, tapi tak perasan pula holiday inn ni belah mana ye?

    ReplyDelete
  6. Alaaa..rugi pulak sis tak gi hari tu, kalau gi sure macam-macam sis makan, nampak sedap2 lak tu. Nanti puasa nak cuba lah makan kat sana sebab tak pernah lagi berbuka kat Holiday Inn ni..tunggu sapelah yang nak belanja

    ReplyDelete
  7. Omg. Got durian laaa. My fav fruit...

    ReplyDelete
  8. bagusnya bila jemputan ada anak yatim..program csr yang sangat bagus..mesti hepi anak2 kat situ kan..ada durian ada gear box memang padulah kalau datang berbuka kat sini heheh

    ReplyDelete
  9. wahhh ! nampak meriah betul buffet ramadhan yang disajikan di sini ya. tengok2 gambar rasa tak sabar pulak nak berpuasa. harga dia berpatutan dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan

    ReplyDelete
  10. Cantiknye AM manis bergaya. Wahh durian tu banyak mesti harum semerbak saje kan. Banyak jugak menu disediakan. Rambang mata nak pilih nak berbuka apa.

    ReplyDelete
  11. Amboi cantiknya murni pakai. Jaranglah emi tengok murni pakai melawa macam ni. Manis je nampak. By the way frust jugak emi tak dapat join korang pergi preview ramadhan yang ni. Makanan semua nampak sedap2.

    ReplyDelete
  12. Oh macam best best semua sajian kat sana. Kelly belum pernah try their ramadan buffet yet, will check it out.

    ReplyDelete
  13. Meriahnya..bagus sangat laa mereka raikan bersama anak2 yatim ni..hidangan pon semua sedap2 dan pelbagai..paling teruja durian tu..kalau saya kat sana memang saya pulun sakan..hehehe

    ReplyDelete
  14. Station durian yang paling mahal tu! Kehkehkeh... Serious banyak giler choices of food and spots to buka puasa for those who are fasting. Agaknya if made a long summary list of tempat berbuka puasa, i think it will be longer than this post itself. Hahahha

    ReplyDelete
  15. Perghhh siap ada durian.. Tu x tahan tuuuu... Sedap nyaaa... Dah la Teringin lama dah durian tuu

    ReplyDelete