Tuesday, 28 May 2019

SURIA KLCC : HIDUPKAN KESERONOKAN DAN KEMERIAHAN MALAM TUJUH LIKUR


SURIA KLCC : HIDUPKAN KESERONOKAN DAN 
KEMERIAHAN MALAM TUJUH LIKUR
BERTEMAKAN SEMURNI IKATAN SEINDAH LEBARAN


Sekarang dah menginjak 23 Ramadhan. Bahang sambutan Aidil Fitri makin terasa. Mesti ramai suri rumah dah sibuk dengan kuih raya dan membeli belah barangan keperluan untuk menyambut hari raya kan??

Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat menjengah ke Pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC. Menariknya di sini adalah KLCC meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam ke-27 Ramadan yang dikenali sebagai Malam Tujuh Likur.

Dengan bertemakan Semurni Ikatan Seindah Lebaran, ruang legar utama suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur tau!!! AM dimaklumkan yang pengunjung akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur di pusat pusat beli-belah itu hingga 9 Jun ini.



Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan. Replika istana ini dihiasi pelbagai ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni bina masyarakat Melayu. Malahan gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut.

Sempat bergambar bersama dengan Naz JJCM

Bila menjejak kaki ke sini, AM dapat lihat sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pandangan AM. Lebih mengujakan apabila Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC berketinggian 70 kaki.

Replika Pelita Tertinggi 

Sehingga 9 Jun 2019,pengunjung yang datang berpeluang menikmati persembahan menarik antaranya tarian drama Mak Yong, tarian muzikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional, dikir barat dan persembahan silat.



BERKONGSI REZEKI BERSAMA DENGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai, KLCC turut bersama-sama dengan orang ramai bagi mengumpulkan dana 'Share The Care' melalui Yayasan Makanan Bantuan iaitu  organisasi bukan kerajaan yang pertama yang ditubuhkan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia hingga 9 Jun, 2019. Setiap pembelian barangan di KLCC akan didermakan RM10 untuk tujuan tersebut. Dana yang dibangkitkan akan disalurkan ke Yayasan Makanan Bantuan untuk membeli barangan makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong operasinya untuk mengurangkan kelaparan dan kekurangan makanan di negara ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yayasan Makanan Bantuan, lawati www.foodaidfoundation.org

AM berbuka puasa di Chakri Palace Suria KLCC

MERIAHKAN PERAYAAN AIDIL FITRI

Mulai dari 10 Mei hingga 9 Jun 2019, pengunjung yang membeli barangan di Suria KLCC akan menerima sepasang balang gula-gula dan paket Raya dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,000 ke atas dalam dua resit. Pengunjung juga boleh menyertai satu peraduan untuk memenangi pakej pengalaman makan secara eksklusif untuk dua bersama dengan  Chef Sherson Lian.
Pelbagai peraduan dan hadiah menarik menanti pengunjung yang datang. Info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my

AM bersama dengan Chef Sherson Lian


KATA ALONG MURNI

KADANG-KADANG AM TERFIKIR JUGA BILA HADIRI BUFFET RAMADHAN, 
AM LIHAT BANYAK BERLAKU PEMBAZIRAN MAKANAN. 
JADI PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH SURIA KLCC SANGAT BERTEPATAN 
DI SAMPING DAPAT MENGELAKKAN PEMBAZIRAN, IA JUGA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN. INSYAALLAH.. 🤟🤟🤟 TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURIA KLCC ATAS INISIATIF DAN GALAKAN YANG DIBERIKAN.

19 comments:

Abdullah said...

Nice blog.
Regards.
promoswithin.com
coopanz.com
savingjet.com

Lily Shah said...

eyh.. hello Abg Naz.. baru jumpa dia malam tadi.. hahaha

Irene said...

Great sharing of KLCC. I do agree how much food wastage always happen in this holy month. Good to know that they are doing something on it.

Rawlins GLAM said...

Rawlins tak sampai lagi kat KLCC untuk Ramadhan nie.
Nak tengok gak hiasan KLCC yang always cantik dan besar.
Betul, yang berkongsi rezeki tu Rawlins setuju. Seeloknya share dengan semua.

Muhammad Naim Abdullah said...

Naim tak besa lagi jejak kaki di KLCC. Nampak cantik ja dalam gambar

Mohd Zarin said...

Nampak cantiklah semua deco sempena raya ni di KLCC. Rasa macam teringin sangat nak bergambar kat sini sambil jalan-jalan cuci mata shopping pakaian raya. Suka sangat dengan konsep tahun ni kat KLCC

Cik Puan Ena said...

Wahh meriahnya event. Pasang likir tu paling suka malam2 nak tengok je.seronok ni kalau jalan sana tapi takde masa nak kesana. Huhu. Mampu tengok AM jela.

Mahamahu said...

Meriahnya dekorasi raya kat KLCC setiap tahun tak pernah mengecewakan dan menghampakan tetamu yang datang nak shopping raya pun rasa seronok dan menarik hehehehe kita jer tak mampu nak beli kat sini lagi wakakakaka...

Chuen said...

Raya decoration looks nice! Haven't been to KLCC in such a long time and the deco seems better than other malls. It is also good initiative that they are doing CSR for those who are in need :)

Hanny Abdullh said...

Sis tak berkesempatan lagi nak ke KLCC, nak ke shopping mall lain pun macam tu jugak. Rasa berat kaki nak kesana semata cuci mata je..huhuhu. Tapi KLCC saban tahun memang meriah dah hiasan memang cantik2.

iffah208 said...

Wahh ada pelita besarlah menariknya, sy tak sempat terjah KLCC utuk shopping raya, AM dah habis ke shopping raya tu he he he

AyuArjuna BiGoshh said...

cantik dekorasi kat klcc...memang kawasan spot utk ootd...suka dengan hiasan yang warna-warni..kalau datang shopping klcc confirm akan bergambar disini

Eiza GreenAppleKu said...

Cantik dekorasi kat KLCC. Memang tak sempat la nak selfie sebab sis tinggal di penang. Thanks for the sharing. Dapat cuci mata pun ok dahhh...

Nina Mirza said...

Wah... Cantik laaaa dekorasi kat KLCC. Meriah nya! Terusnrasa mood Raya on already. Ni kalau bawak anak² sure depa seronok bergambar non stop. Atau mamanya yang over kot! HAhaa..

Julia Mahir said...

Teringat zaman kecik-kecik bila dah start pasang lampu 7 likur, lepas berbuka semua kalut nak pi ambik pelita tolong Atuk bakar lampu. Rindunya la hai zaman tu...

Zharif Azis said...

cantik betul hiasan2 yang terdapat di KLCC nie. terus rasa nak raya cepat2. dah pergi dah hari tu ke KLCC, memang cantik betul dekorasi dia. bagus sape yg buat.

iyaseo.id said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..

Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

عبده العمراوى said...



شركة تسليك مجارى براس تنورة
شركة عزل اسطح بالاحساء

lane hemings said...
This comment has been removed by a blog administrator.