Tuesday, 25 June 2019

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY: SENI MUZIK JADI PILIHAN


ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY: SENI MUZIK JADI PILIHAN

REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK




Rata-rata AlongMurni (AM) dapat melihat yang bakat dan keupayaan anak-anak Autisme yang mula mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat. Sebenarnya AM sangat kagum dengansemangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini. Dengan galakan dan sokongan dari ahli keluarga, anak-anak autism ini mula merasa yakin diri dan kembali bersemangat untuk terus berjaya seperti anak-anak normal yang lain.

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial serta tingkah laku. Biasanya kanak-kanak autisme akan menunjukkan respon yang negatif semasa berkomunikasi dengan orang lain, suka mengasingkan diri, membuat kerja sendiri dan keadaan tidak fleksibel dengan orang lain. Walaupun dikategorikan dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak autisme biasanya mempunyai tenaga yang sangat aktif sehingga mereka boleh berpusing-pusing atau berlari-lari tanpa rasa penat.

Baru-baru ini AM sempat mendekati seorang anak Istimewa yang berbakat besar dalam industri Muzik tanahair iaitu Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun. Ariq telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor, walaupun Ariq adalah remaja istimewa namun Ariq berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.


Uniknya Ariq ini sehingga mendapat gelaran TimeBoy adalah kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.

Dipendekkan cerita, sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.


Kerana minat yang mendalam dalam seni muzik membuatkan Ariq untuk tampil berani dan seterusnya bertekad untuk membuktikan kepada  keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi akhirnya Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.

LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk Ariq sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair. "KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

UCAPAN ISTIMEWA DAN HARAPAN DARIPADA ARIQ AZHAFI


" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka. 
Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya. 
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process  
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA"
Terima Kasih atas segalanya, 
Terima Kasih pada semuaaa! Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."
- Ariq Azhafi -

Nak tahu lebih lanjut tentang Ariq Azhafi boleh jengah di
Instagram : Ariq Azhafi Official
Fb Page: Ariq Azhafi Official

KATA ALONGMURNI

KEGIGIHAN DAN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH ARIQ AZHAFI 
WAJAR MENDAPAT SOKONGAN DAN PERHATIAN UMUM
 UNTUK SAMA-SAMA BERDIRI SETANDING ANAK-ANAK NORMAL YANG LAIN. TIADA MUSTAHIL JIKA ADA TEKAD DAN MENYIMPAN AZAM YANG TINGGI
 BERPAKSIKAN PADA MINAT SEPERTI ARIQ AZHAFI. 
SYABAS DAN TAHNIAH BUAT ADIK ARIQ AZHARI.