JUADAH BERBUKA: TONY ROMA’S DENGAN TEMA FESTIVE DELIGHT


JUADAH BERBUKA: TONY ROMA’S DENGAN TEMA FESTIVE DELIGHT

MENU ISTIMEWA SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDIL FITRI



Bulan Puasa ini pasti ramai yang mencari kelainan dalam juadah berbuka kan?? Haaa.. AlongMurni (AM) nak cadangkan untuk berbuka puasa di Tony Romas. Juadah berbuka memang terbaik tau di sini. Pasti membangkitkan selera tau!!

Menariknya adalah sempena menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya bagi tahun ini, Tony Roma’s Malaysia memperkenalkan menu Selera Iftar dan Meriah Meal. Setiap menu ada didatangkan dengan tulang rusuk kambing (lamb ribs) yang begitu empuk dan lazak sehingga menjilat jari. Ada juga menu BBQ Chicken dan beef riblet dalam setiap sajian hidangan.



SELERA IFTAR

MENU SELERA IFTAR

Nampak menarik kan hidangan dalam menu Selera Iftar kan?? Selera Iftar ini hanya RM169.80 dan sesuai untuk 3 ke 4 orang untuk dinikmati bersama. Menu ni ada Lamb Ribs Roma Rack dengan sos honey plum, 1/2 BBQ Chicken, Beef Riblet dengan sos original TR, coral mix salad, jagung, 2 hot baguette, 4 mangkuk kecil kentang putar atau nasi (boleh pilih)  dan 4 mangkuk kecil sup.

MERIAH MEAL

MERIAH MEAL

AM dan rakan-rakan memilih dan mencuba hidangan Meriah Meal pada harga RM258.80. Portion ini lebih sesuai dinikmati untuk 5 ke 6 orang. Menu ini juga sesuai dinikmati bersama seisi keluarga. Menu ini didatangkan dengan lamb ribs full slab dengan sos honey plum, 1/2 BBQ Chicken, 2 slabs beef riblet dengan sos original TR, coral mix salad dengan kickin’ shrimp, 3 hot baguette, 6 mangkuk kecil kentang putar atau nasi, dan 6 mangkuk kecil sup.

SENSATIONAL SERAI BBQ ¼ CHICKEN

SENSATIONAL SERAI BBQ 

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken – Menu ini unik dan ada kelaianan tersendiri.Ayam yang telah di grill bersama dengan Sensetional Serai BBQ Sauce, di datangkan dengan corn on the cob, coral salad and nasi istimewa atau kentang putar. Rasa ayam padat dengan herba dan ada sedikit kepedasan. 

TEMPTING TOMYUM BBQ ¼ CHICKEN

TEMPTING TOMYUM BBQ

Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken – Yang ini pula merupakan grilled BBQ 1/4 chicken glazed bersama tomyam BBQ sauce, didatangkan juga bersama corn on the cob, coral salad dan nasi istimewa atau kentang putar. Hidangan ini buat mereka yang suka akan perasa tomyam yang begitu beraroma.

TR ORIGINAL BBQ ¼ CHICKEN

TR Original BBQ 1/4 Chicken – Terdapat juga Grilled BBQ 1/4 Chicken glazed disaluti dengan TR’s Original BBQ sauce, didatangkan dengan corn on the cob, coral salad dan nasi istimewa ataupun kentang putar.  Set ini pula disertakan dengan sauce asli TR yang cukup terkenal dan mendapat sambutan yang hebat buat penggemar TR yang menyukai dan mengagumi keaslian citarasa Tony Roma’s.

PILIHAN ANTARA NASI ISTIMEWA ATAUPUN KENTANG PUTAR

Sempena dengan menyambut bulan puasa dan raya tahun ini, menu Festive Delights akan ada dari 1 May sehingga 30 Jun 2019 di semua outlet Tony Roma’s Malaysia.

KATA ALONG MURNI

SESEKALI BERBUKA PUASA DI TONY ROMAS MEMANG SATU KELAINAN
 DAN MEMBANGKITKAN SELERA. 
JOMM RERAMAI BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN 
BERBUKA PUASA MAHUPUN MENJAMU SELERA SEPANJANG RAYA 
SEMENTARA MENU HIDANGAN INI MASIH ADA KERANA TERHAD SEHINGGA MUSIM HARI RAYA AIDIL FITRI


Post a Comment

20 Comments

  1. Meriah sungguh la set Meriah Meal Tu. Berbaloi sebab boleh makan 5-6 orang kan. Promosi untuk Bulan puasa je ke? Nak bawa family makan kat sini sebab dorang suka makanan kat sini. Aduh.. lambat lagi nak berbuka ni. Heheh

    ReplyDelete
  2. Wah, nampak sedap! harga pun berbaloi-baloi. Boleh makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  3. Fuhhh sedapnya menu dia , tak pernah cuba lagi next time nak try lah

    ReplyDelete
  4. Bulan puasa ni memang kadang tu teringin nak kan kelainan menu.
    Sebab yela, sesekali makan yang best best gini kan, memang syok.
    Tony romas ni kita ada terperasan kat Aeon Tebrau. Kalau turun JB, kena
    booked hotel la kalau nak berbuka disana..

    ReplyDelete
  5. Saya memang suka makan di Tony Romas. Menu baru ini nampak menarik. I should go try this soon.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap! Dah lama tak makan kat Tony Romas, teringin nak pergi lagi. Makanan kat situ always worth it.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya menu dia! Airah pernah makan sekali je tony romas ni. Memang sedap. Ni dah terliur kena la pergi berbuka dekat sana nanti

    ReplyDelete
  8. Meriah menu berbuka kat TR nie ya.
    Harga dia pun berpatutan kan.
    Nampak gaya Rawlins kena ajak kengkawan Rawlins berbuka gak this week sebelum memasing start bercuti balik kampung.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya makanan yang ada di Tony Romas ni. Mwmang menyelerakan sungguh. Nih kalau makanan time iftar mahu kenyang sampai sahur tau. Kalau kualiti makanan macam ni dan portion pun banyak memang berbaloi kalau makan. Worthy dengan harga yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  10. meriah betul juadah berbuka puasa AM. nampak sedap betul daging2 tony romas nie yer. sesekali nak jugak berbuka puasa menu western, ye dakk ? nanti ajak lah kita berbuka puasa sni

    ReplyDelete
  11. Fuhhh. Tengok menu berbuka puasa, yang ni nampak paling tempting. Teringin giler nak makan Tony Romas ni. Adoyai, tetiba teringat masa makan sebelum puasa hari tu. Yang penting makanan kat sini semua sedap sedap. Berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  12. Mak aih sedapnya tengok..lamb tu nampak sangat besar, juicy dan lembut..haishh..tiba-tiba nak ajak suami ke sini pulak..hehehe..tak pernah makan tony romas lagi

    ReplyDelete
  13. Ahh sedap kan? Haritu Bella ada cuba juadah Ramadan ni juga and, sedapnyaaa! Bella memang peminat Tony Roma's dari dulu lagi terutamanya Roma Rack mereka dan untuk juadah berbuka ni semuanya menyelerakan. Lagi best sebab boleh makan beramai2, kongsi bil dan mengeratkan silatulrahim juga. :D

    ReplyDelete
  14. Sis klau tony romas paling suka lamb ribs dia..perghhh sodap hingga menjilat jari..hehehe.
    Hari tu dah gi makan tony romas ni..ni rasa nak gi lagi ni..hidangan diorg utk berbuka ni sedap2 gak

    ReplyDelete
  15. haaaaa kita tak pernah makan Tony Romas tu, teringinnya rasa. Tengok gambar korang semua menyelerakan. Harga dia pun for me sangat puas hati dan inshaAllah akan cuba one day :D

    ReplyDelete
  16. Haa.. sedapnya tomyam BBQ, laparlah plk rasanya.. haaa. Blm pernah lg mkn kat sini. Lain kali belanjalah kak pula

    ReplyDelete
  17. Alaahaii. I dah la memang penggemar makanan panggang2 ni. Tergugat juga iman ni karang haha konon konon nak memasak 30 hari puasa ni tanla gagal haha

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak singgah tony romas with family, mungkin hujung minggu ni nak bawa dia orang try this new set.

    ReplyDelete