Thursday, 16 May 2019

PENGALAMAN ALONGMURNI: MENONTON KONSERT JASON MRAZ

PENGALAMAN ALONGMURNI: MENONTON KONSERT JASON MRAZ



AlongMurni (AM) dimaklumkan Jason Mraz akan berada di Malaysia dalam konsert jelajahnya ‘GOOD VIBES TOUR 2019 ’ pada 13 Mei pada  8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Semestinya AM tidak melepaskan peluang untuk mendengar sendiri secara Live suara pemenang ‘Grammy Award’.

Mana tidaknya, lagu ‘Im Yours’ memberi sejuta kenangan manis buat AM. Sesekali teringat masa lampau bila ‘someone’ yang pernah penting dalam hidup AM mendendangkan lagu inI pada suatu ketika dulu. Hahaha.. teringat kisah silam gitu!!



AM tiba di Axiata Arena Bukit Jalil agak awal bagi bersama-sama rakan AM untuk berbuka puasa bersama-sama. Ada juga gerai dan kiosk makanan dibuka. DI samping itu surau amat berdekatan dengan pintu masuk. Jadi mudahlah untuk menunaikan solat Maghrib dan mahupun solat Isyak sebelum konsert bermula. Ini merupakan pertama kali AM berpeluang melihat konsert secara Live. Memang mengujakan AM bila AM lihat seramai lebih daripada 10,000 penonton membanjiri Axiata Arena.

PENUH BERTENAGA BERSEMBAHAN JASON MRAZ

Di Konsert Jason Mraz ini AM dapat menyaksikan persembahan mantap dan penuh bertenaga daripada Jason Mraz walaupun perlu menyanyikan sebanyak 20 buah lagu. Memang terbaik kan??

Ada juga penonton yang sporting yang turut menyanyi dan menari mengikut alunan muzik. Tambah menarik bila ruang Axiata Arena dipenuhi dengan suluhan lampu dari HP ketika Jason Mraz mendendangkan lagu. Memang menarik kan?? Konsert Jason  Mraz ini turut diiringi kumpulan pemuzik yang terdiri daripada pemain bass, penyanyi latar dan 'percussion'.

AIKKK..SENYUM KAT AM KAAA??
Yang bestnya, setiap peminat yang hadir dibenarkan merakam video dan mengambil gambar sepanjang konsert berlaku!! Haa..haa.. memang terbaik!!

Pada malam itu, Jason Mraz telah menyanyikan lagu You and I Both, Let's See What The Night Can Do, Living In The Moment, Geek In The Pink, Details In The Fabrics, More Than Friends, Unlonely, I'm Yours, Lucky, Make It Mine, A Beautiful Mess, Be honest, Love Is Still The Answer, 93Million Miles, I Won't Give Up, 3 Things, Have it all, Might As Well Dance dan Love Someone.



KATA ALONG MURNI

PERTAMA KALI AM HADIR DI KONSERT LIVE SEPERTI INI
 MEMANG MENINGGALKAN KENANGAN MANIS BUAT AM. 
TAMBAH MENARIK BILA HADIR BERSAMA-SAMA RAKAN YANG SPORTING DAN TURUT SAMA MENYANYIKAN LAGU DENDANGAN JASON MRAZ.
 LAGU JASON MRAZ YANG MENJADI KEGEMARAN AM ADALAH 
'IM YOURS' DAN 'LUCKY'
 TERBAIK!!

18 comments:

Hasif Hamsyari said...

Bertuahnya dapat ke konsert Jason Mraz! Saya tak berkesempatan pun hari tu. Tapi memang suka sangat dengar lagu-lagu Jason Mraz ni. Tak heavy dan sesuai sangat kalau nak layan perasaan. Apalagi kalau dengar live macam ni kan! Mesti syok!

Qeela said...

bestnyaa dpt ke konsert Jason Mraz, qeela pon suka dgn semua lagu2 dia ever since high school lg hehe tp tulah bab nk ke konsert mcm payah sikit lagi2 bulan ni agk busy siang mlm. bagus jugak yea pihak pengurusan tu benarkan nk record video or amek gmbr, yelah bukan selalu Jason Mraz ni muncul depan mata ye tak hehe.

Sizzling Suzai said...

omg i was there also! tp x knl kn kt hahaha best kn, lagu die sume layan yg best dia pun pndai entertain la ada dance2 sket lwk2 sket xd laa mendatar je hehe congrats on ur first concert experience!

Rawlins GLAM said...

Rawlins sedih dan jealous dengan semua yang pergi menonton Jason Mraz.
Best kan tengok penyanyi kegemaran menyanyi Live di depan kita, seakan-akan ditujukan khas lagu2 itu untuk kita kan.

Lin Liena said...

alamak sis sorang je ke yg tak kenal jason mraz ni..nampak sangat tak ikut perkem angan hihi..kena bukak utube ni nak dengar lagu dia

atiehilmi.com said...

ala.. best nya !!!!!! haritu kita dapst jugak invitation tapi tak sempat nak pegi.. banyak keje nak siap kan.. huu~ thanx AM untuk entri ni.. terasa macam saya ada kat sana..

miedaJaz said...

untunglah dapat pergi konsert nie..pasal bulan puasa k mid tak dapatlah nak pergi..klu bukan bulan puasa awal2 mesti dah sampai :)

AyuArjuna BiGoshh said...

wahhh bestnya dapat jumpa dan dengar suara jason ni secara live..suka juga degan lagu jason miraz ni..banyak yg sedap...seronok bila datang konsert ngan kengkawan...ala2 me time gituuuu hhehe

Hanny Abdullh said...

Wahj bertuah sgt weii dpt tengok konsert jason marz. Bukan senang nak tgok dia nyanyi live kat Malaysia ni. Sis mampu dgr kat radio or karok je le..x mampu nk tgok konsert..huhuhu

Farhana Jafri said...

Bestnya dapat dengar live depan mata! Lain tau feel pergi konsert dengan dengar dekat radio ataupun tengok dekat Youtube. Lagu I'm Yours memang berhantu dari dulu sampai sekarang kan

Dik Bee said...

Ramai juga blogger yang pergi kan. Bestnya dapat dengar Jason Mraz nyanyi secara live. Lebih puas hati, dapat nyanyi sekali dan enjoy all the way tme konsert..

Mouse Mommy Treats said...

Seronoknya pergi konsert ni, mesti semua berseronok. Bukan senang nak tgok dia nyanyi live kat Malaysia ni. Have fun!

Rabiatul Adawiyah said...

Suatu masa dulu, Jason Mraz ni memang fav ruby. Sebab lagu dia, lirik dia dan kolabrasi dia dengan selebriti lain. Sekarang dah tidak ikuti sangat Jason Mraz. Apa lagu terkini dia eh? Konsert dia mesti best, lagu dia pun yang femes masa zaman ruby membesar aje.

Zharif Azis said...

bestnya dapat tengok konsert jason mraz nie. memang satu pengalaman yg xdapat dilupakan. seronok betul dengar suara dia. effortless. nyanyi macam mana pon sedap je dengar

Kayathre said...

Bestnya dapat pergi konsert jason mraz. I love going concerts too. So much fun watching artists performing live.

Mawardi Yunus said...

Wah wah. Bertuahnya dapat meninton konsert international. Best

عبده العمراوى said...




شركة رش مبيدات بالخبر
شركة عزل اسطح بالظهران

dr-Life said...

One of my favorite singer. I love his song do much!!! I can listen almost everyday