BUFFET RAMADHAN 2019: ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR KONGSI KECERIAAN RAMADHAN

BUFFET RAMADHAN 2019: ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR 

KONGSI KECERIAAN RAMADAN
BERSAMA
ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI



Salam Ramadhan ke 2 buat semua pembaca AlongMurni (AM). Pasti indah jika dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara kan?? Hari ke 2 Ramadhan ini, AM berpeluang untuk bersama-sama dalam Majlis Berbuka Puasa  di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur .








Menariknya AM berbuka di sini adalah Am berpeluang berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni melalui program ‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’ sekaligus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan Aroma D’AnCasa.








Program ini merupakan acara tahunan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama sahaja lagi.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni serta tajaan bahan bacaan kanak-kanak dari Kumpulan Media Karangkraf.

Tambahan pula, Ancasa Hotel sekali lagi bersam-sama dengan ADABI Consumers Berhad telah berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadan pada tahun ni.

Kalau nak tahu, program ini merupakan kolaborasi tahun ke- 2 AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur bersama ADABI. Program tahunan ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Sempat AM bergambar dengan adik ini sebelum dia mengagihkan makanan 
Staff Ancasa Hotel mengagihkan makanan kepada pengguna jalan raya

Yeahhh.. Semua ready untuk menjalankan tugas!!!

Seronok pengguna jalanraya dapat juadah kudapan berbuka
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menceriakan 30 orang anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni dengan membawa mereka membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak kami dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat. Ancasa hotel juga turut memberikan sejumlah wang tunai kepada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka pada bulan Ramadan.


“Program khidmat masyarakat terutamanya pada setiap bulan Ramadan dan Syawal tidak asing lagi diadakan oleh warga kerja AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan setiap tahun dilihat sebagai tanggungjawab sosial untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban bagi yang memerlukan. Kami amat berbesar hati dapat meraikan anak-anak yang hadir pada hari ini,” ulas Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad




“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI Consumers Berhad, Kopetro Travel & Tours serta Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi memberikan tajaan dan saya yakin malah percaya dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh barakah ini.” katanya lagi.


AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan buffet Ramadan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM70.00 sahaja bagi dewasa manakala harga bagi kanak-kanak adalah RM40.00 
(5–12 tahun). Untuk tempahan, sila hubungi 03- 20266060 sambungan 7703.

Jemput Berbuka Ya!!! 


KATA ALONG MURNI


SATU USAHA KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DALAM MENGIMARAHKAN 
BULAN RAMADHAN INI MEMANG HARUS DIPUJI DAN DICONTOHI. 
TAHNIAH AM UCAPKAN BUAT ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR KERANA TURUT SAMA BERKONGSI KECERIAAN RAMADHAN BERSAMA 
ANAK-ANAK DI PUSAT JAGAAN MURNI. 

MENYENTUH TENTANG SOAL HIDANGAN DAN MAKANAN DI 
BUFFET RAMADHAN DI SINI, AM SANGAT BERPUAS HATI KERANA 
MAKANAN YANG DISAJIKAN SEDAP DAN PELBAGAI. HARGA BUFFET PULA MEMANG BERPATUTAN DAN BERBALOI UNTUK DINIKMATI SEISI KELUARGA.

Post a Comment

16 Comments

  1. Bagus program khidmat masyarakat yang membantu kanak2 yang memerlukannya. Semoga ada lagi pihak2 yang terbabit dapat membuat aktiviti kebajikan macam ni. Bertuah adik2 yang diraikan.. Makanan pun sedap..

    ReplyDelete
  2. Alahaiii..bestnya semua makanan..bagus program CSR hotel ni mengutamakan anak-anak kurang bernasib baik .SA kalau bab anak-anak yatim ni mmg sedih

    ReplyDelete
  3. wow... look at the gearbox... holymama...
    wanna grab my suppliers go there for berbuka!!

    ReplyDelete
  4. wahhh ! nampak menyelerakan betul hidangan2 yang ditawarkan di sini ya. menu2 dorang sangat pelbagai. mesti sedap nie. harga pon berbaloi. nanti nak bawa satu family berbuka dekat sini lah

    ReplyDelete
  5. Wahh.... Gear box tu mengancam sungguh! Menu lain pun menyelerakan. Program CSR gini sememangnya bagus dan diharap ianya berterusan membantu insan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah , bagus program sebelum buka puasa ni sebab dapat lakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat , saya tak boleh join program dengan anak yatim sebab nanti saya yang terlebih sedihhh

    ReplyDelete
  7. Wahh bagusnya ada program agihan bubur lambuk. Sama2 membantu kepada mereka yang mungkin tidak sempat nak berbuka di rumah sebab ngadap jem. Semoga usahasama ni akan berterusan pada tahun hadapan. Anak2 yatim pon sentiasa dapat perhatian. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Tiap tiap tahun dieorang akan buat agihan bubur lambuk ni kan. Program program CSR macam ni bagus bukan saja untuk promosi company tu sendiri tapi jugak untuk membantu orang yang memerlukan

    ReplyDelete
  9. Saban tahun memang tak pernah miss berbuka kat sini bersama sama anak yatim. Hidangan disini pun sedap2 dn banyak pilihan. Moga jumpa lagi ditahun depan

    ReplyDelete
  10. Untung sapa yang lalu depan hotel tu dapat makanan free jer untuk berbuka hehehehe.... Ancasa ni selalu kita pergi berbuka sini makanan banyak dan juga harga murah bebaloi dengan apa makanan yang dihidangkan...

    ReplyDelete
  11. TUdiaaa.. berceracak gear box dalam mee kari tu. Nampak macam sedap jek. AM ada rasa tak?? Tapi Ancasa ni memang best makanan dia dan diorang tiap taun akan agihkan bubur lambuk.

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat membantu yang memerlukan & sedekah bagi bubur lambuk yang lalu depan tu. Best tengok menu Ancasa, ada kari gearbox fuhhhh mantap!

    ReplyDelete
  13. Dapat juga ancasa tapi tak dapat pergi.. nampak berselera menu-menunya. Bagus buat program dgn anak-anak yang memerlukan mcm ni. Mengembirakan hati anak-anak ni banyak pahalanya.dan anak-anak ni mesti gembira bila ada org yg masih ada dgn mereka

    ReplyDelete
  14. Lauk pauk kat ancasa semua nampak sedap2 giler. Memang tak rugi berbuka kat sini. Plg suka sajian melayu dia semua sedap2 dan menyelelerakan. Memang puas hatila

    ReplyDelete
  15. Sedapnya. Rasa lapar pula tengok semua makanan ini pagi-pagi. Program-program amal macam ini sangat baik dan perlu buat lebih banyak lagi.

    ReplyDelete
  16. Bagus program macam ni, i support juga tolong orang yang kurang bernasib baik dalam bulan yang mulia ni.

    ReplyDelete