Friday, 6 September 2019

ZAPIN LENGA: ZAPIN TERTUA DI NEGERI JOHOR


ZAPIN LENGA: ZAPIN TERTUA DI NEGERI JOHOR

DIADAPTASI DAN DIBERI NAFAS BARU

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat AM di Johor. Yang menjadi perhatian AM bila melihat persembahan Tarian Zapin yang cukup sebati dengan kehidupan masyarakat di negeri Johor, malah menjadi identiti negeri selatan tanah air itu, masih lagi menjadi pilihan untuk persembahan di mana-mana keramaian atau cara di negeri ini.
Tarian zapin juga acapkali dipilih bukan sahaja untuk dipersembahkan bagi menyambut kehadiran tetamu, terutama ketika berlangsungnya sesuatu acara atau majlis rasmi malah turut menjadi pilihan di majlis-majlis perkahwinan dan perayaan.


Walaupun mengharungi arus pemodenan zaman dan pengaruh muzik dan tarian luar membanjiri negara ini, zapin tetap mendapat permintaan.

Boleh dikatakan kepelbagaian penciptaan tarian zapin oleh pengasasnya dan pewaris serta penggiat yang meneruskannya mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri seperti Zapin Melayu Johor, Zapin Lenga dan Putar Alam dari Muar selain Zapin Pulau dan Tenglu (Mersing), Zapin Lapis Batu Putih (Batu Pahat) dan Zapin Parit Mastar (Pontian) serta Zapin Selat Panjang (Kluang).



Kalau nak tahu, Zapin Lenga adalah satu-satunya repertoire Zapin Melayu Johor yang paling tua berjaya dikesan di Negeri Johor. Bentuk persembahan Zapin Lenga juga dianggap sebagai prototaip kepada Zapin Melayu Johor, sifat ' Archaic ' dari sudut pergerakan tari dan muzik jelas kelihatan pada gaya penari lelaki dan melodi muzik pengiring.

Pada hari ini, tarian Zapin Lenga tidak lagi menjadi tradisi kesenian yang popular seperti pada zaman dahulu kerana kebanyakkan daripada pewaris-pewaris tua telah pun kembali ke rahmatullah tetapi generasi baru terutamanya EN MAJID BIN RAWINO merupakan seorang penerus dan pewaris bagi Zapin Lenga,Beliau yang menetap di Kg Baharu, Lenga 28 kini bergiat aktif mengembangkan seni tari Zapin Lenga.


Tradisi ini juga telah berubah dan bentuknya yang asal kerana adanya penglibatan penari-penari wanita yang pada suatu masa dahulu tidak dibolehkan menarikan tarian zapin Lenga dikhalayak ramai. Zapin Lenga ini mempunyai 6 Langkah atau Ragam iaitu Langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah 5 dan langkah 6. Zapin lenga ini lebih kepada kelembutan dan kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita.

Zapin Lenga ini mempunyai keunikan; gerak tarinya seolah-olah berjalan di dalam lumpur. Kini tarian ini diadaptasikan agar lebih menarik bagi tujuan menarik minat generasi masa kini.

MENDEKATI EN MAJID BIN RAWINO

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".

Ahli Keluarga Embah Jid
Beliau yang mula menceburkan diri pada usia 13 tahun mendapat tunjuk ajar dari Pengasas zapin Allahyarham Rabu bin deron dari Kampung Lenga, Muar dan allahyarham hj mat zain yg tinggal di Bt Saujana Bt 29.

Beliau mendapat gelaran tokoh seni negara pada tahun 2014 oleh JKKN. Sekarang beliau bergiat aktif di merata2 tempat dlm mempopularkan lagi zapin lenga.



Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .
PROFIL EMBAH JID

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

KATA ALONGMURNI


AM RASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN DAN USAHA SENI 
YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH EMBAH JID. 
SEMOGA LAGU JOGET INI BAKAL MEMBERIKAN SINAR BARU 
KEPADA EMBAH JID DAN JUGA KEPADA SEMUA ORANG SUPAYA 
MENGHARGAI SENI DAN DAPAT MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA
 UNTUK TERUS MEMELIHARA WARISAN SENI NEGARA




20 comments:

Wan Syahida said...

Syukur la ada pelapisnya untuk meneruskan adat kesenian zapin ni. Kalau tak, habis lah ditelan arus zaman. Kita la yang kena memeliharanya.

Julia Mahir said...

Teringat zaman muda remaja masa join Kelab Seni Kebudayaan dulu. Selain menari syok-syok, siap di ajar tiap2 step yg ada maknanya.

