KONSERT TERAKHIR BOYZONE


KONSERT TERAKHIR BOYZONE

TANDA TERIMA KASIH DAN SELAMAT TINGGAL KEPADA PEMINAT MALAYSIA


AlongMurni (AM) dimaklumkan yang Kumpulan Boyzone akan membuat persembahan terakhir di Malaysia sebagai tanda ucapan terima kasih kepada peminat yang berterusan sehingga kini memberi sokongan kepada Kumpulan Boyzone. Kumpulan pop dari Ireland ini akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert mereka yang terakhir pada bulan Jun ini.

Kuartet dari Ireland ini yang terdiri daripada Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45, sangat bertekad dan seterusnya membuat peminat mereka kagum dengan persembahan penuh nostalgia yang akan mengimbau masa lalu dengan lagu-lagu mereka yang pernah menguasai carta. Pasti ramai peminat Kumpulan Boyzone yang tidak ketinggalan untuk bertemu idola mereka kan??

Semua pasti ingat yang Boyzone mula-mula menjadi terkenal pada tahun 1995 dengan lagu Love Me for a Reason. Semenjak itu, kumpulan ini telah mengeluarkan lima album yang telah menjuarai carta, menjual lebih daripada 20 juta album dan menggetarkan jiwa peminat mereka dengan 21 lagu yang pernah mendapat tempat teratas di carta British Pop Charts yang tidak dapat dilupakan, seperti Love Me for A Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi.



Boyzone telah mengadakan persembahan mereka di Kuala Lumpur buat pertama kali pada Ogos 2018 untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-25 sebagai kumpulan. Ketika konsert itu, mereka telah menyatakan bahawa mereka sedang membuat album baru dan berjanji akan kembali ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Thank You & Good night merupakan album studio ketujuh dan terakhir mereka yang telah dilancarkan pada bulan November 2018. Dream merupakan single promosi untuk album yang memaparkan vokal Steven Gately. Gately sebelum ini telah merekod versi solo lagu ini sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Boyzone telah memutuskan untuk merekod semula lagu ini, menambahkan vokal mereka kepada versi Gately, dengan itu memasukkan mendiang ahli kumpulan mereka dalam album studio terakhir mereka ini.



Dengan pelancaran album terakhir ini, Boyzone telah memulakan Thank You & Goodnight The Farewell Tour pada Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.


 “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahun kemudian…”


Selepas Thank You and Goodnight The Farewell Tour ,kumpulan ini akan bersara untuk selamanya.
Khas buat peminat Boyzone!! Ini peluang terakhir untuk melihat kumpulan pop kegemaran anda dalam konsert live mereka yang terakhir di Kuala Lumpur. Marilah ucapkan selamat tinggal kepada Boyzone Jun ini. Jangan lepaskan peluang terakhir ini!

BOYZONE THANK YOU & GOODNIGHT
The Farewell Tour 2019

Jumaat, 14 Jun 2019 , Jam:  8.30pm
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tiket berharga RM198, RM438, RM588 and RM688

Tiket boleh didapati di airasiaredtix.com dari 6 Mei 2019, bermula 12 tengahari
Eksklusif untuk 200 pelanggan VIP yang terawal – abadikan kenangan terakhir anda bersama Boyzone dengan gambar berkumpulan!



200 orang pelanggan VIP yang pertama akan dapat bergambar bersama Boyzone! Secara eksklusif untuk 200 pelanggan pertama yang membeli tiket VIP (berharga RM688 setiapsatu). Cepat, rebut peluang ini!

Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 di Kuala Lumpur dianjurkan oleh WOWSTAR Creative Entertainment dan diuruskan oleh J StarLux Entertainment Group dan Aco Media.

KATA ALONGMURNI
BUAT PEMINAT KUMPULAN BOYZONE!!
JANGAN LEPASKAN UNTUK TURUT SAMA HADIR KE
'BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT - THE FAREWELL TOUR 2019'
YANG AKAN DIADAKAN DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM
PADA JUN NANTI YE..

Post a Comment

20 Comments

  1. Tak sangka dah nak bersara dah, how time flies :(

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  2. Lama tak dengar pasal Boyzone ni, tetiba ada concert fairwell dah.

    ReplyDelete
  3. Boyzone is my favourite band. Wish my husband could bring me there to listen it live. Ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. Zaman sis dah berlalu nak tengok konsert2 sebegini. Now masa utk berikan laluan kat anak2 pulak. Sis dengar kat radio je le sekarang..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Hey dulu kita suka dengar tau lagu lagu boyzone ni. Memang bets. Lama gila tak dengar pasal kumpulan ni. Tup tup nak buat konsert tapi tuhlah konsert terakhir pulak kan. Mesti peminat setia bouzone sedih. Tapi serius lagu dorang memang best sangat

    ReplyDelete
  6. Grup boyzone ni famous zaman akk sekolah menengah lagi. Lagu2 dia semua best2 dan mudah diingat. Tiba2 rasa sedih sebab yang ini konsert last kan. Moga dowang terus sukses dalam
    Bidang masing2

    ReplyDelete
  7. Wah, dah 25 tahun rupanya boyzone ni.. memang minat group ni sejak zaman remaja lagi. best yer kalau dapat join konsert terakhir diorang ni. ,mesti epik konsert yang bakal di adakan jun nanti

    ReplyDelete
  8. Alahai.. Group ni kita tak berapa tahu sangat la.
    Hehehe..
    Kadang suka dengar lagu, tapi tak sure kumpulan apa.
    Hehe
    Dah lama rupanya kewujudan group ni kan..

    ReplyDelete
  9. Baca tajuk tour pon dah boleh buat peminat mereka sedih. Lama dah bertapak dalam industri dan punya ramai peminat pasti akan memberikan persembahan padu untuk menghargai semua peminat.

    ReplyDelete
  10. sedihnya band fav dah tak ada. erm kena beli tiket konsert boyzone ni buat kali terakhir. eh tak sabar nak tunggu bulan 6 tengok konsert dorang kat malaysia. kena hafal lirik lagu balik nie hehe

    ReplyDelete
  11. memang minat sangat lagu diaorg dulu..best-best semua..sampai teringat-ingat...wah ni ada kembali..syoknyaa..kalau la masih bujang bolehal p..hahaa

    ReplyDelete
  12. Fuh! Dah 25 tahun ya boyzone ni? Hebat! Cx tak berapa nak cam boyzone ni hahhaha seronok kalau dpt pergi , 200 terawal dot bergambar dgn boyzone.memang the best moment lah!

    ReplyDelete
  13. ehh, boyzone datang lagi? rasanya tahun lepas dah datang kan, tak sabar nak pergi concert terakhir diorang. mesti banyak lagu baru mereka yang best.

    ReplyDelete
  14. Sedeynya... Ni favorite kak nina dulu amsa sekolah. Bercinta dulu lagu lagu depa lah dok balas balas. Hahaa.. Tetiba lak terkenang zaman cinta monyet.

    ReplyDelete
  15. dah 40 lebih umur diorang ..mula2 kenal dulu, rasa awal 30 diorg ni..cepat tol masa berlalu. peminat Boyzone memang tak nak lepas peluang layan konsert diorg ni kan

    ReplyDelete
  16. May the Boyzone concert got a successful event with fun-filled and bring happiness to all. Cheers!

    ReplyDelete
  17. Lama tak lagu2 lama tp kak memang tak pernah gi konsert sejak dulu heee

    ReplyDelete
  18. Omg sedihnyaaaaaaaaa, dlu2 zaman muda mmg selalu layan boyzone. Harap2 dpt attend concert terakhir drg!

    ReplyDelete
  19. boyzone, antara kumpulan yang menjadi kegilaan remaja tahun 90 an

    ReplyDelete