MAJLIS PERKAHWINAN SITI JAMUMALL : DAPAT TAJAAN RM 500,000
USAHAWAN MEDIA SOSIAL
Baru-baru ini AlongMurni (AM) dimaklumkan tentang majlis
Perkahwinan yang meletop. Mana tidaknya, hampir kecoh satu Malaysia bila Pengasas
Laman Web Jamu Mall yang mendapat tajaan RM 500,000 .. Perkahwinan pengasas
laman web Jamu Mall, Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall
mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat. Bak kata pepatah melayu, ‘tuah ayam
nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah yang berlaku kepada gadis
kecil comel Siti Jamumall yang mendapat tajaan sempena majlis perkahwinan
beliau dan pasangannya Syafiq, sehingga setengah juta ringgit kan??
Usahawan muda dan cantik yang mengumumkan perancangan untuk
berkahwin sejak tahun lalu tidak menyangka ramai pihak yang datang kepadanya
untuk menaja barangan dan makanan.
“ Saya sangat sebak dan tak sangka majlis bertukar jadi sangat luar biasa. Inilah berkat usaha saya bergelar promoter dan host untuk jamumall.com yang menjual pelbagai produk, fesyen, kesihatan dan makanan. Saya hargai semua tajaan dan amat berterima-kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.
Pada mulanya beliau hanya merancang untuk membuat majlis
resepsi dalam skala biasa secara kecil-kecilan, namun tidak menyangka setelah
memuat naik satu perkongsian status di Facebook beliau mengenai majlis resepsi
tersebut, Siti terus dihujani panggilan serta pesanan Whatsapp daripada
pengasas-pengasas produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi yang menyatakan
hasrat untuk menaja majlis resepsi beliau.
Majlis resepsi tersebut dihadiri lebih 2000 orang
jemputan yang terdiri dari kenalan , sanak saudara dari kedua-dua belah pihak
serta pihak media yang terdiri dari wartawan dan blogger. Majlis tersebut turut
diserikan dengan persembahan oleh pemenang One In A Million, Ayu Damit dan
disiarkan secara langsung melalui platform Facebook Jamumall.com
Musim Cuti dan perkahwian pun akan tiba kan?? Kat sini AM
ada letak sekali tajaan yang terlibat dan yang berminat ingin gunakan
perkhidmatan mereka boleh roger segera di laman IG dan FB tertera yea.
Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
MALAYSIA’S EXPERT WEDDING & EVENT DECORATOR| Award
Winning Brand |
Office: 03-33625047 |014-3292447 |010-2092446|014-3152443.
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
EVENT STYLIST AND EVENT DECORATORS
FB: DLIA JANE BRIDAL
OFFICE : TAMAN PUTRA KAJANG
Grand Cake dari Mad About Cake
☎0173587388/0193255471
0378873150☎
Vip Menu dari Rumpun Selera
Restoran & Katering
✉rumpunselera@gmail.com
☎+60361388778
+0104018001
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
Tudung Bawal
Bridesmaids dari Gallery Bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
Telekung dari Pretty Aini
Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
Scarft dari Scarft By Mehrun
Printed Box dari Art Creation Printing
Perfume dari Luxe Essencia Resources
Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
KATA ALONG MURNI
BETUL-BETUL BERTUAH DAN BERUNTUNG SITI JAMUMALL
BILA MAJLIS
PERKAWINAN DITAJA!!
AM DOAKAN SEMOGA
SITI SURIANI DAN PASANGANYA SYAFIQ
BAHAGIA HINGGA JANNAH DAN DIPERLUASKAN
REZEKI SERTA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA UNTUK
TERUS MEMBANTU USAHAWAN-USAHAWAN LAIN
LAGI. INSYAALLAH
18 Comments
alhamdulilah..tahniah..tak sangka kan memang bertuahlah badan dpt sponsor ninnnndia 500K..cukup semua..dr berinai sampailah bersanding cantik, glam dan meriah wedding sitijamumall ni
ReplyDeleteUntung pengantin perempuan sebab dapat tajaan sampai 500k. Rezeki dia dapat banyak tajaan. Majlis perkahwinan dia dan pasangan meriah sangat kan. Memang banyak yang sponsor perkahwinan dia kan. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai
ReplyDeleteWah... Bestnya dapat tajaan begitu banyak untuk perkahwinan. Indeed can save a lot of expenses.
