MAJLIS PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019


MAJLIS PELANCARAN ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019
TEKNIK DAN CARA ‘NAK TARIK PELANGGAN’ MELALUI PLATFORM ONLINE
PAKAR PEMASARAN ONLINE: NAJIB ASADDOK



Perniagaan bukanlah suatu bidang yang asing dalam Islam. Bidang ini bukan sahaja  membantu menjana ekonomi individu, malah dianggap sebagai sesuatu ibadah. Galakan dan dorongan Nabi Muhammad S.A.W supaya masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan tidak digambarkan dengan kata-kata sahaja bahkan Rasullah sendiri, sebelum diutus menjadi Nabi merupakan peniaga berjaya. Pada usia muda lagi Rasullah telah berniaga hingga ke bumi Syam dan sungguh amanah dalam mengurus perniagaan Siti Khadijah sehingga digelar Al-Amin. Contoh ini telah diteladani ramai sahabat Rasullah. Abu Bakar as Siddiq dan ‘Uthman ‘Affan umpamanya menjalankan perniagaan pakaian sementara Umar Al Khattab pula menguruskan perdagangan biji-bijirin.

Namun trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Lebih ramai pengguna mendapatkan informasi daripada medium online dan ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.



AlongMurni (AM) berkesempatan untuk mengahdiri Majlis Pelancaran Roket Momentum 2019 yang diadakan di Holiday Inn, Subang baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd iaitu Najib Asaddok yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online di kalangan usahawan tempatan telah melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum. Program seumpama ini bertujuan bagi membantu 50,000 usahawan terutamanya usahawan yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik lebih ramai pelanggan.




“ Ramai lagi usahawan yang masih belum gunakan PEMASARAN ONLINE sedangkan cara ini membantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan Formula Online Roket Marketing kami, kempen pemasaran mereka akan lebih berkesan, jenama lebih dikenali dan jualan meningkat berkali ganda.
Menurut laporan Hootsuite yang terkini, seramai 24 Juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka, “ Jelas Najib Asaddok dalam siding media Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan.




AM sangat kagum dengan teknik dan cara penyampaian Najib Asaddok. Walaupun 1 jam beliau bercakap namun ianya tidak membosankan kerana penuh dengan mesej dan informasi penting.

AM juga dimaklumkan yang program ini disasarkan untuk menguasai pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Usahawan yang terlibat dalam industri Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Perkhidmatan amat digalakkan untuk menyertai program seumpama ini.



Najib Asaddok selaku CEO Momentum Internet Sdn Bhd mempunyai misi untuk membantu seramai 50,000 usahawan di Malaysia supaya usahawa dapat membina bisnes dan meningkatkan jualan melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM 1 sahaja!! Menarik bukan??

Untuk info lanjut dan berminat untuk mendaftar boleh layari www.naktarikpelanggan.com dan www.50kusahawan.com

KATA ALONG MURNI

PROGRAM SEUMPAMA INI HARUS DISERTAI OLEH RAMAI USAHAWAN BAGI MENINGKAT EKONOMI , MENJANA PENDAPATAN DAN 
MEMPERKENALKAN JENAMA KEPADA PENGGUNA SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA. 
 JOM SERTAI ROKET PEMASARAN MOMENTUM 2019 . 
CEPAT DAFTAR SEKARANG!! KERANA UNTUK TEMPOH TERHAD 
YURAN SEBANYAK RM1 DIKENAKAN.

Post a Comment

20 Comments

  1. Thank you for sharing. This will be very helpful for those who doing business to increase their sales.

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang semua orang mencari peluang untuk menambah pendapatan seisi keluarga agar dapat memberikan yang terbaik untuk semua. InsyaAllah perkongsian ilmu sebegini akan dapat membantu ramai.

    ReplyDelete
  3. Yang pasti dapat ilmu yang berguna..

    ReplyDelete
  4. Bagus nya benda camni sbb org-org yg tak boleh berdiri sendiri akanada mentor yg jaga diorang. So takde la terkontang kanting kan.

    ReplyDelete
  5. Ala...nak buat bisnes but tak de benda nak Jual. Lepas Tu tak berani sebab customer service say no sucks giler. Mahu nanti gaduh dengan customer. Hehehe.well..great to attend such program to boost up the interest.

    ReplyDelete
  6. memang bagus NA ni ..pernah dengar tips bisnes dia sikit jer tapi serius dah boleh ubah cara kita nak menjual...mana yg serius nak berjaya dalam biz memang wajib follow dia ...

    ReplyDelete
  7. Lepas pergi program ini mesti meroket business blog kita hehehe memang ada niat nak pergi nak tambah ilmu dalam dunia online ni tak nak kat takuk lama jer kan bagus nanti kita try pergi...

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat join event Najib Asaddok! Mesti ada ilmu² rahisa yg dikongsikan untuk kita. Tak rugi pergi pelancaran roket pemasaran atas talian. Cx pon suka pergi program macam ni. Nanti dapat satu suntikan semnagat yang lain macam! Terbaik

    ReplyDelete
  9. Betnya dapat tambah ilmu baru..
    Setiap ilmu perlu dicari sekarang ni kan..
    Kalau ada peluang join seminar macam ni memang menyeronokkan..
    Malah boleh mendatangkan semangat dalam diri..

    ReplyDelete
  10. Bukan senang nak mendalami ilmu perniagaan secara online ni. kena ada ilmu, kalau tak bukannya meroket, merudum ada lah.. Bagus la ada program macam ni kan. Senang sikit utk para usahawan menimba ilmu perniagaan secara online ni.

    ReplyDelete
  11. Pemasaran online memang penting dan ramai yang masih tak tau lagi. Untunglah dapat masuk seminar macam ni dan belajar. Nanti bolehlah praktikkan pada bisnes masing-masing

    ReplyDelete
  12. Untungnya dpat gi event cam ni, dapat timba ilmu. Sekarang ni ilmu pemasaran online ni amat penting buat mereka yg berniaga secara online. Sis pun niaga gak..tapi sikit2 je lah

    ReplyDelete
  13. Rezekilah dapat join majlis ilmu macam ni. Konfem banyak perkongsian yang bermanfaat di perolehi. Boleh lah praktikkan untuk meroket online bisnes kelak.

    ReplyDelete
  14. This is a great event, so sad that I missed this out, wanted to learn about the tips and trick used in the market, things are changing so quickly it's hard to keep up.

    ReplyDelete
  15. wahhh banyak ilmu mengenai perniagaan online dapat kita ambil dari kelas najib asaddok nie ya. tak sabarnya nak join. 1 ringgit je kot yuran. berbaloi dan murah sangat !

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya ad program
    macam ni. Teringin nak join sebab bnyk ilmu perniagaan yang kite bboleh dpt. hehehe

    ReplyDelete
  17. rinduuu nak meniaga macam dulu-dulu, tapi ye lah, dulu takde ilmu.. semua main langgar je.. things were okay back then. tapi nak get back to business sekarang bukan mudah kan. banyak persaingan. ilmu macam ni bagus untuk kita belajar.. supaya dapat minimal kan kesilapan bila berniaga.

    ReplyDelete
  18. Wow program motivasi & business ni macam best juga, nanti i check out about it more. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  19. Suka juga tengok Facebook Live beliau. Rasa semangat lain macam. Hehehe. Kita kena Ada mentor yang betul untuk buat semua ni. Even kalau bukan bisnes pun, utk kehidupan harian juga memerlukan strong support.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete