URBAN NOMADS: HASILKAN FENOMENA 3SIXTY VR CARDBOARD


URBAN NOMADS: HASILKAN FENOMENA 3SIXTY VR CARDBOARD

MURAH, LEBIH EKONOMIK, MUDAH DILIPAT DAN 
SENANG DIBAWA KE MANA SAHAJA

BOLEH DIREKA BENTUK MENGIKUT CITARASA PENGGUNA



Siapa pernah tengok Filem Ready Player One 2018 yang diarahkan oleh Steven Spielberg yang diadaptasi dari Novel Ernest Cline tentang permainan Virtual Reality (VR) yang dikenali sebagai OASIS. Selalu AlongMurni (AM) tengok dalam TV dokumentari perihal VR ini. Yelah, VR merupakan teknologi terkini yang mampu memberikan gambaran sebenar sesuatu tempat, kawasan, produk dari sudut pandangan 360’.  Jadi AM merasa teruja bila AM dijemput untuk mengenali teknologi terkini VR ini secara dekat.

AM dan blogger lain diberi penerangan ringkas perihal VR Cardboard
Teknologi terkini VR yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dinamakan URBAN NOMADS sejak tahun 2016 menghasilkan 3SIXTY VR Cardboard yang lebih ekonomik, mudah dan senang dibawa ke mana-mana. Tambah unik lagi bila URBAN NOMADS menawarkan perkhidmatan ‘custom design’ bagi setiap pelanggan .

Sejak penubuhan URBAN NOMADS, banyak syarikat besar dan ternama menggunakan servis perkhidmatan yang ditawarkan dengan meletakkan jenama tersendiri pada VR Cardboard. Antaranya adalah MAYBANK, KIDZania, MAXIS, Lemabaga Pelancongan Singapura, Monash University Australia dan banyak lagi syarikat seperti GOOGLE.




Segalanya mudah di URBAN NOMADS . Hanya membuat pesanan VR Cardboard yang diingini dan pihak URBAN NOMADS akan membimbing dari segi reka bentuk design dan meletakkan logo syarikat atau brand tersendiri pada VR Cardboard. Penghasilkan dan proses penghantaran produk yang terhasil mengambil masa lebih kurang 10 hari.

AM bersama dengan Mr Juan (Pengasas URBAN NOMADS)

3SIXTY VR Cardboard dibina menggunakan Cardboard E-flute yang berkualiti. Jadi Cardboard jenis ini lebih nipis dan tahan lama. Jadi ianya senang dilipat dan dibawa ke mana-mana. Ianya juga memudahkan proses mencetak pelbagai reka bentuk pada kadbod dengan menggunakan pelbagai teknik percetakan tanpa merosakkan ketahanan VR Cardboard. Memang terbaik dan menjadi pilihan.

Kepada yang berminat untuk membuat pesanan dan info lanjut perihal produk VR keluaran URBAN NOMADS ini boleh layari  Facebook https://www.facebook.com/3sixtyVR/  atau Laman Web http://360vrcardboard.com/


KATA ALONG MURNI

PERTAMA KALI AM MENGENALI KONSEP DAN 
PENGGUNAAN VIRTUAL REALITY CARDBOARD KELUARAN URBAN NOMAD BUATKAN AM RASA TERUJA.
 DENGAN HARGA YANG MURAH, SENANG DILIPAT DAN 
DIBAWA KE MANA SAHAJA TERNYATA 
IANYA SATU TEKNOLOGI SUDUT PANDANGAN 360 DARJAH 
PASTI MENDAPAT SAMBUTAN UNTUK DI GUNAKAN 
DALAM SEBARANG MAJLIS ATAU ACARA TERTENTU.


Post a Comment

7 Comments

  1. Bagi mereka yang suka dengan teknologi VR ini tentu minat. Kita kurang minat sebab pening jika tengok VR ni hihi

    ReplyDelete
  2. wah kena beli satu ni. last time BBL pun ada cuma dah rosak patah sebab terjatuh. bila guna kotak ni mesti lagi tahan lasak..

    ReplyDelete
  3. Wah. Macam best je. Rawlins nak satu please. Boleh la nak menonton movie kegemaran Rawlins sendiri guna VR nie. Dah la boleh bawa ke mana-mana.

    ReplyDelete
  4. mula mula mek baca macam tak faham sebab kotak tap VR? lepas tu baru faham dan bersetuju dengan kata kata AM. memang canggih dan unik.

    ReplyDelete
  5. Menariknya. Cam unik pula bila tgk gadget dari kotak. Cantek dan bergaya. Vr o i makin perluas penggunaannya

    ReplyDelete
  6. wahh .. makin maju teknologi2 kita sekarang. dh boleh bertanding dgn negara2 luar. bangga pulak jadi rakyat malaysia .. moga terus sukses n keluarkn byk produk mcm ni

    ReplyDelete