BUFFET RAMADHAN 2019: RESTORAN REBUNG BERTEMAKAN NOSTALGIA SAJIAN DESA


BUFFET RAMADHAN 2019: RESTORAN REBUNG 
BERTEMAKAN 
NOSTALGIA SAJIAN DESA


Baru-baru ini, AlongMurni (AM) sempat berkunjung ke Restoran Rebung yang terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Bermulanya Bulan Mac 2019, Restoran Rebung memperkenalkan konsep terbaru iaitu Pick & Pay. Pick & Pay merupakan konsep makanan rakyat dengan harga bermula dari RM 0.50 untuk sebiji kuih dan RM 1.50 untuk segelas air. Owh ya harga ini tidak termasuk 6% SST dan 10% Servis charge yaa!! Konsep ini semestinya diilhamkan sendiri oleh Dato’ Chef Ismail.

Mee Goreng

Koey teow Goreng
Muka ada senyum bila dapat makanan kegemaran AM
AM sangat suka berkunjung di Restoran Rebung ini kerana sangat menepati selera dan citarasa AM. yelahh..AM kan suka masakan kampung. Nak nak kalau yang ada menu sambal belacan, masak lemak cili padi dah ulam-ulaman. Itulah yang dituju AM dulu.

Pasembor

Kiri : Masak lemak sayur, Kanan: Ikan Patin masak tempoyak





Menariknya kali ini adalah Sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini, Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung untuk berbuka puasa. Bermula dari makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah ke pencuci mulut. Banyak kan?? Pelbagai pilihan, pelbagai menu yang sedap dan terbaik dari Restoran Rebung



Laksa


Keropok Leko

Murtabak daging dan Murtabak Ayam

Aneka jenis Ikan Bakar

Dengan bertemakan “Nostalgia Sajian Desa”, Restoran Rebung masih mengekalkan hidangan masakan kampung yang istimewa dan paling AM gemari iaitu daging salai masak lemak cili api, siput sedut masak lemak dan ikan patin masak tempoyak tersedia di Restoran Rebung. Semestinya bahagian kepala ikan patin jadi pilihan AM.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail mampu memuatkan hampir 500 pengunjung dalam satu masa yang sama.

Antara kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung adalah:

NO
PERKARA
INFO LANJUT
1
Blue Room
Berkapasiti menampung 20 - 23 orang
2
Red Room
Berkapasiti menampung 70 - 80 orang
3
Green Room
Berkapasiti menampung 110 - 120 orang
4
Stage Area
Berkapasiti menampung 120 - 130 orang
5
Yellow Room
Berkapasiti menampung 50 orang
6
Anjung
Berkapasiti menampung sehingga 70 orang
7
Ruang Solat (Surau)
Boleh menampung 20 orang dalam satu-satu masa
8
Kemudahan Lift

9
Kawasan Restoran yang mesra OKU


Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi sepanjang bulan Ramadan Kumpulan Ghazal Sri Nuansa akan mengalunkan irama Ghazal yang mengusik jiwa sepanjang waktu berbuka puasa.


Persembahan dari Kumpulan Ghazal Sri Nuasa

Harga buffet hanya RM84.80 untuk dewasa dan RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun. Pakej bufet Ramadan akan bermula dari 6 Mei sehingga 3 Jun 2019. 

Untuk tempahan, hubungi 03-2276 3535.


KATA LONGMURNI

AM SANGAT MENGGEMARI MASAKAN KAMPUNG DAN
 RESTORAN REBUNG MENJADI PILIHAN AM. 
TAHUN LEPAS AM BERBUKA PUASA DI SINI. BEGITU JUGA TAHUN INI. SEMESTINYA AM TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK 
BERBUKA PUASA DI RESTORAN REBUNG. 
RASA PUAS KERANA MASAKAN DI SINI MENEPATI CITARASA DAN SELERA AM.

Post a Comment

20 Comments

  1. teringinnya nak pergi restoran chef ismail ni..kalau restoran chef ismail ni mesti menu2 dia semua masakan melayu tradisional..nak2 lagi kalau menu masak lemak..terliur plak duk taip ni haha..best dia punya konsep pick & Pay

    ReplyDelete
  2. Eh murahnya harga bufet ramadan dekat sini. Dengan pelbagai jenis makanan yang dihidang, memang berbaloi sungguh. Lagi2 lauk nostalgia masakan Melayu. Memang ngam lah makan masa berbuka tu kan.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan kecik je tempat ni. Tapi satu room pun dah boleh muat sampai 130 orang. Memang banyak lah boleh tampung orang ni. And harga buffet die memang berbaloi. Tengok pilihan makanan pun banyak. Murtabak tu haih~

    ReplyDelete
  4. Air tangan Chef Ismail memang terbaik kan - makanan dia memang boleh membuat teringat-ingat di waktu malam. Dengan layanan Chef yang memang terbaik, memang kenyang kalau makan kat sini

    ReplyDelete
  5. Masa Restoren Rebung ni kat Bangsar pun Bella belum sempat pergi. Walhal rumah dekat Bangsar je. Sekarang dah pindah jauhla pulak nak pergi. Memang dgr masakan sini sangat sedap. Utk Iftar tahun ni nak pergilah ke sini. Sedap2 nya makanan. Lapar terus kita.

    ReplyDelete
  6. Sedapnye makan masakan kampung camni. Teringin betul nak makan masak lemak yang rasa dia kaw kaw lemak and pedas. I dengar restoran ni owner dia Chef terkenal tu ye? Nak singgah la nanti.

    ReplyDelete
  7. Best yer berpeluang rasa masakan kampung dari Chef Ismail yang terkenal ni. mesti semua lauk pauk kat sini sedap2 kan. Harga buffet tu pun berbaloi sangat dengan pelbagai pilihan makanan.

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak makan kat Rebung ni hehehe rindu sangat memang sedap dan juga kita tahu rahsia kesedapan chef Ismail hehehe sempat lah belajat menuntut dengan beliau hari tu wakakakkaa..

    ReplyDelete
  9. Comel je hiasan bertemakan desa tu. Nampak sedap semua tu. Lagi-lagi Chef Ismail yang punya kan. Boleh juga mencuba makan di sini rasa kesedapan makanannya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Kalau terfikir je masakan kampung kat KL memang Restoran Rebung nilah yang selalu terlintas kat kepala dulu. Memang makanannya tak mengecewakan selain saya sendiri jugak pun memang suka makanan Melayu. Tapi tak pernah pula buka puasa kat sini. Kena try ni nanti. Hihi

    ReplyDelete
  11. teringinnk pgi restoran rebung ni sbb restoran ni mmg popular tapi tk semapt lgi nk jejak kaki ke sana. nampaks edap menu2 yg ditunjuk. in shaa Allah akan cuba nnti :) terima kasih share :)

    ReplyDelete
  12. Wahh bestnye dapt rasa masakan dari chef terkenal. Ni favourite ena menu desa. Suai dengan selera tekak. Janji perut kenyang n hati pon banyak senang.

    ReplyDelete
  13. Best dan beruntung dia dapat makan masakan Chef Ismail ya. Masakan dia memang sedap kan. Naisb baiklah jauh. Kalau dekat dah lama Mimi pergi sana. Menu yang disediakan pun memang selera orang kampung kan. Sedapnya kalau dapat makan masakan beliau.

    ReplyDelete
  14. Wahh ada murtabak ngan keropok lekor! I tak nampak lagi murtabak kat buffet ramadhan kat tempat lain. Menarik lah, teringinnya nak rasa air tangan Chef Ismail ni.

    ReplyDelete
  15. Vavavaa... Kita suka Chef Ismail punya keletah. Peramah orangnya. Dah lama teringin nak rasa air tangan Chef Ismail. One day nak pi berbuka sana sebab nampak semua menyelerakan. Masakan kampung memang favorite kita!

    ReplyDelete
  16. Wahhhh nampak sedap2 betul hidangan buffet ramadhan di sini. Ramai cakap restoran rebung sedap. Nanti nak bawa satu family berbuka puasa kat sini lah. Harga pon berpatutan.

    ReplyDelete
  17. Warna-warni dan cantik restoran rebung ni. Nampak byk lauk2 yang sedap jugak.

    ReplyDelete
  18. Bestnya AM. Tengok menu tu semua menyelerakan.
    Kalau sediakn pula menu masakan kampung, memang makan bersungguh la..
    Hehe

    ReplyDelete
  19. Kita teringin lah nak makan kat rebung ni. Tak kesempatan pulak. Sellau juga dengar feedback makanan sini sedap2.

    ReplyDelete
  20. Memang sedap masakan kat sana, my favourite dish is siput sedut masak lemak cili api.

    ReplyDelete