TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT: PERTUBUHAN INTEGRITI NICKY LIOW MALAYSIA DAN YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA


TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
PERTUBUHAN INTEGRITI NICKY LIOW MALAYSIA DAN 
YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA


Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan satu coronavirus Cina yang baru telah menjangkiti beratus-ratus sejak wabak itu bermula di Wuhan, China, pada bulan Disember. Saintis Leo Poon, yang pertama kali menguraikan virus itu menganggapnya mungkin bermula dari haiwan dan merebak ke manusia.

Meskipun tidak ada rawatan khusus untuk koronavirus manusia, CDC AS memberikan nasihat generik bahawa orang yang dijangkiti dapat mengurangkan simptom mereka dengan mengambil ubat-ubatan flu biasa, minum cecair ubat dan berehat. Sesetengah negara memerlukan orang untuk melaporkan gejala seperti selesema kepada doktor mereka, terutamanya jika mereka telah melawat China.

Berikutan dari permasalahan ini, Dato' Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China.



AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Topeng Perlindungan Pernafasan dan Bekalan Perubatan kepada masyarakat penempatan yang dijangkiti wabak COVID-19 di China. Dalam majlis ini, sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia turut diberikan untuk kegunaan masyarakat sekitar.


Tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. 

Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato' Sri Liow Soon Hee dan pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan.


Menurut Dato' Sri Liow Soon Hee, "Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini. Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan".


Dato' Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.


Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana
Charity Home dan banyak lagi.

AM sangat menyokong usaha dan inisistif yang telah diberikan oleh Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia dan semoga banyak badan-badan dan organisasi lain turut sama mencontohi usaha dan nilai yang telah ditunjukkan. Moga COVID- 19 dapat dikekang dari merebak dan masyarakat bebas dari gejala COVID- 19 ini.



Post a Comment

15 Comments

  1. memang sama2 semua kena usaha ke arah menghapuskan jangkitan covid ni.
    memang satu tanggungjawab.
    elok la ada organisasi gini. beri kesedaran dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada inisiatif macam ni. Semoga virus ini akan cepat berlalu. Semoga kita dilindungi dari virus-virus ini.

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!! Sounds like a good program. Thank you for sharing with us about this. Have a good day.

    ReplyDelete
  4. wahh bagusnya Ddato' dan team dia usaha untuk buat banyak kebajikan kepada yang memerlukan. Tak semua yang berharta mampu guna duit dia untuk bantu orang lain. all the best for them!

    ReplyDelete
  5. Good initiative. Lets all do our part to prevent this virus from spreading.

    ReplyDelete
  6. insentif bagus tolong masyarakat wuhan. harap la wabak ni cepat berakhir.. harap banyak lagi pihak boleh hulur bantuan perubatan ke sana

    ReplyDelete
  7. Hari ni kes di Malaysia mendadak pula. Takut dibuatnya. Semoga kita semua dilindungi oleh rahmatNya. Usaha yg baik bg membantu mangsa. Harap China dan negara lain ambil iktibar.

    ReplyDelete
  8. Kes Coronavirus ni semakin meningkat setiap hari membimbangkan rakyat Malaysia. Satu langkah yang bagus dengan mengedarkan topeng muka kepada masyarajat sebagai salah satu langkah mencegah virus ini

    ReplyDelete
  9. Bestnya murni dapat join ke tempat macam ni. Kadang awareness macam ni yang orang selalu ambil tak peduli bila sihat.

    ReplyDelete
  10. Salah satu usaha yg bagus, harap byk lagi usaha mcm ni dr syarikat2 lain. Terbaiklah murni join event mcm ni

    ReplyDelete
  11. Bagus sangat ada program membantu mereka. Abaikan saje yang suka kecam tapi tak buat apa2 sumbangan pon. Walaupon punca dari sana tapi tak salah pon hulurkan bantuan

    ReplyDelete
  12. Bagus la bagi sumbangan macam tu. patutnya pertubahan-pertubuhan macam ni boleh banyak bantu bila ada masalah macam ni.

    ReplyDelete
  13. Bagus ada usaha membantu. Tapi kat Malaysia pun laku keras. Susah nak jumpa topeng / mask dah.. orang dah start prepare beli & pakai.

    ReplyDelete
  14. Salah satu usaha yg murni, hopefully banyak pihak yang baik hati musim ni nak hulirkan bantuan kemanusiaan. I was great !

    ReplyDelete
  15. Memang tanggungjawab semua orang untuk membantu. Saya juga sedang membantu satu rumah anak yatim sebagai kontraktor baiki rumah. Marilah kita bantu dengan kemampuan kita yang ada.

    ReplyDelete