Sunday, 13 October 2019

LUCKIN KOPI: LOKASI STRATEGI BERDEKATAN PASAR SENI DENGAN MENU YANG MENARIK DAN SEDAP


LUCKIN KOPI

LOKASI STRATEGI BERDEKATAN PASAR SENI 
DENGAN MENU YANG MENARIK DAN SEDAP

MESTI CUBA



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk singgah menjamu selera di Luckin Kopi. Meskipun baru sebulan beroperasi namun sambutan dari penduduk setempat dan pelancong dari luar amat menggalakkan. 

Menu sajian di Luckin Kopi berkonsepkan Asian Fusion dan ianya nyata menarik perhatian pelanggan untuk datang mencuba menu di sini.

Lokasi Luckin Kopi amat strategi kerana berdekatan dengan MRT/LRT Pasar Seni. Bagi yang menaiki kenderaan juga parking amat mudah didapati.



AM amat sukakan lukisan dan corak mural yang terdapat di dalam Kafe Luckin Kopi ini. Persekitarannya agak santai dan kemudahan WiFi juga dsediakan di sini.

Jom kita jengah menu-menu yang menjadi pilihan #AlongMurni

Mee Siam (RM 5.90)

Menu Mee Siam ini menjadi pilihan AM kerana Mee Siam ini mempunyai rasa yang padat dengan sambal yang enak. Hanya perlu tambah RM 4 jika ingin menambah menu seperti Ayam Goreng

Pasta Seafood
Tengok dari gambar dah rasa tertarik nak mencuba makan. Rasa sotong dan udang yang segar menjadi sebab menu Pasta Seafood ini menjadi pilihan.

Nasi Lemak Ayam Salted Egg
Untuk yang datang makan tengahari, AM sarankan untuk mencuba menu ini. Rasa Ayam yang digoreng rangup dan diadunkan bersama 'Salted Egg' semestinya menjadi pilihan. Anak-anak kecil pun amat menyukai sajian ini.

Indo Mee
 Haaa.. Bagi peminat Indo Mee semestinya menu ini menjadi pilihan. Digabungkan bersama dengan keropok dan sambal istimewa membuatkan rasanya enak dimakan.

Pasta Petai
Menu Pasta Petai ini merupakan menu yang sering menjadi pilihan bagi pelanggan yang datang ke Luckin Kopi. Kadang-kadang sampai 'Sold Out' tau dek kerana permintaan yang banyak untuk menu ini. Pasta Petai ini memang lain dari yang lain dan mempunyai rasa yang padu dan menepati selera pelanggan yang datang menjamu selera di Luckin Kopi.

Geng Chow Chicken Bun (RM12.90)
 AM amat sukakan rasa dan kelembutan Bun ini. AM sarankan untuk yang datang ke Luckin Kopi untuk mencuba sendiri keenakan Bun ini.

Petai Bun (RM 12.90)
AM memegang antara menu yang wajib dicuba

Haaaa.. Tunggu apa lagi, Jom ramai-ramai kita ke Luckin Kopi yang beralamat di :

Luckin Kopi
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 016 – 3976898
Waktu operasi : dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 9 malam.

KATA ALONG MURNI

KAFE LUCKIN KOPI INI ANTARA KAFE YANG MENJADI PILIHAN ALONGMURNI KERANA MENU-MENU DI SINI AMAT UNIK 
DI SAMPING MEMPUNYAI RASA YANG SEDAP DAN 
ENAK DIMAKAN BERSAMA SEISI KELUARGA. 
AM HARAP LUCKIN KOPI AKAN MENYEDIAKAN 
SERVIS PENGHANTARAN MAKANAN 
DAN 'KIDS MENU' DI MASA HADAPAN. 
MOGA LUCKIN KOPI SENTIASA DAPAT KEKALKAN RASA 
DAN SERVIS YANG BAIK INI.  

23 comments:

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف كنب بالجبيل
شركة تنظيف موكيت بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالاحساء
شركة المثالية لتنظيف الكنب بالاحساء
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بالاحساء
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالاحساء

Cik Lily Putih said...

banyak betul pilihan menu sampai kak lily sendiri pening-pening nak rasa yang mana satu dulu nak makan. tapi pasta petai tuh memang rare betul, enak bangat seh!!

cc kak fas said...

