SOFTSUPPLIES SDN BHD: INOVASI TEKNOLOGI PENGIKLANAN TERKINI


SOFTSUPPLIES SDN BHD: INOVASI TEKNOLOGI PENGIKLANAN TERKINI

FAN 3D HOLOGRAM

MURAH, FLEKSIBEL DAN MUDAH DIPASANG

AM bergambar bersama Fan 3D Hologram
Seringkali bila berjalan sambil cuci mata, AlongMurni (AM) dapat melihat perkembangan teknologi yang pesat di Malaysia terutamanya teknologi Hologram 3D. Kalau nak tahu, Hologram adalah produk dari teknologi holografi. Hologram terbentuk dari perpaduan dua sinar cahaya yang koheren dan dalam bentuk mikroskopik. Hologram bertindak sebagai gudang informasi optik. Informasi-informasi optik itu kemudian akan membentuk suatu gambar, pemandangan, atau adegan.

Hologram merupakan jelmaan dari gudang informasi (information storage) yang mutakhir. Kelebihan hologram ialah ia mampu menyimpan informasi, yang di dalamnya memuat objek-objek 3 dimensi (3D). Tidak hanya objek-objek yang biasa terdapat di foto atau gambar pada umumnya. Hal itu disebabkan prinsip kerja hologram tidak sesederhana lensa fotografi. Hologram menggunakan prinsip-prinsip difraksi dan interferensi, yang merupakan bagian dari fenomena gelombang.

AM mendekati Softsupplies Sdn Bhd untuk memahami dan mengenali Hologram 3D dengan lebih dekat.  Softsupplies Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang memberikan konsultasi penyelesaian IT (IT Solution Company) untuk memberikan inovasi teknologi terkini dengan lebih berkesan dalam teknik pengiklanan dan pemasaran.

khusyuk AM mendengar penerangan dari Softsupplies Sdn Bhd
Uniknya tentang Fan 3D Hologram keluaran Softsupplies Sdn Bhd ini adalah menggunakan kad SD atau WiFi untuk membolehkan video 3D muncul terapung di udara. Imej 3D yang terhasil akan lebih memukau dan mempunyai WOW Faktor apabila disiarkan.

Fan 3D hologram boleh digunakan dan ditempatkan di pusat membeli-belah, kedai, pameran dan tempat promosi pemasaran untuk menarik perhatian pelanggan. Ini adalah salah satu pilihan terbaik jika ada pemilik produk atau perkhidmatan yang ingin meningkatkan jualan mereka dan menerima pendedahan jenama yang tinggi dengan cara yang inovatif!



Ciri-ciri yang terdapat pada Fan 3D Hologram
  • Diameter 65 cm
  • Paparan Hologram Resolusi Tinggi
  • Amazing Visual Holographic Enjoyment
  • Teknologi paparan berputar LED inovatif membawa pengalaman visual holografik yang mengagumkan

Jadi dengan sewaan serendah RM300 sehari, impak pada pengiklanan dan pemasaran terhadap produk akan lebih berkesan. Malahan penggunaan Fan 3D Hologram ini adalah lebih praktikal dan menjimatkan tenaga kerana ianya hanya menggunakan LED sebagai punca kuasa. Tambah menarik ianya mempunyai elemen ‘Waterproof’ tau!!

Nak tengok video-video menarik boleh klik ke  YOUTUBE CHANNEL SOFTSUPPLIES SDN BHD




Untuk sebarang tempahan dan info lanjut boleh layari:

SOFTSUPPLIES SDN BHD
No telefon: 012-7234383



KATA ALONGMURNI

APABILA AM MENDEKATI DAN MENGETAHUI PERIHAL FAN 3D HOLOGRAM
 DAN IMEJ YANG TERHASIL, AM RASA KAGUM 
DAN IANYA MEMANG MERUPAKAN SATU INOVASI TERKINI UNTUK
 TUJUAN PENGIKLANAN DAN PEMASARAN. 
FAN HOLOGRAM 3D KELUARAN SOFTSUPPLIES SDN BHD INI 
BERCIRIKAN MUDAH PASANG, FLEKSIBEL, WATERPROOF DAN 
YANG PALING PENTING IANYA SEMURAH RM300 UNTUK DIGUNAKAN. 
BETUL-BETUL 'BARANG BAIK' TAU!!!!

Post a Comment

17 Comments

  1. Dah mudah nak iklankan produk sekarang. Qiss pernah tengok gimik pelancaran pakai 3D hologram LED fan Display ni. Terbeliak juga biji mata tengok inovasi terkini. Sesuai dengan premis dalam shopping mall kalau nak tarik pelanggan kan

    ReplyDelete
  2. cantik animasi dari 3d hologram ni.. cuma orang ramai tak tahu dengan teknologi begini. hasil hologram memang macam hidup..

    ReplyDelete
  3. Menarik gadget 3D nie. Saya pun kagum tengok. Thank you for sharing your review. Have a good day and take care.

    ReplyDelete
  4. Kalau orang berniaga, memang bagus ada gadget mcm ni. membantu dalam marketing produk. sebab imej produk pun memainkan peranan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli..

    ReplyDelete
  5. Menariknya kipas nie. Boleh la nak gunakan untuk acara perasmian kan. Gempak kot kalau pakai kipas gini.
    Agak-agak murah tak sewaannya?

    ReplyDelete
  6. Interesting LED fan display. Will recommend to my friends to try this out.

    ReplyDelete
  7. Admire gak dengan 3D hologram LED Fan Display ni. Nanti nak share dengan bos tempat kerja sebab best sangat bila buat gimik perasmian. Look so innovative gittew !!

    ReplyDelete
  8. Belum pernah jumpa lagi Hologram Ads ni kat mana-mana. Memang nampak lebih menarik dan hebat kalau guna menda alah ni buat promosi masa event. Untuk company yangada budget sewaan RM300 kira ok dah tu ka.

    ReplyDelete
  9. Wow nampak macam piring biasa je tapi nice betul teknologi ni

    ReplyDelete
  10. First time tahu pasal ni. Kalau nampak kat shopping mall pon macam tak alert pasal alat ni. Bagusnye teknologi sekarang ye

    ReplyDelete
  11. menarik teknologi terbaru ni, tambah lagi jenis senang pasang. memang flexibly la orang nak guna. boleh tahan murah harga sewa kipas 3d hologram ni

    ReplyDelete
  12. Menarik teknologi baru ni, kite pon baru pertama kali tengoj hologram ni dekat sini! thank you Am kongsikan berkaitan info nih!

    ReplyDelete
  13. pergh menarik tengok video tu cara dia tunjukkan benda ni berfungsi..kalau perniaga ambil mesti orang ramai tertarik..yela unik dan lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  14. Pertama kali melihat teknologi hologram sebegini. Sangat menarik dan inovatif. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  15. Menarik juga baca perkongsian ni, dulu dulu Mat Drat lihat 3D pun dah rasa hebat, sekarang dah ada Hologram. Memang perlu bergerak seiring dgn peredaran Masa dan teknologi, baru tak ketinggalan.

    ReplyDelete
  16. nampak menariklah produk nie. macam tengok real punya. baguslah sekarang teknologi makin advance dan semuanya makin canggih dan real

    ReplyDelete
  17. murah harga sewa untuk hologram ni tambah pula ada kelebihan waterproof. Boleh guna untuk company yang suka buka outdoor booth atau join mana-mana festival. Makin improving teknik pemasaran sekarang.

    ReplyDelete