BarryBoi said...

These kind of traditional dance has to be reserved. Lucky there's still new generations who continues with the tradition.

cre8tone said...

very tradisional dance.. zapin dance is really nice with the movement... it's great to keep the tradisional culture passing down to the new generations..

ajumohit said...

baru tahu tentang tatasusila zapin ni. rupanya setiap nombor dan kiraan tu ada maksud di sebaliknya ya. apapun memang penting memartabatkan kesenian melayu ni agar tak lapuk di telan zaman

mek yunie said...

waaa. pengetahuan baru ni. biasa tengok macam tu je la tak mendalami sangat. bagus masih ada yang kekalkan tarian zapin ni.

Bonda Chanteq said...

NEgeri johor mmg terkenal dgn tariab zapinnya...plg suka tgk kalo bdk2 yg menari zapin ni...comel jeee...pandai dorg menari sekata jeee

budakbandunglaici said...

zapin memang sinonim dengan negeri Johor. Tarian Kuda kepang pun BBL suka juga tengok. tak silap waktu belajar uni banyak kali tengok competition tarian zapin ni.. yang penting kita kena jaga warisan budaya ni supaya tak lapok dek hujan

Fadima Mooneira said...

Weehooooooo!!!!!!! I love zapin! I love the dance and music. Dulu masa kejer Di JPM I pernah blaja menari zapin. Hard but fun lol. Tringat lagi kata2 my teacher “kalo zapin ke laut, menari K-pop ke longkang la”. Heheheheheheh!!!!!!!!!!!

Mahamahu said...

tak pernah dengar lagi Zapin Lenga ni hurmmm ingat ada video Murni menari tadi baru nak tengok macam mana geraknya kita tahu basic zapin jer hehehe kita minat juga tarian tradisional ni ok...

Decamellia said...

Cakap pasal zapin teringat dulu time sekolah join team zapin. Dan Nur pelajar paling besar dan paling tinggi padehal umur paling kecik. Hahahaha kenangan sungguh. Suka maksud embah jid tu. Tak ada yg lama maka tak ada yg baru

Hanny Abdullh said...

Sis masa sekolah dulu memang masuk kebudayaan..so menari nari memang selalu le..zapin pun mmg sis nari gak..tapi dari mana asal usul tu tak le sis tahu..tau nari je..hehehe

Bro Framestone said...

Dulu, suka juga berzapin... but, tak boleh sangat dengar lagu kuda kepang hahahhaa

Aerill Hassan said...

Antara lagu tradisional melayu yg saya suka adalah zapin. Seronok bila ada usaha untuk kekalkan seni budaya kita ini. Semoga usaha ini diperhebatkan lagi di masa akan datang dgn pelbagai kerjasama drpd semua pihak.

Eiza GreenAppleKu said...

Baca artikel ni teringat zaman sis sekolah dulu. Dulu sis join Kelab Kesenian dan Kebudayaan. Syok belajar pelbagai tarian dan salah satu tarian yang sis suka ialah zapin. Dan memang patut ianya di kekalkan supaya tak lapuk dan hanya tinggal nama.

Wawa Ashihara said...

Tak sangka masih ada org buat lagi tarian zapin ni ye dekat mjlis kawen.. Selalu kat event2 besar je ada... Kita pun xberapa nak ingat bentuk tarian zapin lenga ni mcm mana. Tapi kita suka tengok tarian zapin kalau ada.... Betul2 tradisional la kalau tengok

Emi said...

Emi bab tarian tradisional macam ni, suka tengok je. Kalau suruh emi yang menari, memang kaku la jawabnya hahahah. Tarian tradisional ke, tarian moden ke...semua failed.

Syamimi Saad said...

Kalau belah johor ni, kalau ada majlis perkahwinan, macam tak lengkap la takde zapin ke apa.
Sebab haritu cousin kawin pun ada tarian zapin.
Zapin tu abang sedara yang handle.
Memamng best. Kalau ada rezeki kita pun nak suh anak kita belajar. Hehe
Duduk mersing ni pun ada juga kelas tarian zapin dalam kem ni.
Tapi belum lagi nak hntr anak kita.

Cik Puan Ena said...

Masa ena kawen dlu pon ada tarian zapin. Hehe tak johor la kan takde zapin. Tapi nak menari memang failed 😂😂😂

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف بيوت بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بالهفوف
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالهفوف
شركة المثالية الدولية للتنظيف بالهفوف