Sunday, 29 September 2019

MATXI CORP: SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-2 BERTEMAKAN ‘GLORY TO GLORY’


MATXI CORP: SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-2 

BERTEMAKAN ‘GLORY TO GLORY’

#YouDeserveABetterLife #MATXICorp



Baru-baru ini AlongMurni (AM) turut sama hadir bagi memeriahkan Majlis Ulang Tahun Matxi Corp yang ke 2 bertempat di Plenary Hall KLCC, Kuala Lumpur. Majlis gelang gemilang yang bertemakan "Glory to Glory" ini diadakan bagi memberi anugerah dan pengiktirafan kepada pengedar Matxi yang telah berjaya.

Matxi Corp yang sebelum ini lebih dikenali dengan nama Matxi S.G. merupakan sebuah anak syarikat milik MIIC Holdings Sdn Bhd dengan slogan "You Deserve A Better Life".

Matxi Corp merupakan sistem perniagaan online terbesar di Vietnam yang memberikan latihan perniagaan, pembanggunan manusia dan membantu orang dan syarikat perniagaan yang nak berjaya dengan latihan dan pemantauan menggunakan alat dan tenaga pengajar yang profesional.

Matxi S.G mengumumkan yang mereka kini bergabung selepas persetujuan pelaburan strategik di antara Matxi S.G dengan kumpulan Malaysia yang sekaligus menjadikan mereka Matxi Corp.


Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis ini adalah; oleh Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).

Menariknya tentang Matxi Corp adalah Matxi Corp ini menggunakan 10% keuntungan bulanan mereka untuk meringankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Mereka juga ada menjalankan Yayasan Amal Matxi yang memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan warga tua – Rumah Ah Nhien. AM sangat menyokong usaha seperti ini.

AM terkesima dan terpaku dengan persembahan pembukaan tarian lampu oleh kumpulan LIGHT BALANCE..  Selayaknya kumpulan ini memenangi pertandingan America's Got Talent pada tahun 2017 yang lalu.

INFORMASI BERKAITAN MATXI CORP

Matxi Corp telah ditubuhkan pada Julai 2017 dan berasal dari pusat kota Bien Hoa, wilayah Dong Nai, Vietnam. Matxi merupakan sebuah syarikat yang menyediakan rangkaian produk kecantikan, penjagaan kesihatan berkualiti yang berasaskan dari bahan semulajadi.


Walaupun baru dua tahun bertapak sehingga kini, produk syarikat Matxi Corp telah siap siaga di seluruh negara dan dieksport ke lima benua dengan lebih daripada 3,000 ejen berdaftar dan bilangan itu terus meningkat dari hari ke hari.



Uniknya tentang produk Matxi Corp adalah mereka mempunyai  kilang mereka yang tersendiri di lokasi yang berlainan. Rangkaian produk Max Health akan dikilangkan di Malaysia, Max. 1 dikilangkan di Amerika Syarikat dan Matxi Skin Care pula dikilangkan di Korea.

Pemilihan ini dibuat kerana :
  • Malaysia terkenal dengan hasil herba yang sesuai digunakan untuk kecantikan dan penjagaan diri seperti Tongkat Ali
  • Amerika Syarikat pula terkenal dengan penghasilan produk kosmetik yang berkualiti tinggi
  • Korea mempunyai ginseng yang berkualiti dan terbaik untuk kesihatan.
  • Vietnam mempunyai sebuah kilang Medino dengan pensijilan GMP yang khusus dalam pembuatan makanan kesihatan, produk makanan dan kosmetik.


Tambahan pula, Matxi Corp pun ada pusat R&D mereka sendiri untuk tujuan mengkaji dan terus meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan.

Untuk maklumat lanjut:

Matxi Malaysia Sdn Bhd


KATA ALONGMURNI

BILA MENGHADIRI MAJLIS YANG GILANG GEMILANG INI 
BUAT AM RASA BERSEMANGAT UNTUK BERNIAGA. 
BEGITU FOKUS DAN TEKUN PARA AGEN MATXI 
MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. 
SEPADAN DENGAN SLOGAN MEREKA IAITU ‘YOU DESERVE A BETTER LIFE’. MOGA MATXI CORP TERUS BERJAYA DAN 
MEMBANTU GOLONGAN YANG KURANG BERNASIB BAIK 
SERTA BERTEKAD UNTUK MENGUBAH HIDUP DENGAN CARA TERSENDIRI. TAHNIAH AM UCAPKAN BUAT MATXI CORP. BRAVO!!



Saturday, 7 September 2019

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 (NUH 2019) BANTU LEBIH 10,000 ORANG


PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 (NUH 2019) 
BANTU LEBIH 10,000 ORANG
ANJURAN RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD
SEMPENA MERDEKA 2019


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir dan memeriahkan  Program Nak Ubah Hidup (NUH 2019) anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.  Memang padat dengan orang ramai bila AM melangkah masuk ke SCCC.



AM dimaklumkan yang objektif penganjuran Program NUH 2019 ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

AM kagum dengan cara persembahan Dr Azizan Osman yang begitu bersahaja dan kelakar di samping padat dengan ilmu untuk dikongsi bersama dengan puluhan ribu peserta yang membanjiri NUH 2019. AM masih ingati istilah ‘Biawak’ yang dibawa oleh beliau.


