LOST WORLD OF TAMBUN: PERCUTIAN MENARIK CUTI SEKOLAH


LOST WORLD OF TAMBUN: PERCUTIAN MENARIK CUTI SEKOLAH

BARBIE DAN HOT WHEELS KINI KEMBALI


Cuti sekolah telah bermula. Pasti banyak perancangan ibu bapa bagi anak-anak mereka. Lagipun dan mula hujung tahun. Jadi semua cuti yang terkumpul nak kena habiskan sebelum penghujung tahun. Jadi kali ini AlongMurni (AM) ingin sarankan pada para ibu bapa untuk bawa anak-anak ke Lost World Of Tambun (LOWT).


Lost World Of Tambun kini menjadi taman tema yang pertama yang bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019. Menarik kan??


BARBIE – “YOU CAN BE ANYTHING”
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK UNTUK GADIS CILIK

Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis.





Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Anak-anak juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu. Anak-anak pastinya akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anak-anak juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!

HOT WHEELS – CHALLENGE ACCEPTED
AKTIVITI UNTUK ANAK-ANAK CILIK DAN LASAK








LOWT juga membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Anak-anak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek . Anak-anak juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels. Memang menarik kan??


Turut sama menjadi kanak-kanak riang bersama Belon.. Hehehehe

Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.

"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.  Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur "kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

En Nurul Nuzairi (Pengurus Besar LOWT) merasmikam majlis pembukaan Kemunculan Barbie dan Hot Wheels
Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.




Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark boleh didapati di www.sunwaylostworldoftambun.com  

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagi sesiapa yang ada anak anak yang minat cengab Barbie atau Hitwheeks boleh lah bawa mereka bercuti kat Lost world of Tambun ini. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  2. Menariknya, saya masih kanak-kanak dulu memang suka patung barbie cantik dan cute jer, kalau dapat datang Tambun mesti best, tahniah Tambun sebab adakah program macam ni pada cuti sekolah dapatlah peminat2nya datang tengok sambil mandi manda

    ReplyDelete
  3. Best sangat sangat. Mek last ke tambun 2011 rasenya. InsyaAllah repeat 2020 pulak. Bila ke sini ada costume and theme macam ni best lah sikit kan.

    ReplyDelete
  4. EE suka la dengan barbie. Barbie semua warna pink, saya memang gila pink. hehehe, masa kanak kanak dulu, nak beli barbie ni, mahal betul. Sekarang pergi event barbie baru syok, ye la dah tua. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Nampak meriah betul percutian AM di tambun nie ya. Baru je singgah bercuti haritu. Tp xde tarikan yg nie lagi. Nak kena repeat lagi nakpaknya nie

    ReplyDelete