IRISA COSMETICS RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA DENGAN 5 RONA TERKINI MATTE LIP


IRISA COSMETICS : RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA 
DENGAN 5 RONA TERKINI MATTE LIP


Walaupun baru berusia setahun namun Irisa Cosmetics mula mendapat tempat dan perhatian. Malahan AlongMurni (AM)sendiri gemar dan selesa sebagai salah seorang pengguna produk Irisa Cosmetics.

Baru-baru ini AM berkesempatan untuk sama-sama hadir bagi meraikan ulangtahun pertama Irisa Cosmetics. Dalam tempoh setahun bertapak dalam industri , Irisa cosmetics telah menghasilkan 4 produk dan produk ke empat ini turut sama diperkenalkan semasa majlis sambutan ulangtahun pertama Irisa Cosmetics.



Produk ke 4 ini adalah pewarna bibir yang mempunyai lima pilihan pigmen rona yang mampu memberi kelembapan selama 24 jam berkenaan iaitu terdiri daripada pilihan dasar warna berani lagi menyerlah iaitu merah cili, merah bandung dan koral.



Di formulasi jauh dari Itali,  kandungan tekstur gincu bibir IrisA Cosmetics serasi dengan kulit bibir dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti cocoa butter dan minyak bungaan yang pasti memberikan kesan kelembapan dan matte di bibir si pemakai.



Sesuai dengan kematangan usia, variasi gincu bibir IrisA Cosmetics diabadikan di dalam bekas pewarna bibir yang lebih praktikal dan glam chic dengan menggunakan nama-nama filem Hollywood terkenal seperti Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray dan Clueless dengan tema OUR LIPS DON’T LIE.

MEAN GIRLS – KEMASAN MATTE
Kecapi keriangan kehidupan dengan pewarna bibir Mean Girls. Tidak ambil peduli akan realiti dunia, si pemakai Pewarna Bibir Means Grils merupakan seorang gadis yang berani dan optimis. Pewarna bibir ini menjadikan si pemakai lebih berkeyakinan. Rona: Pink Mauve.

BRING IT ON – KEMASAN MATTE
Si Pemakai pewarna bibir ini bijak dan tidak gentar adalah sikap dirinya. Bring It On – Kehidupan pastinya penuh dengan cabaran, hadapinya dengan penuh kepercayaan dan yakin diri. Cabar diri menggunakan pewarna bibir ini untuk lebih kuat. Rona: Warm Pinky Nude. 

LEGALLY BLONDE – KEMASAN MATTE
Si pemakai ini merupakan seorang yang seksi, lucu tetapi berdedikasi dan Legally Blonde. Definisi primadona sebenar adalah dirinya sendiri. Si Pemakai ini adalah bintang. Cabar diri anda untuk lebih glamor. Rona: Reddish Taupe.  

HAIRSPRAY –  KEMASAN MATTE
Yakin dengan diri sendiri, si pemakai adalah letusan tenaga dan warna. Usah risau dengan rambut yang tidak kemas, Hairspray kan ada. Cabar diri anda untuk lebih positif. Rona: Deep Plummy Beige. 

CLUELESS – KEMASAN MATTE
Si pemakai pewarna bibir ini tidak pernah Clueless dengan apa yang dia mahukan dan terus mengejar impiannya. Dia gadis yang ceria menyinari kegembiraan di setiap langkahnya. Cabar diri anda untuk lebih teruja. Rona: Firebrick Red

Semua 5 variasi pewarna bibir IrisA Cosmetics telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pastinya dijamin Halal.



Bagi meraikan ulang tahun pertama IrisA Cosmetics, jenama itu telah mengundang jurusolek professional pilihan wanita urban masa kini, Nad Ismail atau lebih dikenali dengan @NVDISM.
Nad Ismail telah menunjukkan tutorial solekan yang sempurna untuk sang gadis mahupun wanita bekerjaya dengan menggunakan 5 rona piilihan IrisA Cosmetics di hadapan rakan media dan tetamu undangan majlis berkenaan.


Penyanyi Nourul turut menggunakan Produk Irisa Cosmetics
Acara penuh ekslusif dan lebih mesra ini turut menampilkan wajah-wajah popular di platform digital antaranya penyanyi Nourul Depp (@nouruldepp), pelawak terkenal Viviana Abdullah (@vivianaabdullah) dan bintang-bintang sosial media cantik menawan Myra Muzaffar (@myramuzaffar), Erysha (@eryshaemyra), Rafidah (@rafidaaaaaaaah) dan Nigeena (@nigeena).



