Thursday, 14 November 2019

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA: PEMERKASAAN PROGRAM SENI KEBUDAYAAN


PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA: 
PEMERKASAAN PROGRAM SENI KEBUDAYAAN


Masih Permainan Tradisional seperti batu Seremban, Galah Panjang, Ting Ting, Baling Selipar, Congkak dan permainan tradisi lain. Semasa kecil AlongMurni (AM) bermain permainan tradisi pada waktu petang selepas pulang dari sekolah dan yang paling meriah ada hujung minggu bersama dengan jiran-jiran pelbagai kaum. Seronok dan penuh dengan gelak ketawa dan sampai sekarang AM masih ingat kemeriahan bermain permainan tradisional ini.



Kerajaan Negeri Selangor berkerjasama dengan penggiat-pengiat industri pelancongan, seni dan budaya melakukan usaha yang komprehensif berkenaan dengan seni budaya yang mempunyai potensi besar dan  dapat menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih holistik. 

Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan. Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.


Baru-baru ini AM berkesempatan meluangkan masa semasa majlis Pelancaran PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA yang telah diadakan di Summit USJ Subang dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari Beliau merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.

PERTUBUHAN IKATAN MUAFAKAT SERUMPUN selaku penganjur telah melaksanakan program menarik secara bersepadu melibatkan kerjasama pelbagai rakan strategik terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Program ini turut sama dihadiri oleh YBrs Ahmad Firdaus Bin Dato’ Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia, YBrs Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Prof Madya Sahar Sa’Adi Bin Hashim, Rektor Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar dan YBrs Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

"tugas memperkasakan bidang kebudayaan ini menjadi tanggungjawab bersama sama ada diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan NGO melalui program-program pengembangan budaya yang lebih berkesan. Ia perlu dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan teratur melalui penglibatan sektor pendidikan, pelancongan dan lain-lain yang berkaitan bagi memastikan seni, budaya dan warisan terus kekal relevan dan diwarisi sebagai satu kebudayaan yang bernilai oleh generasi akan datang"
Ucapan dari Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) dan
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.

Pelbagai program telah di sediakan termasuklah pertunjukan tarian seni dan budaya Malaysia (JKKN) demo Masakan Budaya oleh Chef Selebriti Iskandar, aktiviti permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, baling selipar, lompat getah dan aktiviti jualan. Majlis di meriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan Bob Yusof , Akademi Fantasia.

#MerakyatkanSeniBudaya #VisitMalaysia2020 #VM2020 #CuticutiMalaysia



KATA ALONGMURNI

PROGRAM SEUMPAMA INI SANGATLAH MENARIK PERHATIAN AM 
DEMI MEMELIHARA DAN MEMPERKASAKAN SENI BUDAYA KITA. 
PENGLIBATAN SEMUA PIHAK DARI PELBAGAI SEKTOR DAN INDUSTRI AKAN MENGIMARAHKAN LAGI PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA INI. AM BERHARAP SEMUA PIHAK AKAN MENYOKONG PROGRAM INI DAN BERTERUSAN TERUTAMANYA DI KALANGAN GOLONGAN MUDA.


17 comments:

Mawardi Yunus said...

menarik dan bagus pendekatan penganjur. harus ada banyak lagi program seumpama ini supaya budaya kita tidak hilang diarus zaman.

Nik Nurehan said...

Bagus ni. Mainan rakyat. Anak anak kita bukan biasa dengan barang barang lama ni. Paling senang amik contoh congkak. Zaman kita bdk dulu ada la beli di pekan rabu, alor setar.

Fadima Mooneira said...

Awesome! I love this kinda program. I think our government should conduct more this kinda program. It’s about art and culture. Thank you for sharing. Xoxo.

Rin said...

Salam along, terima kasih atas perkongsian. Bagus program-program sebegini. Agar generasi sekarang tidak lupa akan tradisi kita. Permainan congkak kegemaran saya sehingga kini!😍🎈

shamiera osment said...

Rindu zaman main batu seremban n congkak camni..anak2 Ami batu seremban pandai juga main tapi kurang minat dah.. bagus ada program ni utk anak muda sekarang.

Cik Min said...

Memang bagus program camni. Hehe atleast leh kenal tarian darling-darling tu

Bella Jamal said...

Masa kecik memang tak de keje lain. Memang main permainan tradisional sampai ke petang. Tak jemu2 ye. Sampai kene jerit balik rumah baru stop main. Hahahaha. Tak tahulah kat ibu kota ni ada ke yang kenal permainan ni.

Fadzil Ahmad said...

Wah. Lama tk main perMainan tradisi mcm congkak, batu seremban dan lain2. Dekat mana yg selalu ada games warisan ni ? Mcm nak join la. Karom games warisan jgk ke? Tanya je

Lala Kerry said...

Seronoknya dapat imbas kembali zaman kanak2 ni. Dulu I love playing these games with my siblings and cousins. Tapi after semua sibuk bekerja, tak pernah main lagi. Macam zaman skg ni jarang yng still play this maybe some tak tahu pun tentang ni. Tapi thanks for the good read. If not saya mesti dah lupa banyak tntang ni.

Mahamahu said...

Bagus ada program seperti ini memperkasakan lagi permainan seni warisan dari dulu kala yang melambangkan akan budaya seni kita tiada kat luar sana. Kenapa kita nak agungkan e-sport sahaja fokus kepada pemainan macam ni lagi bagus...

Aerill Hassan said...

Kalau tak hari tu saya pergi jugak program nim tapi sebab ada urusan lain yang kena selesaikan. kalau tak boleh join kawan blogger semua.

Dikbee said...

Bila sebut semua permainan tradisional tu rasa rindu pulak dengan zaman kanak-kanak. Tapi tu la sayang kan budak2 zaman sekarang dah tak berapa tahu pasal permainan ni. Tengok la ritu, mcm mana budak2 tu duk main dengan getah yang panjang tu. Depa duk belit-belit kat badan je. Ha, bila kakak2 dgn abg2 tunjuk skill ternganga diorang ^_^

Mimie said...

Baguslah program swperti ini diadakan. Menghidupkan kembali adat budaya dan seni Melayunkepada masyarakat nak nak bab permainan tradisional. Macam saya pun akan ajak anak anak main permainan tradisional seperti congkak dan seremban. Supaya permainan tradional melayu lama tidak dilupakan.

aliah said...

wahh, besnya. Lama tak main congkak. Rindu zaman kanak kanak dulu. Sekarang wajib didik anak anak dengn permainan tradisional , baru mereka tahu adat dan budaya zaman dahulu.

Syiera Firdaus said...

Lamanya tak main permainan ni. Masa kecik dulu ja main batu seremban dgn congkak. Bagus la ada program macam ni

mek yunie said...

untungnya AM dapat join event macam ni. beberapa game yang AM sebut tu ada yang mek tak pernah main pun. huhu. kids era 90 dah kurang main kat luar rumah. event macam ni perlu diperkasakan disetiap negeri.

Nadia Johari said...

Kita masih main permainan tradisional ni..best tau..janganla dilupakan..ni ajar anak main sekali..hehehe..bgus dia program mcm ni..