October 2019 - PENGEMBARAAN ALONG MURNI (AM)

Sunday, 13 October 2019

LUCKIN KOPI: LOKASI STRATEGI BERDEKATAN PASAR SENI DENGAN  MENU YANG MENARIK DAN SEDAP
October 13, 2019 24 Comments

LUCKIN KOPI

LOKASI STRATEGI BERDEKATAN PASAR SENI 
DENGAN MENU YANG MENARIK DAN SEDAP

MESTI CUBA



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk singgah menjamu selera di Luckin Kopi. Meskipun baru sebulan beroperasi namun sambutan dari penduduk setempat dan pelancong dari luar amat menggalakkan. 

Menu sajian di Luckin Kopi berkonsepkan Asian Fusion dan ianya nyata menarik perhatian pelanggan untuk datang mencuba menu di sini.

Lokasi Luckin Kopi amat strategi kerana berdekatan dengan MRT/LRT Pasar Seni. Bagi yang menaiki kenderaan juga parking amat mudah didapati.



AM amat sukakan lukisan dan corak mural yang terdapat di dalam Kafe Luckin Kopi ini. Persekitarannya agak santai dan kemudahan WiFi juga dsediakan di sini.

Jom kita jengah menu-menu yang menjadi pilihan #AlongMurni

Mee Siam (RM 5.90)

Menu Mee Siam ini menjadi pilihan AM kerana Mee Siam ini mempunyai rasa yang padat dengan sambal yang enak. Hanya perlu tambah RM 4 jika ingin menambah menu seperti Ayam Goreng

Pasta Seafood
Tengok dari gambar dah rasa tertarik nak mencuba makan. Rasa sotong dan udang yang segar menjadi sebab menu Pasta Seafood ini menjadi pilihan.

Nasi Lemak Ayam Salted Egg
Untuk yang datang makan tengahari, AM sarankan untuk mencuba menu ini. Rasa Ayam yang digoreng rangup dan diadunkan bersama 'Salted Egg' semestinya menjadi pilihan. Anak-anak kecil pun amat menyukai sajian ini.

Indo Mee
 Haaa.. Bagi peminat Indo Mee semestinya menu ini menjadi pilihan. Digabungkan bersama dengan keropok dan sambal istimewa membuatkan rasanya enak dimakan.

Pasta Petai
Menu Pasta Petai ini merupakan menu yang sering menjadi pilihan bagi pelanggan yang datang ke Luckin Kopi. Kadang-kadang sampai 'Sold Out' tau dek kerana permintaan yang banyak untuk menu ini. Pasta Petai ini memang lain dari yang lain dan mempunyai rasa yang padu dan menepati selera pelanggan yang datang menjamu selera di Luckin Kopi.

Geng Chow Chicken Bun (RM12.90)
 AM amat sukakan rasa dan kelembutan Bun ini. AM sarankan untuk yang datang ke Luckin Kopi untuk mencuba sendiri keenakan Bun ini.

Petai Bun (RM 12.90)
AM memegang antara menu yang wajib dicuba

Haaaa.. Tunggu apa lagi, Jom ramai-ramai kita ke Luckin Kopi yang beralamat di :

Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 016 – 3976898
Waktu operasi : dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 9 malam.

KATA ALONG MURNI

KAFE LUCKIN KOPI INI ANTARA KAFE YANG MENJADI PILIHAN ALONGMURNI KERANA MENU-MENU DI SINI AMAT UNIK 
DI SAMPING MEMPUNYAI RASA YANG SEDAP DAN 
ENAK DIMAKAN BERSAMA SEISI KELUARGA. 
AM HARAP LUCKIN KOPI AKAN MENYEDIAKAN 
SERVIS PENGHANTARAN MAKANAN 
DAN 'KIDS MENU' DI MASA HADAPAN. 
MOGA LUCKIN KOPI SENTIASA DAPAT KEKALKAN RASA 
DAN SERVIS YANG BAIK INI.  

Reading Time:

Saturday, 12 October 2019

MATXI MEMPERKENALKAN PRODUK KESIHATAN MAX HEALTH
October 12, 2019 22 Comments

MATXI MEMPERKENALKAN PRODUK KESIHATAN MAX HEALTH

  • TONGKAT ALI GREENGAGE ESSENCE KHUSUS UNTUK LELAKI
  • GREEENGAGE COLLAGEN ESSENCE KHUSUS UNTUK WANITA


Masih ingat pada entri #AlongMurni (AM) berkaitan MATXI CORP ?? Boleh rujuk entri  di sini ya tentang sambutan Majlis Ulangtahun yang gilang gemilang :
MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN MATXI CORP YANG KE DUA

Uniknya tentang produk Matxi Corp adalah mereka mempunyai  kilang mereka yang tersendiri di lokasi yang berlainan. Rangkaian produk Max Health akan dikilangkan di Malaysia, Max. 1 dikilangkan di Amerika Syarikat dan Matxi Health pula dikilangkan di Korea.


Pemilihan ini dibuat kerana :
  • Malaysia terkenal dengan hasil herba yang sesuai digunakan untuk kecantikan dan penjagaan diri seperti Tongkat Ali
  • Amerika Syarikat pula terkenal dengan penghasilan produk kosmetik yang berkualiti tinggi
  • Korea mempunyai ginseng yang berkualiti dan terbaik untuk kesihatan.
  • Vietnam mempunyai sebuah kilang Medino dengan pensijilan GMP yang khusus dalam pembuatan makanan kesihatan, produk makanan dan kosmetik.
  • Tambahan pula, Matxi Corp pun ada pusat R&D mereka sendiri untuk tujuan mengkaji dan terus meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan.


Kali ini AM nak bercerita serba sedikit tentang Produk Kesihatan keluaran Matxi Corp ini yang dikilangkan di Malaysia iaitu Max Health. Max Health ini terdapat dua jenis iaitu Tongkat Ali Greengage Essence khusus untuk lelaki dan Greeengage Collagen Essence khusus untuk wanita

Produk buatan Malaysia ini telah mendapat pensijilan HACCP, ISO 9001, GMP (Good Manufacturing Practice) serta sesuai untuk yang menyukai kandungan minuman kesihatan jenis tumbuhan herba dan vegetarian.

TONGKAT ALI GREENGAGE ESSENCE
(UNTUK LELAKI)



Di antara kandungan utama Tongkat Ali Greengage Essence semestinya adalah Tongkat Ali Physta yang membantu dalam pelancaran darah dan bagus untuk tenaga batin lelaki. Selain itu ada juga Greenage Enzyme yang bagus untuk merangsang sistem imun, menguruskan arthritis, mengurangkan keradangan, memperbaiki kesihatan hati, dan melawan kanser.
 
Tongkat Ali
Isomaltio-oligosaccharide yang ada di dalam Tongkat Ali Greengage Essence juga banyak digunakan sebagai sumber serat pemakanan. Ia adalah rantai karbohidrat yang tahan terhadap pencernaan. Jadi ianya amat rendah kalori.

Di samping itu kandungan Mulberry Enzyme bertindak mengurangkan tahap kolesterol, membantu mencegah penyakit hati berlemak, dan meningkatkan kawalan gula darah. Ia juga mengurangkan tekanan oksidatif, yang boleh mengurangkan risiko kanser.

GREENGAGE COLLAGEN ESSENCE
(UNTUK WANITA)



Greengage Collagen Essence diformulasikan dengan peptida kolagen bioactivated yang direka khusus untuk meningkatkan keanjalan dan penghidratan kulit. Penggunaan jangka panjang kolagen telah terbukti menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan. Ia juga akan meningkatkan kulit kita, menjadikannya cantik dan bercahaya. Jumlah antioksidan yang tinggi dalam Essence Collagen Greengage juga akan membantu mencegah pengoksidaan dan gejala penuaan dengan melawan kerosakan radikal bebas pada kulit kita.

Greengage dikenali dengan sifat detoksifikasi dan pemutihan kulit. Greengage kaya dengan serat, Vitamin A, C dan K, natrium, kalium, protein, kalsium, fosforus dan fitonutrien. Ia membantu mencegah sembelit dan meningkatkan sistem pencernaan kita. Sistem pencernaan yang sihat akan menjadikan kulit kita kelihatan berseri dan menghalang jerawat dan masalah keradangan yang lain.

Kolon yang sihat juga membolehkan tubuh menyerap lebih banyak nutrien dari makanan dan makanan tambahan yang kita makan. Kesihatan usus juga dikaitkan dengan sistem imun badan kita, jadi usus yang lebih sihat lebih cenderung untuk menjaga kekebalan tubuh kita. Manfaat lain dari greengage ialah ia akan membantu kita dalam kehilangan lemak perut yang berlebihan dan membantu mengurangkan berat badan.

Minuman Greengage Collagen diformulasikan untuk membina kesihatan kulit kita dari dalam ke luar. Penggunaan jangka panjang bukan sahaja akan menjadikan kulit kita lebih muda, bersinar dan berseri tetapi juga meningkatkan kesihatan kita secara umum.

Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Matxi Malaysia Sdn Bhd boleh rujuk di

Reading Time:

Wednesday, 9 October 2019

MYNEWS: MENYEDIAKAN PRODUK MAKANAN ‘READY TO EAT’
October 09, 2019 18 Comments

MYNEWS: MENYEDIAKAN PRODUK MAKANAN ‘READY TO EAT’ 

BERINSPIRASIKAN MAKANAN JEPUN

MUDAH, SIAP TERSEDIA DAN SEDAP 

DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN


Kesibukan bekerja kadang-kadang membuatkan AlongMurni (AM) tidak berkesempatan untuk makan. Yelah, nak mengejar LRT takut terlewat ke pejabat.  Menyedari tentang permasalahan gaya hidup myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.

Baru-baru ni, AM telah dijemput ke satu majlis pelancaran di Kota Damansara yang myNEWS telah melancarkan makanan inspirasi dari Jepun yang siap untuk dimakan atau "ready-to-eat". Rantaian kedai runcit di Malaysia ini iaitu myNews Holdings Berhad  dengan bangga melancarkan pusat pengeluaran makanan yang diilhami oleh Jepun (FPC).


Pusat pengeluaran, yang beroperasi di bawah anak syarikatnya, myNews Ryoyupan Sdn Bhd dan myNews Kineya Sdn Bhd akan membekalkan produk makanan kesemua kedai myNews dengan pelbagai makanan siap sedia yang berkualiti tinggi.

Selain itu AM juga boleh mendapatkan minuman panas seperti kopi yang dibru secara segar, hot chocolate, cappucino dan pelbagai lagi dari myNEWS Maru Kafe sambil boleh menikmati pilihan makanan ringan yang dihidangkan dengan citarasa Malaysia antaranya, sandwinch, onigiri, bento, spaghetti dan macam-macam lagi yang ada di myNEWS.




Senang dan mudah bukan?? Bila semua dah tersedia siap untuk dimakan, memang sangat memudahkan AM untuk meneruskan rutin harian. Mana tidaknya sementara menunggu LRT dan Bas sampai, AM boleh makan dan alas perut dengan roti dari Kilang Maru Bakes myNews yang mempunyai rasa yang  lembut dan Onigiri yang sedap tue kan..

Tambah menarik bila nasi lemak dan laksa kari juga tersedia panas-panas lagi. Memang sedap kuah kari laksanya tau!! AM suka..

"Kami mahu para pelanggan kami mempunyai pengalaman serupa dengan kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand, di mana pelanggan boleh berjalan, mencari dan menikmati apa yang mereka mahu," kata Mr Dang Tai Luk, Group CEO of myNEWS Holdings Berhad.

Sejak penubuhannya pada Disember 1996, myNEWS telah berjaya berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara.


Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki pelbagai pilihan produk ‘Ready To Eat’ yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS.

PERKHIDMATAN MYNEWS DASH DELIVERY



Tambah menarik lagi, myNEWS kini ada membuat perkhidmatan penghantaran makanan. Jadi AM boleh teruskn kerja di pejabat sambil menjamu selera atau membuat tempahan untuk tetamu yang hadir untuk bermesyuarat. Perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH  disediakan untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan makanan yang diingini terus dihantar ke pintu pejabat atau rumah. Memang jimat masa, dan tenaga di samping kualiti produk makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Selain itu ada juga kemudahan aplikasi untuk kad keahlian para pengguna perkhidmatan servis myNEWS Applikasi yang memudahkan untuk  membuat pembayaran tanpa tunai dengan cepat dan mudah. Dengan adanya  applikasi ni, para pengguna myNEWS akan mendapat POINTS yang diperoleh dan menerima ganjaran istimewa tau!! Caranya sangat mudah. Kita hanya perlu muat turun myNEWS dan daftarkan sekarang di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


KATA ALONGMURNI

AM SUKA DENGAN KEENAKAN ROTI DI MYNEWS. 
BUKAN SAHAJA GEBU DAN LEMBUT MALAHAN 
HARGA YANG DITAWARKAN SANGAT MURAH DAN BERBALOI. 
AM TAK PERLU DAH NAK MENAHAN LAPAR DIWAKTU KERJA. 
SEKARANG DALAM BEG MEMANG TERSIAP SEDIA ROTI MYNEWS . 
KALAU TETAMU DATANG KE PEJABAT PUN AM CUMA PERLU MEMBUAT TEMPAHAN DAN INI SANGAT MEMUDAHKAN KERJA AM. 
MEMANG TERBAIK LA!!!


Reading Time: