Wednesday, 9 October 2019

MYNEWS: MENYEDIAKAN PRODUK MAKANAN ‘READY TO EAT’


MYNEWS: MENYEDIAKAN PRODUK MAKANAN ‘READY TO EAT’ 

BERINSPIRASIKAN MAKANAN JEPUN

MUDAH, SIAP TERSEDIA DAN SEDAP 

DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN


Kesibukan bekerja kadang-kadang membuatkan AlongMurni (AM) tidak berkesempatan untuk makan. Yelah, nak mengejar LRT takut terlewat ke pejabat.  Menyedari tentang permasalahan gaya hidup myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.

Baru-baru ni, AM telah dijemput ke satu majlis pelancaran di Kota Damansara yang myNEWS telah melancarkan makanan inspirasi dari Jepun yang siap untuk dimakan atau "ready-to-eat". Rantaian kedai runcit di Malaysia ini iaitu myNews Holdings Berhad  dengan bangga melancarkan pusat pengeluaran makanan yang diilhami oleh Jepun (FPC).


Pusat pengeluaran, yang beroperasi di bawah anak syarikatnya, myNews Ryoyupan Sdn Bhd dan myNews Kineya Sdn Bhd akan membekalkan produk makanan kesemua kedai myNews dengan pelbagai makanan siap sedia yang berkualiti tinggi.

Selain itu AM juga boleh mendapatkan minuman panas seperti kopi yang dibru secara segar, hot chocolate, cappucino dan pelbagai lagi dari myNEWS Maru Kafe sambil boleh menikmati pilihan makanan ringan yang dihidangkan dengan citarasa Malaysia antaranya, sandwinch, onigiri, bento, spaghetti dan macam-macam lagi yang ada di myNEWS.




Senang dan mudah bukan?? Bila semua dah tersedia siap untuk dimakan, memang sangat memudahkan AM untuk meneruskan rutin harian. Mana tidaknya sementara menunggu LRT dan Bas sampai, AM boleh makan dan alas perut dengan roti dari Kilang Maru Bakes myNews yang mempunyai rasa yang  lembut dan Onigiri yang sedap tue kan..

Tambah menarik bila nasi lemak dan laksa kari juga tersedia panas-panas lagi. Memang sedap kuah kari laksanya tau!! AM suka..

"Kami mahu para pelanggan kami mempunyai pengalaman serupa dengan kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand, di mana pelanggan boleh berjalan, mencari dan menikmati apa yang mereka mahu," kata Mr Dang Tai Luk, Group CEO of myNEWS Holdings Berhad.

Sejak penubuhannya pada Disember 1996, myNEWS telah berjaya berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara.


Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki pelbagai pilihan produk ‘Ready To Eat’ yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS.

PERKHIDMATAN MYNEWS DASH DELIVERY



Tambah menarik lagi, myNEWS kini ada membuat perkhidmatan penghantaran makanan. Jadi AM boleh teruskn kerja di pejabat sambil menjamu selera atau membuat tempahan untuk tetamu yang hadir untuk bermesyuarat. Perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH  disediakan untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan makanan yang diingini terus dihantar ke pintu pejabat atau rumah. Memang jimat masa, dan tenaga di samping kualiti produk makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Selain itu ada juga kemudahan aplikasi untuk kad keahlian para pengguna perkhidmatan servis myNEWS Applikasi yang memudahkan untuk  membuat pembayaran tanpa tunai dengan cepat dan mudah. Dengan adanya  applikasi ni, para pengguna myNEWS akan mendapat POINTS yang diperoleh dan menerima ganjaran istimewa tau!! Caranya sangat mudah. Kita hanya perlu muat turun myNEWS dan daftarkan sekarang di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


KATA ALONGMURNI

AM SUKA DENGAN KEENAKAN ROTI DI MYNEWS. 
BUKAN SAHAJA GEBU DAN LEMBUT MALAHAN 
HARGA YANG DITAWARKAN SANGAT MURAH DAN BERBALOI. 
AM TAK PERLU DAH NAK MENAHAN LAPAR DIWAKTU KERJA. 
SEKARANG DALAM BEG MEMANG TERSIAP SEDIA ROTI MYNEWS . 
KALAU TETAMU DATANG KE PEJABAT PUN AM CUMA PERLU MEMBUAT TEMPAHAN DAN INI SANGAT MEMUDAHKAN KERJA AM. 
MEMANG TERBAIK LA!!!


17 comments:

yaya_flanella said...

Yaya memang suka sangat style Ready-To-Eat yang ditawarkan oleh myNews ni. Sangat memudahkan orang yang berkerjaya yang tak sempat alas perut kalau ada kerja luar. Lepas ni senanglah terus cari lunch di myNews je. Siap ada microwave lagi untuk panaskan makanan

Nuna Abdullah said...

baru tahu ada syarikat yang tawarkan makanan ready-to-eat.tq atas info yg berguna ni

Suria Amanda said...

SA hari2 beli makanan ready to eat kat Mynews.com ni especially waktu pagi sebab SA suka sandwich diorang...pada SA ianya sangat mudah sebab SA hanya bawa bekal untuk lunch je..sarapan boleh beli kat sini..ada healthy food jugak...

Rawlins GLAM said...

Nie adalah lokasi paling best pernah Rawlins pergi - makana ada, komik ada, buku pun ada. Now makin bertambah sayang sebab dah ada RTE plak! Woowt woot!

Muhammad Naim Abdullah said...

Kalau di Kedah alangkah best kan. Terima kasih akak share maklumat sebegini, jika ada peluang Naim akan akan ke sana pada suatu hari nanti.

Mat Drat said...

Bagus ni...lepas ni senang nak Cari makanan ready to eat sbb mynews Ada yg dekat rumah.

Tq for sharing

Hanny Abdullh said...

Dekat je gan umah sis ni. Nanti nak gi beli bento, hari ni malas nak masak..hehehe. sis suka set bento dia..mcm2 pilihan n sedap pulak tu

Bonde Zaidalifah said...

Kalau hari bekerja,Mmg selalu pergi Mynews beli makanan ready to eat ni sebab sebab malas nak keluar lunch. Buat pilihan yg sgt bijak... sandwich makanan jepun akan buat kenyang jugakkan

Mahamahu said...

Kita suka juga beli kan makanan kat MyNews ni hehehe mamang banyak pilihan dan juga makanan sedap-sedap terutama kat bahagian Maru Cafe ni hurmm best-best...

Tengkubutang said...

wah.. terbaek lah MyNews.. memumudahkan golongan yang bekerja nak cari makan.. hehe.. sebab ready to eat.. ada banyak pilihan lak tu.. terbaek lah

عبده العمراوى said...



افضل شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
افضل شركات كشف تسربات المياه بالاحساء

Qisstiera said...

Apa apps mynews tu? Qiss memang selalu singgah kat mynews before masuk office. Kalau ada makanan sedap gini confirm Qiss nak cuba dulu. Semua nampak menyelerakan

mazharalti said...

Ready-To-Eat... yeay... suka sangat sebab mudah... dah tak payah nak tunggu lama-lama, tengok item yang kita nak ada kat rack, terus grab dan bayar kannnn... yang paling saya suka ialah part Delivery Dash tu... semakin rancak la mengorder from home gitu... hehehehe...

Decamellia said...

Nur tgh mood dan juga fasa malas nak masak skrg ni. Terbaik laaa ada mynews ready to eat ni. Nur mmg ready to buy je ni hahahaha

Lia Hasty said...

Wah mynews dah ada pelbagai pilihan makanan Yang banyak. Siap ada delivery lagi. Boleh lah pergi beli macam2 kat sana.

mek yunie said...

tak sabar nak ke KL hujung tahun ni nak masuk mynews ni. biasa memang masuk juga tapi untuk beli majalah je lah. tak pernah teroka apa ada dalam tu.

عبده العمراوى said...



شركة كشف تسرب المياه بالاحساء
شركة كشف تسربات بالاحساء