ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY: SENI MUZIK JADI PILIHAN
Rata-rata AlongMurni (AM) dapat melihat yang bakat dan
keupayaan anak-anak Autisme yang mula mendapat tempat dan perhatian dalam
masyarakat. Sebenarnya AM sangat kagum dengansemangat yang ditunjukkan oleh
anak-anak ini. Dengan galakan dan sokongan dari ahli keluarga, anak-anak autism
ini mula merasa yakin diri dan kembali bersemangat untuk terus berjaya seperti
anak-anak normal yang lain.
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan
perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam
berkomunikasi, interaksi sosial serta tingkah laku. Biasanya kanak-kanak
autisme akan menunjukkan respon yang negatif semasa berkomunikasi dengan orang
lain, suka mengasingkan diri, membuat kerja sendiri dan keadaan tidak fleksibel
dengan orang lain. Walaupun dikategorikan dalam golongan Orang Kurang Upaya
(OKU), kanak-kanak autisme biasanya mempunyai tenaga yang sangat aktif sehingga
mereka boleh berpusing-pusing atau berlari-lari tanpa rasa penat.
Baru-baru ini AM sempat mendekati seorang anak Istimewa yang
berbakat besar dalam industri Muzik tanahair iaitu Ariq Azhafi atau nama penuh
beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun. Ariq telah
dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor, walaupun Ariq adalah remaja
istimewa namun Ariq berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga
layak untuk berjaya sama seperti orang lain.
Uniknya Ariq ini sehingga mendapat gelaran TimeBoy adalah kerana
Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja.
Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk
memulakan perbualan.
Dipendekkan cerita, sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2
tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan
bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori
masalah pertuturan. Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk
meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.
Kerana minat yang mendalam dalam seni muzik membuatkan Ariq
untuk tampil berani dan seterusnya bertekad untuk membuktikan kepada keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki
diri ke arah lebih baik. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke
kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq
dengan lebih baik.
Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar
sebagai hobi tetapi akhirnya Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi
bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan
daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang
ramai agar lebih yakin pada diri.
LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN
Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya
untuk Ariq sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik
tanahair. "KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara
keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan
satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah
lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.
UCAPAN ISTIMEWA DAN HARAPAN DARIPADA ARIQ AZHAFI
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.
Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA"Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa! Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."- Ariq Azhafi -
Nak tahu lebih lanjut tentang Ariq Azhafi boleh jengah di
Instagram : Ariq Azhafi Official
Fb Page: Ariq Azhafi Official
Instagram : Ariq Azhafi Official
Fb Page: Ariq Azhafi Official
KATA ALONGMURNI
KEGIGIHAN DAN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH ARIQ AZHAFI
WAJAR MENDAPAT SOKONGAN DAN PERHATIAN UMUM
UNTUK SAMA-SAMA BERDIRI SETANDING
ANAK-ANAK NORMAL YANG LAIN. TIADA MUSTAHIL JIKA ADA TEKAD DAN MENYIMPAN AZAM YANG TINGGI
BERPAKSIKAN PADA MINAT SEPERTI ARIQ AZHAFI.
SYABAS DAN TAHNIAH BUAT ADIK ARIQ
AZHARI.
19 Comments
Tahniah ariq berjaya hasilkan single baru. Semoga success selalu. Kagum dengan semangat ariq.
ReplyDeleteAdik Ariq ni nampak sempurna, hensem.. kemas bergaya.. tak nampak pun macam kekurangan .. apa-apa pun TB doakan semoga Ariq berjaya dalam hidup dunia akhirat ye.. Aaminn
ReplyDeleteKebiasaan budak autism ni elok je rupa paras nya. Hensem Ariq. Ariq juga bertuah kerana antara pesakit autism yang berjaya dikorek keistimewaan. Anak saudara saya masih terkontang-kanting tak tau apa yang spesel pada dirinya. Saya harap satu hari nanti anak saudara saya juga mampu sehebat Aqil. Aqil ni dah macam peserta America's Got Talents. Namanya Kobi. Please watch that AGT 2019
ReplyDeleteOrang istimewa ni lagi banyak diaorang punya kelebihan dari orang biasa kan. Bangga dan terinspirasi tengok kejayaan dia. Betul la kalau usaha sungguh sungguh memang membuahkan hasil. Semoga dia terus berjaya dalam bidang ni
ReplyDeletesemoga berjaya di dalam dunia seni. Kena sabar di dalam dunia seni ini kerana bukan semua indah belaka.
ReplyDeleteSemoga segala urusan dipermudahkan. Kuatkan semangat and believe in yourself. Nothing is impossible if you set your mind in doing it.
ReplyDeleteTapi sedap tak nafikan Ariq pandai menyanyi dan nyanyian beliau sangat bagus kita dengar muzik video tu terpegun jap tak sangka yang di adalah tidak seperti kanak-kanak biasa...Moga terus usaha dan tabah menhadapi kehidupan dan Ariq menjadi berjaya..
ReplyDeletehebat bakat yang ada pada Adik Ariq nih, Moga Adik Ariq teruskan usaha dan semangat, moga berjaya dalam bidang nyanyian InsyaAllah
ReplyDeletebagusnya adik ariq ni, tak menjadikan austime sebagai halangan untuk berjaya, neeza doakan semoga dia berjaya dalam bidang nyanyian dan mampu berdiri teguh seperti penyanyi2 lain
ReplyDeleteKelainan upya bukan penghalang untuk kita berjaya. Teruskan usaha dan semoga terus berjaya dalam industri yg diceburi. Anak muda hebat ! Teruskan memberi inspirasi pd yg lain
ReplyDeleteTaniah buat anak muda yang sentiasa berjuang untuk memajukan diri walaupun mempunyai kekurangan. Patut dijadikan contoh oleh kita yang sempurna untuk terus bersemagat untuk meningkatkan prestasi diri. Semoga Ariq sentiasa bersemangat dan dimurahkan rezeki dalam bidang seni tanah air.
ReplyDeleteCongratulations Ariq Azhafi, you're really a talented one and keep on motivating those who are in the same shoes.
ReplyDeleteAutism memang ada pelbagai jenis kan. Alhamdulilah Ariq ada kelebihan dia sendiri dan syukur sebab famili dia membantu dan menyokong. All the best Ariq.
ReplyDeleteContrary to popular beliefs, autistic kids can be really talented and special as shown in Ariq. Glad that he found a channel to express himself. I wish him all the best.
ReplyDeleteThis is my second time coming across the TimeBoy. I strongly believe that this boy can go far. He really is one of the high functioning ones. Actually most of the autistic kids are high functioning and their talents can single handedly outpower a normal person. Their senses are way more heightened than ours. Making them ultra sensitive to their surrounding.
ReplyDeleteThe Timeboy? First time saya tahu pasal timeboy penyanyi autism ni. Ini membuktikan orang autism boleh berjaya dalam bidang yang diceburi.
ReplyDeleteHensem jugak adik ni yer
ReplyDeleteBertuah dia ada keluarga yang sentiasa menyokong di belakang.
ReplyDeleteTeruskan minat dan perjuanganmu.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete