Saturday, 13 April 2019

MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL : DAPAT TAJAAN RM 500,000


MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL : DAPAT TAJAAN RM 500,000
USAHAWAN MEDIA SOSIAL


Baru-baru ini AlongMurni (AM) dimaklumkan tentang majlis Perkahwinan yang meletop. Mana tidaknya, hampir kecoh satu Malaysia bila Pengasas Laman Web Jamu Mall yang mendapat tajaan RM 500,000 .. Perkahwinan pengasas laman web Jamu Mall, Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat. Bak kata pepatah melayu, ‘tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah yang berlaku kepada gadis kecil comel Siti Jamumall yang mendapat tajaan sempena majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Syafiq, sehingga setengah juta ringgit kan??



Usahawan muda dan cantik yang mengumumkan perancangan untuk berkahwin sejak tahun lalu tidak menyangka ramai pihak yang datang kepadanya untuk menaja barangan dan makanan.
“ Saya sangat sebak dan tak sangka majlis bertukar jadi sangat luar biasa. Inilah berkat usaha saya bergelar promoter dan host untuk jamumall.com yang menjual pelbagai produk, fesyen, kesihatan dan makanan. Saya hargai semua tajaan dan amat berterima-kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.


Pada mulanya beliau hanya merancang untuk membuat majlis resepsi dalam skala biasa secara kecil-kecilan, namun tidak menyangka setelah memuat naik satu perkongsian status di Facebook beliau mengenai majlis resepsi tersebut, Siti terus dihujani panggilan serta pesanan Whatsapp daripada pengasas-pengasas produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi yang menyatakan hasrat untuk menaja majlis resepsi beliau.


Majlis resepsi tersebut dihadiri lebih 2000 orang jemputan yang terdiri dari kenalan , sanak saudara dari kedua-dua belah pihak serta pihak media yang terdiri dari wartawan dan blogger. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh pemenang One In A Million, Ayu Damit dan disiarkan secara langsung melalui platform Facebook Jamumall.com



Musim Cuti dan perkahwian pun akan tiba kan?? Kat sini AM ada letak sekali tajaan yang terlibat dan yang berminat ingin gunakan perkhidmatan mereka boleh roger segera di laman IG dan FB tertera yea.

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
MALAYSIA’S EXPERT WEDDING & EVENT DECORATOR| Award Winning Brand |
Office: 03-33625047 |014-3292447 |010-2092446|014-3152443.

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
EVENT STYLIST AND EVENT DECORATORS
FB: DLIA JANE BRIDAL
OFFICE : TAMAN PUTRA KAJANG

Grand Cake dari Mad About Cake
0173587388/0193255471
0378873150

Vip Menu dari Rumpun Selera
Restoran & Katering
rumpunselera@gmail.com
+60361388778
+0104018001

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

Jamu dari Seri Lady Empire Resources

Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

Telekung dari Pretty Aini

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

Scarft dari Scarft By Mehrun

Printed Box dari Art Creation Printing

Perfume dari Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort

KATA ALONG MURNI

BETUL-BETUL BERTUAH DAN BERUNTUNG SITI JAMUMALL 
BILA MAJLIS PERKAWINAN DITAJA!!  
AM DOAKAN SEMOGA SITI SURIANI DAN PASANGANYA SYAFIQ 
BAHAGIA HINGGA JANNAH DAN DIPERLUASKAN REZEKI SERTA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA UNTUK 
TERUS MEMBANTU USAHAWAN-USAHAWAN LAIN LAGI.  INSYAALLAH

18 comments:

el said...

alhamdulilah..tahniah..tak sangka kan memang bertuahlah badan dpt sponsor ninnnndia 500K..cukup semua..dr berinai sampailah bersanding cantik, glam dan meriah wedding sitijamumall ni

Mimie said...

Untung pengantin perempuan sebab dapat tajaan sampai 500k. Rezeki dia dapat banyak tajaan. Majlis perkahwinan dia dan pasangan meriah sangat kan. Memang banyak yang sponsor perkahwinan dia kan. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai

5 Little Angels said...

Wah... Bestnya dapat tajaan begitu banyak untuk perkahwinan. Indeed can save a lot of expenses.

Sizzling Suzai said...

ya Allah cantiknya pelamin baju segala decor dia, rezeki sgt klu nk dpt majlis gah cmni xd penaja alamakkk x mampu lahh saya hahhaha bial nk kawen ni ye ye je? btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy hehe :)

Aerill Hassan said...

untungnya pengantin! disponsor rm500k, mmg wedding of the year :) meriah je tengok daripada gambar2, terbayang pulak untuk majlis sendiri nnti :)

Alia Farhan said...

Untung dpt tajaan mcm ni kan...
Murah rezeki dia... Mcm2 pulak tu yg tajanya

Izaramli said...

Bestnya dapat sponsor kahwin banyak macam tu. Boleh huat majlis grand and cantik. Bertuah betul la Siti ni. No wonder la dia sampai jemput blogger untu cover wedding dia. Wedding gempak rupanya.

Hanny Abdullh said...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia x ada sape yg tahu. Tuah jamumall ramai yg meleleh air lioq tgok..hehee. memang bertuah sungguh dia kan. Kalau sis dpt sponser cam gini, sure lompat tinggi punya..hehehe

Syaza Redzuu said...

Mula2 pelik jugak SR baca pasal Siti Jamumall nii. Sebab ramai bloggers shared dkt fb. Haha. Rupanya pasal wedding dy fully sponsored. Fuhhh untg la dia.

Fadzi Razak said...

Untung betul die kan. Ye lah rezeki die sebab selalu promote barang orang dengan fb live. Banyak jugak RM500k sponsor yang die dapat tu

Jia Shin Lee said...

I love her wedding, it was so pretty, such a dream come true. Siti is also very humble, congratulations to her for earning herself such a beautiful wedding.

saidila said...

along pergi yer wedding dia...untungnya dapat jemputan kenduri orang pemems...

alhamdulillah rezeki dia , semoga perkhawinan siti dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..tahniah dari saya untuk Siti Jamumall dan pasangan

AyuArjuna BiGoshh said...

hebat perkahwinan dia sampai ditaja beribu2...ramai pengusaha yang mampu memeriahkan majlis ini kan..plg seronok bila tengok ramai jemputan termasuklah media memeriahkan majlis pada masa yang sama

Nadia Johari said...

Memang tak kenal siapa dia, lepas kornag poast cakap dia pernah buat live, terus pergi page dia dan tengok..oo..sebb live dia pun tak pernah nmpk..ehhee..apa2 pun tahniah selamat dah berkahwin..semoga kekal bhagia bersama pasangan..Murah rezeki dapat tajaan sebanyak tu

Wawa Ashihara said...

wow..kalah artis majlis dia kan.. Tuah badan betullah.. Kita ada gk tgk xeloteh dia kalau nampak dia tgh live kt fb.. Mmg peramah abis kalau cakap... Tapi kalau dpn2 xtau cmne kan.. Hehe.. Tp cntik2 la smuanya... Tahniah siti..

Kak Su said...

Alhamdulillah, terasa keseronokannya kan, macam anak dara akak pulak yang naik pelamin , teruja akak dibuatnya so sweet sangat

Cik Min said...

Bukan main meriahnya majlis dia kalah retis hahaha..walaupun kte tak kenal langsung dia ni sape tpi kagum la boleh buat majlis grand macam ni

penaberkala said...

Bertuahnya jadi Siti ni. Buat live kat fb je, tapi bila tengok sponsor wedding, fuh mengalahkan artis yang ada kat Malaysia ni. Btw, selamat pengantin baru untuk siti dan suami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat