Tuesday, 28 May 2019

SURIA KLCC : HIDUPKAN KESERONOKAN DAN KEMERIAHAN MALAM TUJUH LIKUR


SURIA KLCC : HIDUPKAN KESERONOKAN DAN 
KEMERIAHAN MALAM TUJUH LIKUR
BERTEMAKAN SEMURNI IKATAN SEINDAH LEBARAN


Sekarang dah menginjak 23 Ramadhan. Bahang sambutan Aidil Fitri makin terasa. Mesti ramai suri rumah dah sibuk dengan kuih raya dan membeli belah barangan keperluan untuk menyambut hari raya kan??

Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat menjengah ke Pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC. Menariknya di sini adalah KLCC meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam ke-27 Ramadan yang dikenali sebagai Malam Tujuh Likur.

Dengan bertemakan Semurni Ikatan Seindah Lebaran, ruang legar utama suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur tau!!! AM dimaklumkan yang pengunjung akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur di pusat pusat beli-belah itu hingga 9 Jun ini.



Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan. Replika istana ini dihiasi pelbagai ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni bina masyarakat Melayu. Malahan gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut.

Sempat bergambar bersama dengan Naz JJCM

Bila menjejak kaki ke sini, AM dapat lihat sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pandangan AM. Lebih mengujakan apabila Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC berketinggian 70 kaki.

Replika Pelita Tertinggi 

Sehingga 9 Jun 2019,pengunjung yang datang berpeluang menikmati persembahan menarik antaranya tarian drama Mak Yong, tarian muzikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional, dikir barat dan persembahan silat.



BERKONGSI REZEKI BERSAMA DENGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai, KLCC turut bersama-sama dengan orang ramai bagi mengumpulkan dana 'Share The Care' melalui Yayasan Makanan Bantuan iaitu  organisasi bukan kerajaan yang pertama yang ditubuhkan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia hingga 9 Jun, 2019. Setiap pembelian barangan di KLCC akan didermakan RM10 untuk tujuan tersebut. Dana yang dibangkitkan akan disalurkan ke Yayasan Makanan Bantuan untuk membeli barangan makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong operasinya untuk mengurangkan kelaparan dan kekurangan makanan di negara ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yayasan Makanan Bantuan, lawati www.foodaidfoundation.org

AM berbuka puasa di Chakri Palace Suria KLCC

MERIAHKAN PERAYAAN AIDIL FITRI

Mulai dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019, pengunjung yang membeli barangan di Suria KLCC akan menerima sepasang balang gula-gula dan paket Raya dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,000 ke atas dalam dua resit. Pengunjung juga boleh menyertai satu peraduan untuk memenangi pakej pengalaman makan secara eksklusif untuk dua bersama dengan  Chef Sherson Lian.
Pelbagai peraduan dan hadiah menarik menanti pengunjung yang datang. Info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my

AM bersama dengan Chef Sherson Lian


KATA ALONG MURNI

KADANG-KADANG AM TERFIKIR JUGA BILA HADIRI BUFFET RAMADHAN, 
AM LIHAT BANYAK BERLAKU PEMBAZIRAN MAKANAN. 
JADI PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH SURIA KLCC SANGAT BERTEPATAN 
DI SAMPING DAPAT MENGELAKKAN PEMBAZIRAN, IA JUGA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN. INSYAALLAH.. 🤟🤟🤟 TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURIA KLCC ATAS INISIATIF DAN GALAKAN YANG DIBERIKAN.

