VITAMINE: SEGALANYA MUDAH, SELAMAT DAN KUALITI TERJAMIN


VITAMINE: SEGALANYA MUDAH, SELAMAT DAN KUALITI TERJAMIN
PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK TUBUH BADAN



Bila dah semakin menginjak usia, macam-macam simptom sakit mula AlongMurni (AM) rasakan. AM juga dah mula rasakan kekurangan vitamin dan zat zat yang diperlukan oleh badan. Pendek kata bila dah semakin tua, macam-macam sakit datang yaaaa.. Haisshhh..

 Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini.

Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.

AM selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan.

Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah  kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.

Namun kesibukan kerja yang sering perlukan AM mengejar masa sering menghalang AM dari terus mengambil supplemen. Yelah, nak ke farmasi yang terdekat dan pemeriksaan tahap kesihatan tubuh badan perlu sentiasa dilakukan.


Baru-baru ini AM telah diperkenalkan dengan APLIKASI VITAMINE di https://vitamine.com.my . Mudahnya perihal perkhidmatan VITAMINE ini adalah pihak VITAMINE akan memberi khidmat nasihat dan mengesan kekurangan vitamin dan zat di dalam badan AM. Setelah di analisa vitamin yang sesuai dan diperlukan oleh badan AM, jadi supplemen akan di hantar terus ke pejabat mahupun rumah AM pada setiap bulan. Mudah bukan??



Tambah unik lagi bila segala zat dan vitamin yang diperlukan AM telah siap di packing. AM hanya perlu koyakkan sachet. Tak perlu lagi nak bawa 1 botol padahal cuma nak makan sebiji tablet sahaja. Kiranya siap sedia tersedia untuk AM sahaja. Bagus kan?? Rasa macam ada personal Doktor pulak. Sachet yang comel itu juga senang dibawa ke mana-mana dan diletakkan dalam beg AM. Rasa sempurna dan tersusun segala keperluan AM. Tak perlu lagi nak usung ke mana-mana dengan berat berat yang ada 3 botol vitamin lagi. Senang dan mudah. Bahagianya hidup!!!

Perbezaan Harga 
Dan yang paling penting pil-pil suplement masih sama seperti yang selalu AM beli kat farmasi cuma boleh dapat dengan harga yang lebih murah tapi kualiti dan khasiat masih sama. 




Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih drastik kesannya ke atas mereka.
Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan.
Jadi pilihlah untuk jalani hidup dengan lebih sihat agar segala urusan dan kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna dan terbaik.


Sebarang info lanjut boleh layari Web Vitamine: https://vitamine.com.my

Atau datang sendiri ke Pejabat Vitamine di
LC-22-3a, Empire Damansara Soho 1,
Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +60176617127 atau +60123571690
E-mail: hello@vitamine.com.my

Post a Comment

19 Comments

  1. Wahh bagusnya! Siap bagi konsultasi tentang vitamin apa yang kekurangan dalam badan. Boleh cuba juga ni sebab kita selalu konsum produk tanpa pasti pun apa sebenarnya yang badan kita perlukan. Thank you for sharing this, kak!

    ReplyDelete
  2. Eh bagusnyan ni murni! Sebab ada konsultasi lagi apa jenis vitamin yg kurang dlm tubuh kte!

    ReplyDelete
  3. bagus juga ada produk supplement mcm ni.. senang nak bawa dan senang nak guna

    ReplyDelete
  4. This is so convenient! But is it effective? Don't mind me asking.

    ReplyDelete
  5. Makin banyank supplement sebegini. Kalau nak makan, kena pergi check dan dapatkan nasihat doktor dahulu. hehe.

    ReplyDelete
  6. Warghh, hanya dihujung jari je multivitamin terus sampai kat rumah . Mempermudahkan dan menjimatkan masa untuk ke farmasi .

    ReplyDelete
  7. Satu lagi inovasi terbaru. Senang dan memudahkan cara! Terbaiklah. Terima kasih atas perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  8. Kita pun mencari juga produk supplement macam ni untuk orang yang usia lanjut ni hehehehe orang laki boleh makan juga lah yer rasa sedap tak hehehehehe... kita takut sikit kalau ada rasa masam...

    ReplyDelete
  9. Setuju yang kita kena ambil dari sumber segar dan juga supplement. Yang segar tu biasa dah masak, vitaminnya dah hilang semasa memasak. Mudah juga dalam bentuk sachet ye, bawak botol berat. Tak pun kena makan di rumah ajelah. Nak beli jugalah mcm AM.

    ReplyDelete
  10. Siap ade apps ye..pastu kotak dia mcm tu..eh menarik pulak..nanti nak usha la tengok..mana tau berkenan kan..vitamin memng kita perlukan ..yela usia makin enginjak ni..perlukan pertolongan suplement juga

    ReplyDelete
  11. First time dengar pasal vitamine ni. Macam menarik je. Bolehla cuba vitamine ni nanti. Dah makin berumur ni memang suka amalkan supplement. Nak kekal awet muda dan cantik. Hihi

    ReplyDelete
  12. Packaging dia cantik sgt. Mcm bukan packaging supplements. Lagi best siap ada apps lagi. Bertambah best supplements ni. Menjadi pilihan ramai gitu!

    ReplyDelete
  13. Best kan ciptaan sebegini. Senang nak ingat pemakanan dan tak perlu pening yang mana satu kena makan awal. Bagi parents pun lebih senang, takde la nak kena set alarm selalu.

    ReplyDelete
  14. Betul murni. Qiss banyak ambik Vitamin semua botol berat-berat. Kalau ada vitamine yang ni jadi mudah Qiss nak travel nanti kan. Qiss nak tengok vitamin apa yang sesuai. Nak order terus

    ReplyDelete
  15. Bagusnya produk gini. Best sgt. nama vitaMine pun catchy sangat.. Easy travel product is good. Bice sharing. Thank you yaaa!

    ReplyDelete
  16. So far tak pernah lagi jumpa supplement macam ni. Siap personalized ikut keperluan badan kita. lagipun senang nak bawak ke mana2. So, xde la termiss makan vitamine ni

    ReplyDelete
  17. Menarik juga bila ada suplemen mcm ni. Untuk kecantikan dan kesihatan, mmg perempuan harus amik..

    ReplyDelete
  18. first time dengar produk ni, memang suplemen bagus diambil, terutama untuk pencegahan.

    ReplyDelete
  19. wah menarik boleh monitor kesihatan melalui apps. Teknologi makin hebat dan memudah kan kita. btw senang la nak check kesihatan diri kan.

    ReplyDelete