ReplyDeleteya Allah cantiknya pelamin baju segala decor dia, rezeki sgt klu nk dpt majlis gah cmni xd penaja alamakkk x mampu lahh saya hahhaha bial nk kawen ni ye ye je? btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy hehe :)
ReplyDeleteuntungnya pengantin! disponsor rm500k, mmg wedding of the year :) meriah je tengok daripada gambar2, terbayang pulak untuk majlis sendiri nnti :)
ReplyDeleteUntung dpt tajaan mcm ni kan...
ReplyDeleteMurah rezeki dia... Mcm2 pulak tu yg tajanya
Bestnya dapat sponsor kahwin banyak macam tu. Boleh huat majlis grand and cantik. Bertuah betul la Siti ni. No wonder la dia sampai jemput blogger untu cover wedding dia. Wedding gempak rupanya.
ReplyDeleteTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia x ada sape yg tahu. Tuah jamumall ramai yg meleleh air lioq tgok..hehee. memang bertuah sungguh dia kan. Kalau sis dpt sponser cam gini, sure lompat tinggi punya..hehehe
ReplyDeleteMula2 pelik jugak SR baca pasal Siti Jamumall nii. Sebab ramai bloggers shared dkt fb. Haha. Rupanya pasal wedding dy fully sponsored. Fuhhh untg la dia.
ReplyDeleteUntung betul die kan. Ye lah rezeki die sebab selalu promote barang orang dengan fb live. Banyak jugak RM500k sponsor yang die dapat tu
ReplyDeleteI love her wedding, it was so pretty, such a dream come true. Siti is also very humble, congratulations to her for earning herself such a beautiful wedding.
ReplyDeletealong pergi yer wedding dia...untungnya dapat jemputan kenduri orang pemems...
ReplyDeletealhamdulillah rezeki dia , semoga perkhawinan siti dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..tahniah dari saya untuk Siti Jamumall dan pasangan
hebat perkahwinan dia sampai ditaja beribu2...ramai pengusaha yang mampu memeriahkan majlis ini kan..plg seronok bila tengok ramai jemputan termasuklah media memeriahkan majlis pada masa yang sama
ReplyDeleteMemang tak kenal siapa dia, lepas kornag poast cakap dia pernah buat live, terus pergi page dia dan tengok..oo..sebb live dia pun tak pernah nmpk..ehhee..apa2 pun tahniah selamat dah berkahwin..semoga kekal bhagia bersama pasangan..Murah rezeki dapat tajaan sebanyak tu
ReplyDeletewow..kalah artis majlis dia kan.. Tuah badan betullah.. Kita ada gk tgk xeloteh dia kalau nampak dia tgh live kt fb.. Mmg peramah abis kalau cakap... Tapi kalau dpn2 xtau cmne kan.. Hehe.. Tp cntik2 la smuanya... Tahniah siti..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terasa keseronokannya kan, macam anak dara akak pulak yang naik pelamin , teruja akak dibuatnya so sweet sangat
ReplyDeleteBukan main meriahnya majlis dia kalah retis hahaha..walaupun kte tak kenal langsung dia ni sape tpi kagum la boleh buat majlis grand macam ni
ReplyDeleteBertuahnya jadi Siti ni. Buat live kat fb je, tapi bila tengok sponsor wedding, fuh mengalahkan artis yang ada kat Malaysia ni. Btw, selamat pengantin baru untuk siti dan suami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
ReplyDelete