Monday, 27 May 2019

MAJLIS PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019


MAJLIS PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019
TEKNIK DAN CARA ‘NAK TARIK PELANGGAN’ MELALUI PLATFORM ONLINE
PAKAR PEMASARAN ONLINE: NAJIB ASADDOK



Perniagaan bukanlah suatu bidang yang asing dalam Islam. Bidang ini bukan sahaja  membantu menjana ekonomi individu, malah dianggap sebagai sesuatu ibadah. Galakan dan dorongan Nabi Muhammad S.A.W supaya masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan tidak digambarkan dengan kata-kata sahaja bahkan Rasullah sendiri, sebelum diutus menjadi Nabi merupakan peniaga berjaya. Pada usia muda lagi Rasullah telah berniaga hingga ke bumi Syam dan sungguh amanah dalam mengurus perniagaan Siti Khadijah sehingga digelar Al-Amin. Contoh ini telah diteladani ramai sahabat Rasullah. Abu Bakar as Siddiq dan ‘Uthman ‘Affan umpamanya menjalankan perniagaan pakaian sementara Umar Al Khattab pula menguruskan perdagangan biji-bijirin.

Namun trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Lebih ramai pengguna mendapatkan informasi daripada medium online dan ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.



AlongMurni (AM) berkesempatan untuk mengahdiri Majlis Pelancaran Roket Momentum 2019 yang diadakan di Holiday Inn, Subang baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd iaitu Najib Asaddok yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online di kalangan usahawan tempatan telah melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum. Program seumpama ini bertujuan bagi membantu 50,000 usahawan terutamanya usahawan yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik lebih ramai pelanggan.




“ Ramai lagi usahawan yang masih belum gunakan PEMASARAN ONLINE sedangkan cara ini membantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan Formula Online Roket Marketing kami, kempen pemasaran mereka akan lebih berkesan, jenama lebih dikenali dan jualan meningkat berkali ganda.
Menurut laporan Hootsuite yang terkini, seramai 24 Juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka, “ Jelas Najib Asaddok dalam siding media Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan.




AM sangat kagum dengan teknik dan cara penyampaian Najib Asaddok. Walaupun 1 jam beliau bercakap namun ianya tidak membosankan kerana penuh dengan mesej dan informasi penting.

AM juga dimaklumkan yang program ini disasarkan untuk menguasai pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Usahawan yang terlibat dalam industri Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Perkhidmatan amat digalakkan untuk menyertai program seumpama ini.



Najib Asaddok selaku CEO Momentum Internet Sdn Bhd mempunyai misi untuk membantu seramai 50,000 usahawan di Malaysia supaya usahawa dapat membina bisnes dan meningkatkan jualan melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM 1 sahaja!! Menarik bukan??

Untuk info lanjut dan berminat untuk mendaftar boleh layari www.naktarikpelanggan.com dan www.50kusahawan.com

KATA ALONG MURNI

PROGRAM SEUMPAMA INI HARUS DISERTAI OLEH RAMAI USAHAWAN BAGI MENINGKAT EKONOMI , MENJANA PENDAPATAN DAN 
MEMPERKENALKAN JENAMA KEPADA PENGGUNA SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA. 
 JOM SERTAI ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 . 
CEPAT DAFTAR SEKARANG!! KERANA UNTUK TEMPOH TERHAD 
YURAN SEBANYAK RM1 DIKENAKAN.

Thursday, 23 May 2019

DETTOL: KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN


DETTOL: KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

AMALAN KEBERSIHAN DAPAT MEMBANTU MELINDUNGI KELUARGA

DARIPADA 100 JENIS KUMAN YANG BERBAHAYA



Sekarang menganjak ke 17 Ramdhan. Pastinya banyak bersiapan menjelang raya ini kan? Tidak terkecuali AlongMurni (AM) yang juga membuat persiapan membuat Raya Aidil Fitri. Tambah syawal ini bilangan ahli keluarga akan bertambah. Mana tidaknya, adik perempuan AM bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 Syawal ini. Pasti banyak persediaan tambahan bagi menyambut kehadiran tetamu jemputan ke majlis.

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. 



Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100% kan??

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu kan?



Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah.  Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Dah ready nak mandi bersama Dettol


Semestinya AM menggunakan Dettol sebagai perisai utama AM kerana Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.

Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.

Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

PENGAGIHAN SABUN TANGAN DETTOL DI BAZAR RAMADAN

Menariknya pada tahun ini adalah pasukan Dettol telah mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai! Wahhh!! Memang baguskan??

DETTOL TEAM DI BAZAR JALAN KUCHING

DETTOL TEAM DI BAZAR JALAN KUCHING

DETTOL TEAM DI BAZAR TTDI

DETTOL TEAM DI BAZAR JALAN KUCHING

DETTOL TEAM DI BAZAR TASIK PERMAISURI

PESAN ALONG MURNI (AM)

  • Gunakan Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar
  • Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan tanpa menggunakan air
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman sempena menyambut ketibaan Hari Raya.


KATA ALONG  MURNI

PENGGUNAAN SABUN DETTOL DALAM MENJALANI AKTIVITI SEHARIAN MERUPAKAN AMALAN KEBERSIHAN
 SEMEMANGNYA HARUS DITITIKBERATKAN KAN??
 DI SAMPING WANGIAN DETTOL YANG MENYEGARKAN, 
KEBERSIHAN DIRI JUGA TURUT DILINDUNGI DAN TERJAGA RAPI.
 AM DAN SEKELUARGA TETAP KEKAL MEMILIH DETTOL 
SEBAGAI PERISAI UTAMA KELUARGA .

Sunday, 19 May 2019

JUADAH BERBUKA: TONY ROMA’S DENGAN TEMA FESTIVE DELIGHT


JUADAH BERBUKA: TONY ROMA’S DENGAN TEMA FESTIVE DELIGHT

MENU ISTIMEWA SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDIL FITRI



Bulan Puasa ini pasti ramai yang mencari kelainan dalam juadah berbuka kan?? Haaa.. AlongMurni (AM) nak cadangkan untuk berbuka puasa di Tony Romas. Juadah berbuka memang terbaik tau di sini. Pasti membangkitkan selera tau!!

Menariknya adalah sempena menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya bagi tahun ini, Tony Roma’s Malaysia memperkenalkan menu Selera Iftar dan Meriah Meal. Setiap menu ada didatangkan dengan tulang rusuk kambing (lamb ribs) yang begitu empuk dan lazak sehingga menjilat jari. Ada juga menu BBQ Chicken dan beef riblet dalam setiap sajian hidangan.



SELERA IFTAR

MENU SELERA IFTAR

Nampak menarik kan hidangan dalam menu Selera Iftar kan?? Selera Iftar ini hanya RM169.80 dan sesuai untuk 3 ke 4 orang untuk dinikmati bersama. Menu ni ada Lamb Ribs Roma Rack dengan sos honey plum, 1/2 BBQ Chicken, Beef Riblet dengan sos original TR, coral mix salad, jagung, 2 hot baguette, 4 mangkuk kecil kentang putar atau nasi (boleh pilih)  dan 4 mangkuk kecil sup.

MERIAH MEAL

MERIAH MEAL

AM dan rakan-rakan memilih dan mencuba hidangan Meriah Meal pada harga RM258.80. Portion ini lebih sesuai dinikmati untuk 5 ke 6 orang. Menu ini juga sesuai dinikmati bersama seisi keluarga. Menu ini didatangkan dengan lamb ribs full slab dengan sos honey plum, 1/2 BBQ Chicken, 2 slabs beef riblet dengan sos original TR, coral mix salad dengan kickin’ shrimp, 3 hot baguette, 6 mangkuk kecil kentang putar atau nasi, dan 6 mangkuk kecil sup.

SENSATIONAL SERAI BBQ ¼ CHICKEN

SENSATIONAL SERAI BBQ 

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken – Menu ini unik dan ada kelaianan tersendiri.Ayam yang telah di grill bersama dengan Sensetional Serai BBQ Sauce, di datangkan dengan corn on the cob, coral salad and nasi istimewa atau kentang putar. Rasa ayam padat dengan herba dan ada sedikit kepedasan. 

TEMPTING TOMYUM BBQ ¼ CHICKEN

TEMPTING TOMYUM BBQ

Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken – Yang ini pula merupakan grilled BBQ 1/4 chicken glazed bersama tomyam BBQ sauce, didatangkan juga bersama corn on the cob, coral salad dan nasi istimewa atau kentang putar. Hidangan ini buat mereka yang suka akan perasa tomyam yang begitu beraroma.

TR ORIGINAL BBQ ¼ CHICKEN

TR Original BBQ 1/4 Chicken – Terdapat juga Grilled BBQ 1/4 Chicken glazed disaluti dengan TR’s Original BBQ sauce, didatangkan dengan corn on the cob, coral salad dan nasi istimewa ataupun kentang putar.  Set ini pula disertakan dengan sauce asli TR yang cukup terkenal dan mendapat sambutan yang hebat buat penggemar TR yang menyukai dan mengagumi keaslian citarasa Tony Roma’s.

PILIHAN ANTARA NASI ISTIMEWA ATAUPUN KENTANG PUTAR

Sempena dengan menyambut bulan puasa dan raya tahun ini, menu Festive Delights akan ada dari 1 May sehingga 30 Jun 2019 di semua outlet Tony Roma’s Malaysia.

KATA ALONG MURNI

SESEKALI BERBUKA PUASA DI TONY ROMAS MEMANG SATU KELAINAN
 DAN MEMBANGKITKAN SELERA. 
JOMM RERAMAI BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN 
BERBUKA PUASA MAHUPUN MENJAMU SELERA SEPANJANG RAYA 
SEMENTARA MENU HIDANGAN INI MASIH ADA KERANA TERHAD SEHINGGA MUSIM HARI RAYA AIDIL FITRI


Thursday, 16 May 2019

PENGALAMAN ALONGMURNI: MENONTON KONSERT JASON MRAZ

PENGALAMAN ALONGMURNI: MENONTON KONSERT JASON MRAZ



AlongMurni (AM) dimaklumkan Jason Mraz akan berada di Malaysia dalam konsert jelajahnya ‘GOOD VIBES TOUR 2019 ’ pada 13 Mei pada  8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Semestinya AM tidak melepaskan peluang untuk mendengar sendiri secara Live suara pemenang ‘Grammy Award’.

Mana tidaknya, lagu ‘Im Yours’ memberi sejuta kenangan manis buat AM. Sesekali teringat masa lampau bila ‘someone’ yang pernah penting dalam hidup AM mendendangkan lagu inI pada suatu ketika dulu. Hahaha.. teringat kisah silam gitu!!



AM tiba di Axiata Arena Bukit Jalil agak awal bagi bersama-sama rakan AM untuk berbuka puasa bersama-sama. Ada juga gerai dan kiosk makanan dibuka. DI samping itu surau amat berdekatan dengan pintu masuk. Jadi mudahlah untuk menunaikan solat Maghrib dan mahupun solat Isyak sebelum konsert bermula. Ini merupakan pertama kali AM berpeluang melihat konsert secara Live. Memang mengujakan AM bila AM lihat seramai lebih daripada 10,000 penonton membanjiri Axiata Arena.

PENUH BERTENAGA BERSEMBAHAN JASON MRAZ

Di Konsert Jason Mraz ini AM dapat menyaksikan persembahan mantap dan penuh bertenaga daripada Jason Mraz walaupun perlu menyanyikan sebanyak 20 buah lagu. Memang terbaik kan??

Ada juga penonton yang sporting yang turut menyanyi dan menari mengikut alunan muzik. Tambah menarik bila ruang Axiata Arena dipenuhi dengan suluhan lampu dari HP ketika Jason Mraz mendendangkan lagu. Memang menarik kan?? Konsert Jason  Mraz ini turut diiringi kumpulan pemuzik yang terdiri daripada pemain bass, penyanyi latar dan 'percussion'.

AIKKK..SENYUM KAT AM KAAA??
Yang bestnya, setiap peminat yang hadir dibenarkan merakam video dan mengambil gambar sepanjang konsert berlaku!! Haa..haa.. memang terbaik!!

Pada malam itu, Jason Mraz telah menyanyikan lagu You and I Both, Let's See What The Night Can Do, Living In The Moment, Geek In The Pink, Details In The Fabrics, More Than Friends, Unlonely, I'm Yours, Lucky, Make It Mine, A Beautiful Mess, Be honest, Love Is Still The Answer, 93Million Miles, I Won't Give Up, 3 Things, Have it all, Might As Well Dance dan Love Someone.



KATA ALONG MURNI

PERTAMA KALI AM HADIR DI KONSERT LIVE SEPERTI INI
 MEMANG MENINGGALKAN KENANGAN MANIS BUAT AM. 
TAMBAH MENARIK BILA HADIR BERSAMA-SAMA RAKAN YANG SPORTING DAN TURUT SAMA MENYANYIKAN LAGU DENDANGAN JASON MRAZ.
 LAGU JASON MRAZ YANG MENJADI KEGEMARAN AM ADALAH 
'IM YOURS' DAN 'LUCKY'
 TERBAIK!!

Wednesday, 8 May 2019

BUFFET RAMADHAN 2019: ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR KONGSI KECERIAAN RAMADHAN

BUFFET RAMADHAN 2019: ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR 

KONGSI KECERIAAN RAMADAN
BERSAMA
ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI



Salam Ramadhan ke 2 buat semua pembaca AlongMurni (AM). Pasti indah jika dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara kan?? Hari ke 2 Ramadhan ini, AM berpeluang untuk bersama-sama dalam Majlis Berbuka Puasa  di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur .








Menariknya AM berbuka di sini adalah Am berpeluang berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni melalui program ‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’ sekaligus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan Aroma D’AnCasa.








Program ini merupakan acara tahunan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama sahaja lagi.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni serta tajaan bahan bacaan kanak-kanak dari Kumpulan Media Karangkraf.

Tambahan pula, Ancasa Hotel sekali lagi bersam-sama dengan ADABI Consumers Berhad telah berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadan pada tahun ni.

Kalau nak tahu, program ini merupakan kolaborasi tahun ke- 2 AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur bersama ADABI. Program tahunan ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Sempat AM bergambar dengan adik ini sebelum dia mengagihkan makanan 
Staff Ancasa Hotel mengagihkan makanan kepada pengguna jalan raya

Yeahhh.. Semua ready untuk menjalankan tugas!!!

Seronok pengguna jalanraya dapat juadah kudapan berbuka
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menceriakan 30 orang anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni dengan membawa mereka membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak kami dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat. Ancasa hotel juga turut memberikan sejumlah wang tunai kepada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka pada bulan Ramadan.


“Program khidmat masyarakat terutamanya pada setiap bulan Ramadan dan Syawal tidak asing lagi diadakan oleh warga kerja AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan setiap tahun dilihat sebagai tanggungjawab sosial untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban bagi yang memerlukan. Kami amat berbesar hati dapat meraikan anak-anak yang hadir pada hari ini,” ulas Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad




“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI Consumers Berhad, Kopetro Travel & Tours serta Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi memberikan tajaan dan saya yakin malah percaya dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh barakah ini.” katanya lagi.


AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan buffet Ramadan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM70.00 sahaja bagi dewasa manakala harga bagi kanak-kanak adalah RM40.00 
(5–12 tahun). Untuk tempahan, sila hubungi 03- 20266060 sambungan 7703.

Jemput Berbuka Ya!!! 


KATA ALONG MURNI


SATU USAHA KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DALAM MENGIMARAHKAN 
BULAN RAMADHAN INI MEMANG HARUS DIPUJI DAN DICONTOHI. 
TAHNIAH AM UCAPKAN BUAT ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR KERANA TURUT SAMA BERKONGSI KECERIAAN RAMADHAN BERSAMA 
ANAK-ANAK DI PUSAT JAGAAN MURNI. 

MENYENTUH TENTANG SOAL HIDANGAN DAN MAKANAN DI 
BUFFET RAMADHAN DI SINI, AM SANGAT BERPUAS HATI KERANA 
MAKANAN YANG DISAJIKAN SEDAP DAN PELBAGAI. HARGA BUFFET PULA MEMANG BERPATUTAN DAN BERBALOI UNTUK DINIKMATI SEISI KELUARGA.