HAQQI: MAJLIS PELANCARAN BUTIK HAQQI CAWANGAN BANGI


HAQQI : MAJLIS PELANCARAN BUTIK HAQQI CAWANGAN BANGI

BUTIK PAKAIAN MENAWARKAN DAN MENJUAL KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH

PAKAIAN YANG BERFESYEN ISLAMIK BAGI LELAKI DAN WANITA



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Butik Haqqi cawangan Bangi. Cawangan Butik Haqqi di Bandar Baru Bangi itu baru sahaja tiga minggu beroperasi di lokasi baharu yang lebih strategik iaitu di Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral.


Mesti ramai yang sedia maklum dan mengenali jenama Haqqi kan? Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Haqqi dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa untuk bersama membangunkan Haqqi yang kini telah berjaya menapak di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.

Tahun ini merupakan tahun ke empat Haqqi telah bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dan akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah kepada masyarakat sekaligus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi.

MAJLIS PELANCARAN HAQQI BANGI


Pada majlis itu, Butik Haqqi dan KTHB menandatangani memorandum persefahaman menyambung kontrak kolaborasi selama tiga tahun.





Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama-sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi. Kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan dibawa di masa hadapan. 

Dr Fitri Haris yang sebelumnya adalah Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. Dengan kepercayaan kedua-dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai.







Tahniah AM ucapkan buat Butik Haqqi atas pembukaan dan pelancaran cawangan Bangi ini. Semoga perniagaan makin berkembang dan lebih banyak cawangan dibuka sekaligus dapat memberi akses kepada rakyat Malaysia secara umumnya untuk membeli kelengkapan Haji dan Umrah dengan mudah.



Jom bershopping di BUTIK HAQQI BANGI

Boleh juga jengah di LAMAN WEB : https://haqqi.com.my/ untuk melihat koleksi terkini dengan harga yang menarik.


Post a Comment

15 Comments

  1. tak tahu pulak butik haqqi ni ada sponsor peserta gema gegar vaganza! Patut lah famous brand ni. Ada jugak belek harga, memang murah.

    ReplyDelete
  2. Banyak design dan mewah dengan pelbagai color baju Haqqi ni kan...kat JB rasanya dah ada kot..nanti nak gak le tengok-tengok, boleh belikan untuk anak bujang dan Suami..

    ReplyDelete
  3. Butik Haqqi ni memang terkenal dgn jualan muslimah... belum pernah g yg kat Bangi ni tapi di Kl ada lah kunjung gak. Tak lama lg mesti ramai yg berkunjung nak beli siap utk Raya kan.

    ReplyDelete
  4. Hari tu pergi tak dapat beli anything sebab takde saiz. Cadangnya nak pergi lagi soon sebab suka baju-baju kurta kat sini - now lagi senang sebab suka dengan design and choices yang ada.

    ReplyDelete
  5. Bagus Haqqi bekerjasama dengan Tabung Haji. Lepas ni boleh memudahkan jemaah haji/umrah cari kelengkapan.

    ReplyDelete
  6. Lawa jugak baju kat Haqqi ni. Raya tahun ni nak cari jubah kat sini lah. Kalau ada prmo nak beli sekarang nanti kelam kabut takde stok.

    ReplyDelete
  7. Menariknya. Baju dia pun nampak lawa - lawa. Anyway congrats butik haqqi for the opening.

    ReplyDelete
  8. wah. melebarkan sayap lagi Haqqi ni.
    nak gi haji ni is something special pada Muslim kan.
    dpt gi tu terasa mcm bulan jatuh ke riba!
    maka, semua pakaian nak baru dan selesa. semestinya di Haqqi la.

    ReplyDelete
  9. banyak kelengkapan untuk lelaki muslim la ni ya. selalu gak tengok dr fitri pakai

    ReplyDelete
  10. Tak pernh lagi pergi ke butik haqqi.. Boleh usha nnati sebb tgk ade pelbagai pilihan baju juga dekat sini. Bgusla ada banyak cawangan senang orang nak pergi

    ReplyDelete
  11. Haqqi ni dulu dekat shah alam kan kalau tak silap? Tapi bagus jugak dia bukak dekat bangi. Situ port fesyen dan pakaian jugak kan

    ReplyDelete
  12. Wah Haqqi bukak cawangan baru di Bangi pula ya. Hopefully lepas ni Haqqi buka cawangan di area Sersmban pula. Teringin juga nal sjopping kat Haqqi ni.

    ReplyDelete
  13. Wah, butik Haqqi dah ada cawangan di Bangi. makin meriah la bangi lepas ni. semua butik2 ternama dh ada kat sana.

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat Haqqi atas pembukaan cawangan baru mereka kat bangi lak dah menghampiri bulan puasa dan juga nak raya nanti bestnya tak sabar nak beli kurta kat Haqqi lagi cantik dan ada saiz kita harap tahun ni ada banyak promo...

    ReplyDelete
  15. Tahniah atas pembukaan cawangan baru. Saya juga baru membuka web baru untuk syarikat saya sebagai pakar ubah suai dan di dalam mempunyai informasi untuk ubah suai rumah. Klik sini untuk melayari laman web saya!

    ReplyDelete