Wah! Pasta pun dah ada petai sekarang mesti rasanya terangkat kan?

Azni said...

Hari tu member pergi dia kata kopi dia powerr.. memang nak kena terjah jugak nannti

mek yunie said...

mek sukakan interior nya. rasa nak pergi je jumpa kawan kawan blogger bila ke KL disember nanti. boleh tangkap gmbr lawa lawa kat sini.

ajumohit said...

bab makan memang saya takkan pernah say no kalau dah menunya pun semua menarik dan sedap. memang boleh cuba sangatlah ni, area klang valley plak tu, dah dekat dengan tempat kita

yaya_flanella said...

Pernah makan kat Luckin Kopi ni memang sedap dan paling best kedai dia kat luar nampak biasa tapi bila masuk dalam wow sangat dengan konsep kopitian moden gitu. Siapa selalu pergi area Pasar Seni memang wajib singgah

Qisstiera said...

Saja la tu tayang makanan. Tapi bagus juga AM share. Baru tau nak makan kat mana nanti bila jenjalan area sana. Tengok menu sedap-sedap dan harga berpatutan.

Ziana Eunos said...

nampak sedap semua makanan tu :)

www.duniafarisya.com said...

Tak pernah tahu pun ada Luckin Kopi dekat area Pasar Seni ni.Lepas baca baru tahu sis hehe.
Tengok menu semua sedap kemainn je hahaha.Boleh la singgah lepas ni kalau pergi KL

budakbandunglaici said...

amboi syoknya makan sampai sakan pose. oh dekat je dengan LRT pasar seni ye. boleh la naik public transport datang sini. pilihanan makanan pun banyak. nice sharing

Dikbee said...

restoran ni besttt...saya dah repeat kali kedua.. kali ni try menu soup plak. Kebetulan hari hujan, sedap betul hirup sup dengan kopi ais... hehe.

Wan Syahida Kahar said...

Huuu saya minat sangat kopiiii. Bestnya dapat menikmatinya di sini. Lagi lagi kalau pekena kopi O panas sewaktu hujan yang turun setiap hari sekarang. Hehe... luckin’ kopi harap one day saya dapat sampai..

كم said...

صيانة الاجهزة المنزلية في مصر
مواقع الصيانة

صيانة كريازي
صيانة اريستون
صيانة وايت بوينت
ا صيانة ال جي
صيانة وايت ويل
صيانة زانوسي
صيانة سامسونج
صيانة يونيفرسال


شركة MK
للتسويق الالكتروني
افضل شركة تسويق الكتروني
01015375663

AyuArjuna BiGoshh said...

Menarik juga semua menu kat sini. Suka dengan konsepnya yang cantai. Kalau datang lepak ngan kengkawan tempat sangat di recommed kan.

Illya LeYa said...

Menu yang dihidangkan sangat menarik dan tertarik untuk LeYa singgah suatu hari nanti. Thanks for sharing

Aerill Hassan said...

tengok ramai yang ke sini. nampak sedap menu2nya. nampak gaya macam nak kena terjah jugaklah tempat ni. nampak dekorasinya pun menarik.

I am Vee said...

Thank you for sharing! Next time I ajak kawan2 pi sama! I love this kind of cafe! Next time ajak sama sama ye~

Hanny Abdullh said...

Aduhai sedapnya makanan yang ada kat restoran ni, Tengok ramai jugak kengkawan yang dah pergi makan kat sana semua kata sedap. nanti nak try jugak lah

mazharalti said...

Menarik la konsep kedai kopi ni... Deko pun superb... Makanan nampak scrumptiously yummylicious dengan presentationnya tu... Bolehla nanti plan untuk ke sana...

Bonda Chanteq said...

Tgk menu dia pn dh terliur...sedap2 belaka...kalo p sana boleh laa singgah makan kt sini...

Lia Hasty said...

Best tengok makanan semua nampak sedap dan menyelerakan. konsep kedai pun menarik. Lepas ni kalau gi kl boleh singgah makan sini.

Mustafi Melawa said...

Hmmm dapnyaaa Nasi Ayam Lemak Salted Eggs, tapi sis xletak rega pon. sedih tite. hahahaa