 Untuk berjaya jangan biarkan biawak sewa percuma dalam otak kerana biawak suka meronok-ronok, penuh dengan ego, emosi tak tentu tempat dan ambil enteng dalam segala hal! 
 - Dr Azizan Osman -



RichWorks International bersama pengasasnya  Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.

Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.



Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.

Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.

Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.


Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.


Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara membantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Kepada yang berminat untuk turut sama dalam Program ini pada tahun hadapan boleh klik link di bawah sekarang kerana dapat berpeluang mendapat tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020.


KATA ALONGMURNI

PERTAMA KALI AM HADIRI PROGRAM SEUMPAMA INI YANG RATA-RATA PESERTANYA BEGITU BERSEMANGAT DAN YAKIN UNTUK
MELANGKAH BERJUANG MENGUBAH HIDUP MEREKA. 
SATU PROGRAM MOTIVASI YANG SANGAT BAGUS DAN MEMBERI INSPIRASI BILA MELIHAT DAN BERPELUANG DUDUK DI SAMPING MEREKA YANG TELAH BERJAYA HASIL DARI PROGRAM INI.




Friday, 6 September 2019

ZAPIN LENGA: ZAPIN TERTUA DI NEGERI JOHOR


ZAPIN LENGA: ZAPIN TERTUA DI NEGERI JOHOR

DIADAPTASI DAN DIBERI NAFAS BARU

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat AM di Johor. Yang menjadi perhatian AM bila melihat persembahan Tarian Zapin yang cukup sebati dengan kehidupan masyarakat di negeri Johor, malah menjadi identiti negeri selatan tanah air itu, masih lagi menjadi pilihan untuk persembahan di mana-mana keramaian atau cara di negeri ini.
Tarian zapin juga acapkali dipilih bukan sahaja untuk dipersembahkan bagi menyambut kehadiran tetamu, terutama ketika berlangsungnya sesuatu acara atau majlis rasmi malah turut menjadi pilihan di majlis-majlis perkahwinan dan perayaan.


Walaupun mengharungi arus pemodenan zaman dan pengaruh muzik dan tarian luar membanjiri negara ini, zapin tetap mendapat permintaan.

Boleh dikatakan kepelbagaian penciptaan tarian zapin oleh pengasasnya dan pewaris serta penggiat yang meneruskannya mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri seperti Zapin Melayu Johor, Zapin Lenga dan Putar Alam dari Muar selain Zapin Pulau dan Tenglu (Mersing), Zapin Lapis Batu Putih (Batu Pahat) dan Zapin Parit Mastar (Pontian) serta Zapin Selat Panjang (Kluang).



Kalau nak tahu, Zapin Lenga adalah satu-satunya repertoire Zapin Melayu Johor yang paling tua berjaya dikesan di Negeri Johor. Bentuk persembahan Zapin Lenga juga dianggap sebagai prototaip kepada Zapin Melayu Johor, sifat ' Archaic ' dari sudut pergerakan tari dan muzik jelas kelihatan pada gaya penari lelaki dan melodi muzik pengiring.

Pada hari ini, tarian Zapin Lenga tidak lagi menjadi tradisi kesenian yang popular seperti pada zaman dahulu kerana kebanyakkan daripada pewaris-pewaris tua telah pun kembali ke rahmatullah tetapi generasi baru terutamanya EN MAJID BIN RAWINO merupakan seorang penerus dan pewaris bagi Zapin Lenga,Beliau yang menetap di Kg Baharu, Lenga 28 kini bergiat aktif mengembangkan seni tari Zapin Lenga.


Tradisi ini juga telah berubah dan bentuknya yang asal kerana adanya penglibatan penari-penari wanita yang pada suatu masa dahulu tidak dibolehkan menarikan tarian zapin Lenga dikhalayak ramai. Zapin Lenga ini mempunyai 6 Langkah atau Ragam iaitu Langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah 5 dan langkah 6. Zapin lenga ini lebih kepada kelembutan dan kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita.

Zapin Lenga ini mempunyai keunikan; gerak tarinya seolah-olah berjalan di dalam lumpur. Kini tarian ini diadaptasikan agar lebih menarik bagi tujuan menarik minat generasi masa kini.

MENDEKATI EN MAJID BIN RAWINO

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".

Ahli Keluarga Embah Jid
Beliau yang mula menceburkan diri pada usia 13 tahun mendapat tunjuk ajar dari Pengasas zapin Allahyarham Rabu bin deron dari Kampung Lenga, Muar dan allahyarham hj mat zain yg tinggal di Bt Saujana Bt 29.

Beliau mendapat gelaran tokoh seni negara pada tahun 2014 oleh JKKN. Sekarang beliau bergiat aktif di merata2 tempat dlm mempopularkan lagi zapin lenga.



Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .
PROFIL EMBAH JID

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

KATA ALONGMURNI


AM RASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN DAN USAHA SENI 
YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH EMBAH JID. 
SEMOGA LAGU JOGET INI BAKAL MEMBERIKAN SINAR BARU 
KEPADA EMBAH JID DAN JUGA KEPADA SEMUA ORANG SUPAYA 
MENGHARGAI SENI DAN DAPAT MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA
 UNTUK TERUS MEMELIHARA WARISAN SENI NEGARA