Iman dan Irisa (Pengasas Produk Irisa Cosmetics)

IrisA Cosmetics diasaskan oleh 2 adik-beradik muda bergaya iaitu Iman, 18 dan Irisa, 16 dalam meneruskan legasi perniagaan milik kedua-dua ibu bapanya menerusi Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah dari bahan semulajadi dan organik, Serasi Handmade.



IrisA Cosmetics telah dilancarkan pada Oktober 2018 dan membawa misi untuk memperkembangkan formulasi produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semulajadi dan dari tumbuh-tumbuhan, bebas paraben dan tidak diuji pada haiwan.


“Kami mahu menyemarakkan rovolusi dikalangan generasi muda untuk lebih berkeyakinan dan sentiasa percaya dengan kecantikan tanpa menjejaskan kualiti, etika dan nilai kehidupan sebenar.
“IrisA adalah glamor, berkuasa, berani, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa meraikan silaturahim, cinta dan juga kehidupan,” kata dua beradik berkenaan.

AM bersama dengan pengasas Produk Irisa Cosmetics iaitu Iman dan Irisa 


Kemunculan IrisA Cosmetics juga diharap dapat melahirkan lebih banyak produk kecantikan sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit sensitive tetapi tetap trendy selain mudah dibawa meskipun di dalam poket yang kecil.

Di awal kemunculan, IrisA Cosmetics telah hadir bersama 5 pewarna bibir Flux Matte Lip Cream, diikuti dengan pembayang mata Pressed Powder Eye Shadow dan diikuti Pressed Powder Highlighter.




Kesemua produk Irisa Cosmetics boleh didapati dalam harga mampu milik iaitu bermula dari RM33 sehingga RM188 .

KATA ALONGMURNI

AM SANGAT MENYUKAI PRODUK IRISA COSMETICS. 
DENGAN PENGHASILAN PRODUK KE 4 IAITU
 PEWARNA BIBIR YANG BEGITU MENARIK DAN 
MUDAH DIBAWA DI DALAM POKET KECIL. 
KELIMA-LIMA PEWARNA BIBIR INI A
MAT MUDAH DISESUAI DAN DIGAYAKAN OLEH AM UNTUK 
KE MAJLIS, ACARA TERTENTU MALAHAN KE PEJABAT.
 ❤❤❤

Post a Comment

10 Comments

  1. Ann suka matte lips yang colour nude nude!! Kalau dulu tak suka pakai skg kalau nak keluar rasa x lengkap kalau tak pakai matte lips

    ReplyDelete
  2. Bestnya AM! Memang tak lengkap rasanya keluar tanpa lipstick hehe.. Saya suka warna nude. Biasa beli kat drugstore je. Mungkin kalau terjumpa Irisa punya lipstick boleh la try

    ReplyDelete
  3. Kagumnnya dengan pengasas Irisa ni ye, muda belia lagi baru 16 dan 18 tahun. Semoga terus menapak maju dalam perniagaan hendaknya :)

    ReplyDelete
  4. Selamat ulang tahun irisa cosmetik. tak sangka ya muda-muda dah boleh jadi pengasas. btw cantik betul kaler2 dia

    ReplyDelete
  5. First time baru tau jenama Irisa ni. Color lipstik dia cantik-cantik.

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik .. tak pernah dengar lagi brand ni. Ada peluang nak try , nanti tty cari sebab color cun !

    ReplyDelete
  7. Cantek2 warna dia suka temgok. Produk lokal yang boleh pergi jauh ke hadapan yang menariknya diterajui oleh usahawan muda

    ReplyDelete
  8. Tahniah atas ulang tahun pertama! Semoga selepas ini produk IrisA Cosmetic dapat melangkah jauh setanding dengan jenama lain di pasaran.

    ReplyDelete
  9. Congratulations!! Never have a product from IrisA before, maybe I should buy and join the hype. <3

    ReplyDelete
  10. Eh. Nampak menarik la kemasan lipstick dia. Rawlins macam teringin nak pakai Mean Girls tu. Tahniah Irisa di atas ulangtahun pertama dan moga terus maju.

    ReplyDelete