Friday, 30 August 2019

TADOM HILL RESORT: KENANGAN TERINDAH (PART 1)


TADOM HILL RESORT: KENANGAN TERINDAH

PERLBAGAI AKTIVITI MENARIK, MENCABAR DAN PENUH KESERONOKKAN

#TRAVELWITHBUDDIES


Berdepan dengan tekanan kerja yang banyak, membuatkan AlongMurni (AM) merancang untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama #TravelWithBuddies. 

menaiki kereta Dboy

Alhamdulliah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kali ini pengembaraan AM bersama #TravelWithBuddies ke Tadom Hill selama dua hari satu malam.

AM bersama Cik Izzy (Wakil Tadom Hill)
Semua sepakat untuk berkumpul di Tadom Hill pada jam 10 pagi dan Cik Izzy wakil dari Tadom Hill sudah bersedia menunggu ketibaan #TravelWithBuddies. AM dan #TravelWithBuddies diberikan ‘WristBand’ berwarna ungu dan kami diminta untuk sentiasa memakainya sehingga tiba waktu pulang. AM dimaklumkan ada 3 warna wristband yang berbeza dan warna ungu itu membawa maksud yang #TravelWithBuddies menginap dan melakukan aktiviti yang terdapat di Tadom Hill.


HARGA TIKET MASUK TADOM HILL RESORT

Pas Harian
Dewasa
Kanak-kanak (3 - 12 tahun)
Isnin - Jumaat
RM 22
RM 17
Sabtu - Ahad
RM 25
RM 20
Peak Season
RM 28
RM 22
Super Peak Season
RM 30
RM 25

*Extend sampai jam 10 malam - tambah RM10/pax
**Kanak-kanak bawah 3 tahun & warga emas 65 tahun ke atas MASUK PERCUMA
*** Jaket keselamatan PERCUMA untuk aktiviti air
Pas Harian merangkumi aktiviti - Tadom Splash, Tadom Groove & Tadom Oasis.
Waktu operasi untuk Day pass 9 pagi - 6.45 petang.

Makan Tengahari di Kafe Tadom Hill Resort.


Sampai sahaja di sini, AM dan #TravelWithBuddies dimaklumkan yang makan tengahri telah disediakan oleh pihak Tadom Hill Resort. Kami menjamu selera di Kafe Tadom Hill. Uniknya adalah nasi kukus ini dimasak di dalam Buluh dan aromanya memang lain macam dan sedap untuk dinikmati.


Nasi Kukus Tadom Hill




Padu rasa kuah kari Tadom Hill ini

Selesai menjamu selera, kami check in di bilik dan bersedia untuk melakukan aktiviti  di Tadom Hill Resort.. Aduhaiii..tak sabarnya AM rasa...

Antara aktiviti menarik yang sempat AM lakukan di Tadom Hill adalah:

  • FLYING FOX

bersedia untuk aktiviti Flying Fox

Bila dengar ‘Flying Fox’ AM dah mula rasa gerun tapi AM tetap teruja untuk mencuba. AM dan #TravelWithBuddies menaiki kenderaan jenis Hilux untuk sampai ke Bukit Tadom. 

Sempat bergambar atas kenderaan Hilux

Di situ merupakan Pit Point bermulanya aktiviti Flying Fox. Uniknya Flying Fox di Tadom Hill Resort ini adalah setiap peserta akan merentasi tasik Tadom hingga ke Tadom Hill Resort. Mengah juga rasa bila menaiki tangga ke Pit Point Bukit Tadom.

Di atas Pit Point untuk aktiviti Flying Fox.

Dah rasa cuak dah.. AM tengok rakan-rakan berlepas dahulu

AM dimaklumkan yang pakej Flying Fox ini adalah tanpa had bagi pengunjung yang menginap di Tadom Hill Resort. Kiranya boleh main sampai puas la kan??  

  • ATV


Aktiviti ini paling AM suka kerananya ianya agak mencabar dan penuh liku. Betul - betul mencabar skill pemanduan AM tau!! Memang kat belakang siap dah jerit. Ada juga yang terkandas hampir nak masuk ke dalam semak.. Memang melucukan bila diingat semula. Treknya sepanjang 2.5 km.


TREK
ISNIN - JUMAAT
SABTU DAN AHAD
2.5 km ( Anggaran Masa 20 minit)
RM 48
RM 48
4.5 km ( Anggaran Masa 40 minit)
RM 80
RM 88

TREK (MALAM)
ISNIN - JUMAAT
SABTU DAN AHAD
2.5 km ( Anggaran Masa 20 minit)
RM 73
RM 86
4.5 km ( Anggaran Masa 40 minit)
RM 110
RM 128

*
Tambahan penumpang RM 30
  • COMBAT ARCHERY


Aktiviti memanah ini memang merisaukan AM. Meskipun tidak merbahaya malahan selamat digunakan tapi masalahnya bila setiap kali nak ‘Shot’ je anak panah asyik nak jatuh je..Alahaiii..bila la nak mengena sasaran. Kami dibahagi dua kumpulan dan perang pula bermulaaaa.. Hehehehe..

MASA
PAKEJ A (Min 4 pax)
PAKEJ B (Min 10 pax)
30 minit
RM 35 /pax
RM 25 / pax

SUKAN AIR

Bila tengok je alatan Sukan Air dan buat AM teruja untuk mencuba. Kebanyakan dari permainan untuk sukan air menggunakan kaki sebagai kayuhan. Kiranya seolah-olah berbasikal di atas air. 






Sempat juga AM dan marou sama-sama mendayung bot lutsinar nie.. Best tau sebab boleh nampak apa yang ada di air. 

mencuba bot lutsinar
Pengalaman yang tak boleh AM lupakan adalah apabila melakukan aktiviti kumpulan seperti 'Boat Raft Race' (Rakit Lumba) yang diperbuat daripada Buluh. Memandangkan AM memang tak pandai berenang dan cepat panik bila rasa kaki tak jejak tanah (sebenarnya sebarang aktiviti air memang wajib pakai life jacket tapi AM tetap rasa tak yakin), jadi rakan-rakan lain menarik rakit lumba sementara AM mendayung.. Kesian tengok dia lenguh kaki berenang sambil menolak rakit.


Kami dah tiba dan berjaya melakukan aktiviti Rakit Lumba..
Anda bila lagi???

Walaupun badan rasa letih apabila melakukan aktiviti ini namun AM rasa seronok terutama bila ada rakan-rakan yang sporting dan saling memahami. 

Tapi cerita Pengembaraan AM bersama #TravelWithBuddies tidak berakhir di sini. Ada banyak lagi aktiviti malam dan keunikan bilik yang AM menginap yang akan AM kongsikan di Tadom Hill Resort: Kenangan Terindah di Part yang ke 2. Nantikan perkongsian AM ini ya. Untuk info lanjut berkaitan Tadom Hill boleh rujuk di bawah

Tadom Hill Resort

No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor
No telefon : 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883 (9 pagi - 10 malam)

KATA ALONG MURNI

AM RASA SANGAT TERUJA BILA MENCUBA AKTIVITI SUKAN AIR. 
MAKANAN DI SINI JUGA SEDAP DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. 
AM SARANKAN YANG BERMINAT UNTUK
 DATANG MENCUBA AKTIVITI INI HARUS DATANG BERKUMPULAN. 
BARU MERIAH DAN AKAN MENYIMPAN PELBAGAI MEMORI YANG TERINDAH. DAN YANG PALING PENTING ADALAH KONSEP KERJASAMA DAN TOLERANSI SANGAT PENTING SEPANJANG MELAKUKAN AKTIVITI
 DI TADOM HILL RESORT. 

Thursday, 15 August 2019

BBQ LAMB KL KEMENSAH: MAKAN DI DALAM SUNGAI DAN DI TEPIAN SUNGAI

BBQ LAMB KL KEMENSAH: MAKAN DI DALAM SUNGAI DAN DI TEPIAN SUNGAI

PENGALAMAN UNIK DAN SANTAI


Baru - baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menjamu selera di BBQ Lamb KL Kemensah bersama anak-anak AM. Bukan main teruja anak-anak bila AM cakap ‘kita makan dalam air sungai tau, jadi jangan pakai kasut yea’. Nampak je Zoo Negara, si Adik dah mula bercakap ‘mana nie sungai mama?? Adik nampak Zoo je nie’.  Jenuh AM nak melayan karenah anak-anak sebelum sampai.


Ini merupakan pertama kali AM makan di dalam air sungai tau! Best sebab air sungai sejuk mengalir sambil boleh rendam kaki. Memang unik sangat tau!!


Tambah menarik bila ada buaian tergantung di jambatan. Cantik bila OOTD di sini. AM juga bersama-sama dengan rakan #TravelWithBuddies menjamu selera di sini.

AM dan #TravelWithBuddies memilih 4 jenis hidangan yang sedang promosi iaitu
  • Seafood Set
  • Fish Set
  • Meat Set
  • Bird Set


SEAFOOD SET

FISH SET

BIRD SET

MEAT SET

Setiap set ini mengandungi 4 nasi, dessert, salad, sup, buah-buahan dan air kordial boleh refill bila-bila masa. Antara semua set ini, AM dan anak-anak paling suka BIRD SET dan SEAFOOD SET. Anak-anak AM paling suka makan kambing dan Itik. Isinya yang lembut dan Fully Marinated tau. 

***NOTIS***

WAKTU OPERASI

 Isnin ~ Khamis.
12 pm ~ 10pm (pesanan terakhir 9 malam)

 Jumaat.
4 petang ~ 10 malam (pesanan terakhir 9 malam)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum.
Sesi 12 pm ~ 2pm
Sesi 2 pm~4pm
Sesi 4 pm ~ 6pm
Sesi 6 pm ~ 8pm
Sesi 8 pm ~ 10pm

Sesi Makan Di Dalam Air dan Di Tepi Sungai Dibuka sepanjang hari.

Sebarang pertanyaan sila wasap di  60122114100

Kalau nak mencuba dan menjengah rasa kesedapan sendiri menu-menu di BBQ Lamb KL Kemensah

Lokasi Bbq Lamb Kemensah.

Sila lawati halaman FB BBQ Lamb KL Kemensah:


KATA ALONGMURNI


AM SANGAT MENYUKAI MENU-MENU YANG TERDAPAT 
DI BBQ LAMB KL KEMENSAH. 
SANGAT SEDAP DAN FULLY MARINATED.
 JANGAN LUPA MENCUBA MAKAN DI DALAM SUNGAI KERANA 
PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI. 
JOM RAMAI-RAMAI BAWA AHLI KELUARGA DAN 
MENJAMU SELERA BERSAMA RAKAN-RAKAN. 
MEMANG BERBALOI DENGAN RASA DAN HARGA.


Wednesday, 14 August 2019

PERTAMA KALI MENCUBA MAKANAN KOREA MYEONGDONG TOPOKKI DI SUNWAY PUTRA MALL

PERTAMA KALI MENCUBA MAKANAN KOREA

 MYEONGDONG TOPOKKI DI SUNWAY PUTRA MALL

Sejak akhir-akhir ini AlongMurni (AM) kerap menonton drama-drama korea dan ‘variety show’ iaitu Running Man. AM terpaut dan suka pada karektor Kim Jong Kook yang sering popular dengan julukan Sparta, Commander dan Mr Capable. Sepanjang menonton Running Man, AM dapat saksikan bagaimana terujanya setiap ahli Running Man menikmati hidangan masakan korea dan turut merasa teringin untuk mencuba. Apabila mendapat undangan dari Abam Marcus Osmand, AM terima dengan perasaan teruja dan tidak sabar mencuba. AM teringin sangat nak merasa Topokki dan Kimchi kerana menu tersebut nampak menarik dinikmati setiap ahli dalam rancangan Running Man.


AM mencuba masakan korea di Restoran Myeong Dong Topokki yang terletak di Level 4 Sunway Putra Mall. AM dapati di MyeongDong topokki ni menggunakan konsep layan diri. Menu dah sedia ada atas meja dan AM hanya perlu ke kaunter untuk memesan menu yang ingin dicuba. Memandangkan AM baru pertama kali mencuba jadi AM serahkan menu pilihan pada rakan-rakan AM yang lain tapi yang penting mesti ada Topokki dan Kimchi sebab masakan ini merupakan masakan korea yang AM ingin rasa.


Di Myeong Dong Topokki, AM dapati menu di sini menyajikan pelbagai hidangan istimewa Korea dari bibimbap terkenal hingga Bulgogi Rice. Harga di sini agak berpatutan dan AM merasa tidak sabar untuk mencuba.


Bibimbap dan Topokki
Suapan pertama AM bila mencuba Topokki. Hanya dapat AM gambarkan WOWWW.. Ini rupanya rasa Topokki!! Sedap dengan rasa kek beras yang kenyal dan kuahnya yang rasa manis-manis pedas memang terbayang-bayang sampai balik AM nak cuba masak sendiri. Tapi kalau nak senang boleh terus jer datang terjah ke Myeongdong Topokki ini. Pasti puas kan?? Nak nak kalu dapat menjamu selera bersama Kim Jong Kook kan?? Hehehehe..

Kimchi Jjigae : RM 17.90 (Ayam) dan RM 18.90 (Daging)
AM juga mencuba Kimchi Jigae ini. Makan bersama nasi panas-panas, ada ikan bilis goreng dan sayuran. AM dapat simpulkan yang Orang Korea banyak makan sayuran bila AM lihat dalam setiap menu sajian makanan korea ini. Memang sesuai kalu nak diet makan Kimchi Jigae ini.

Jajjangmyun : RM 18.90
Bagi yang tak makan sangat nasi macam AM boleh pilih untuk mencuba Jajjangmyun ini. Rasa mee macam mee maggi tapi rempah yang terdapat dalam Jajjangmyun ini punya kelainan tersendiri.

Dakgalbi Chicken Deopbap: RM 18.90
Dakgalbi Chicken Deopdap ini walaupun nampak merah dan pedas namun tidaklah pedas sangat. Kiranya orang macam yang kurang makan pedas masih boleh hadam dan nikmati keenakan Dakgalbi Chicken yang disajikan bersama dengan Nasi, sayuran, ikan bilis goreng, kimchi (itu semestinya) dan sup.. Rasa sedap dan enak bila makan time panas-panas.

Dol Sot Bibimbap: RM 19.90 (Ayam) dan RM 20.90 (Daging)

Nampak meriah kan Dol Sot Bibimbap ini kan?? Tapi yang pertama kali mencuba macam AM , jangan lupa gaulkan semua sekali tau!! Baru ada kick dan setiap suapan terasa enak dinikmati.

Hangul Chicken Ramyun : RM 18.90
Hangul Chicken Ramyun ini nampak macam Maggi Sup kari yang selalu kita order kat mamak tue. Tapi bila AM cuba, ternyata punya kelainan dan keenakan tersendiri. Dengan rasa hirisan ayam goreng yang rangup memang layan je makan. Sayuran dan kimchi juga disajikan bersama. Sedap.. sedap.. sedap.. Itu yang dapat AM gambarkan.


Cheese Bulgogi Fries: RM 9.90 (Ayam) dan RM 10.90 (Daging)
Yangnyeom Chicken : RM 10.90
Ganjang Chicken: RM 10.90
Menu sampingan ini AM memang sangat sarankan untuk semua mencuba. Tapi Ayam yang berwarna merah ini agak pedas yea. Sangat-sangat pedas!!! Rasanya yang sukakan kepedasan memang layan abis la kan?? Cheese Bulgogi Fries ini memang jadi salah satu menu 'thumb up' AM yea. Sedaaappp sangat!!!! Yelah..Hantu cheese kan!!!!

Apa lagi yang nak mencuba dan datang lagi ke sini, boleh ajak AM datang sekali yea. Pasti AM datang..Nak nak makan beramai-ramai secara berjemaah.. Memang puas hati!! Akhirnya merasa juga AM makan Kimchi dan Topokki. Tapi kan kalu ada Kim Jong Kook mesti lagi berselera AM makan..

Info lanjut lokasi dan juga menu yang menarik kat sini boleh layari :

AM bersama-sama rakan-rakan blogger lain
KATA ALONGMURNI

MAKANAN KOREA YANG DISAJIKAN DI MYEONGDONG TOPOKKI 
DI SINI MEMANG SEDAP DAN AM AKAN DATANG LAGI SENDIRI 
BAWA ADIK-ADIK AM, BAGI MEREKA JUGA MENCUBA KAN. 
LAGIPUN HARGA SANGAT BERPATUTAN.