ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY: SENI MUZIK JADI PILIHAN


ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY: SENI MUZIK JADI PILIHAN

REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK




Rata-rata AlongMurni (AM) dapat melihat yang bakat dan keupayaan anak-anak Autisme yang mula mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat. Sebenarnya AM sangat kagum dengansemangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini. Dengan galakan dan sokongan dari ahli keluarga, anak-anak autism ini mula merasa yakin diri dan kembali bersemangat untuk terus berjaya seperti anak-anak normal yang lain.

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial serta tingkah laku. Biasanya kanak-kanak autisme akan menunjukkan respon yang negatif semasa berkomunikasi dengan orang lain, suka mengasingkan diri, membuat kerja sendiri dan keadaan tidak fleksibel dengan orang lain. Walaupun dikategorikan dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak autisme biasanya mempunyai tenaga yang sangat aktif sehingga mereka boleh berpusing-pusing atau berlari-lari tanpa rasa penat.

Baru-baru ini AM sempat mendekati seorang anak Istimewa yang berbakat besar dalam industri Muzik tanahair iaitu Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun. Ariq telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor, walaupun Ariq adalah remaja istimewa namun Ariq berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.


Uniknya Ariq ini sehingga mendapat gelaran TimeBoy adalah kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.

Dipendekkan cerita, sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.


Kerana minat yang mendalam dalam seni muzik membuatkan Ariq untuk tampil berani dan seterusnya bertekad untuk membuktikan kepada  keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi akhirnya Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.

LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk Ariq sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair. "KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

UCAPAN ISTIMEWA DAN HARAPAN DARIPADA ARIQ AZHAFI


" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka. 
Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya. 
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process  
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA"
Terima Kasih atas segalanya, 
Terima Kasih pada semuaaa! Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."
- Ariq Azhafi -

Nak tahu lebih lanjut tentang Ariq Azhafi boleh jengah di
Instagram : Ariq Azhafi Official
Fb Page: Ariq Azhafi Official

KATA ALONGMURNI

KEGIGIHAN DAN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH ARIQ AZHAFI 
WAJAR MENDAPAT SOKONGAN DAN PERHATIAN UMUM
 UNTUK SAMA-SAMA BERDIRI SETANDING ANAK-ANAK NORMAL YANG LAIN. TIADA MUSTAHIL JIKA ADA TEKAD DAN MENYIMPAN AZAM YANG TINGGI
 BERPAKSIKAN PADA MINAT SEPERTI ARIQ AZHAFI. 
SYABAS DAN TAHNIAH BUAT ADIK ARIQ AZHARI.

Post a Comment

19 Comments

  1. Tahniah ariq berjaya hasilkan single baru. Semoga success selalu. Kagum dengan semangat ariq.

    ReplyDelete
  2. Adik Ariq ni nampak sempurna, hensem.. kemas bergaya.. tak nampak pun macam kekurangan .. apa-apa pun TB doakan semoga Ariq berjaya dalam hidup dunia akhirat ye.. Aaminn

    ReplyDelete
  3. Kebiasaan budak autism ni elok je rupa paras nya. Hensem Ariq. Ariq juga bertuah kerana antara pesakit autism yang berjaya dikorek keistimewaan. Anak saudara saya masih terkontang-kanting tak tau apa yang spesel pada dirinya. Saya harap satu hari nanti anak saudara saya juga mampu sehebat Aqil. Aqil ni dah macam peserta America's Got Talents. Namanya Kobi. Please watch that AGT 2019

    ReplyDelete
  4. Orang istimewa ni lagi banyak diaorang punya kelebihan dari orang biasa kan. Bangga dan terinspirasi tengok kejayaan dia. Betul la kalau usaha sungguh sungguh memang membuahkan hasil. Semoga dia terus berjaya dalam bidang ni

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya di dalam dunia seni. Kena sabar di dalam dunia seni ini kerana bukan semua indah belaka.

    ReplyDelete
  6. Semoga segala urusan dipermudahkan. Kuatkan semangat and believe in yourself. Nothing is impossible if you set your mind in doing it.

    ReplyDelete
  7. Tapi sedap tak nafikan Ariq pandai menyanyi dan nyanyian beliau sangat bagus kita dengar muzik video tu terpegun jap tak sangka yang di adalah tidak seperti kanak-kanak biasa...Moga terus usaha dan tabah menhadapi kehidupan dan Ariq menjadi berjaya..

    ReplyDelete
  8. hebat bakat yang ada pada Adik Ariq nih, Moga Adik Ariq teruskan usaha dan semangat, moga berjaya dalam bidang nyanyian InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. bagusnya adik ariq ni, tak menjadikan austime sebagai halangan untuk berjaya, neeza doakan semoga dia berjaya dalam bidang nyanyian dan mampu berdiri teguh seperti penyanyi2 lain

    ReplyDelete
  10. Kelainan upya bukan penghalang untuk kita berjaya. Teruskan usaha dan semoga terus berjaya dalam industri yg diceburi. Anak muda hebat ! Teruskan memberi inspirasi pd yg lain

    ReplyDelete
  11. Taniah buat anak muda yang sentiasa berjuang untuk memajukan diri walaupun mempunyai kekurangan. Patut dijadikan contoh oleh kita yang sempurna untuk terus bersemagat untuk meningkatkan prestasi diri. Semoga Ariq sentiasa bersemangat dan dimurahkan rezeki dalam bidang seni tanah air.

    ReplyDelete
  12. Congratulations Ariq Azhafi, you're really a talented one and keep on motivating those who are in the same shoes.

    ReplyDelete
  13. Autism memang ada pelbagai jenis kan. Alhamdulilah Ariq ada kelebihan dia sendiri dan syukur sebab famili dia membantu dan menyokong. All the best Ariq.

    ReplyDelete
  14. Contrary to popular beliefs, autistic kids can be really talented and special as shown in Ariq. Glad that he found a channel to express himself. I wish him all the best.

    ReplyDelete
  15. This is my second time coming across the TimeBoy. I strongly believe that this boy can go far. He really is one of the high functioning ones. Actually most of the autistic kids are high functioning and their talents can single handedly outpower a normal person. Their senses are way more heightened than ours. Making them ultra sensitive to their surrounding.

    ReplyDelete
  16. The Timeboy? First time saya tahu pasal timeboy penyanyi autism ni. Ini membuktikan orang autism boleh berjaya dalam bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  17. Bertuah dia ada keluarga yang sentiasa menyokong di belakang.
    Teruskan minat dan perjuanganmu.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete