BUFFET RAMADHAN 2020: RHR HOTEL @ UNITEN


BUFFET RAMADHAN 2020: RHR HOTEL @ UNITEN
‘JOM LER BERBUKA’


Bila dah memasuki Bulan Rejab, pasti ramai yang menantikan Bulan Ramadhan yang akan tiba. Ramai juga yang mula melatih diri untuk berpuasa dengan Puasa Sunat dan tidak juga ada yang ‘menggantikan’ puasa tahun lepas kan??

AlongMurni (AM) sudah mulai merasai kemeriahan sambutan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Peluang untuk lebih beramal dan melakukan tanggungjawab menunaikan rukun Islam ke 3 sebagai seorang muslim pastinya.

Bila Ramadhan tiba maka banyak lambakan pakej-pakej Buffet Ramdhan yang ditawarkan di hotel-hotel sekitar dengan menu-menu yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Bagi penduduk sekitar Bangi yang ingin berbuka puasa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, AM sarankan untuk mencuba menu Buffet Ramadhan di RHR Hotel yang terletak di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

RHR Hotel @ UNITEN boleh diakses dari Pusat Bandar KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kali ini RHR Hotel @ UNITEN  dengan tagline "Jom Ler Berbuka di RHR Hotel @ UNITEN"  dan tema 'Balik Kampung', RHR Hotel menampilkan kelainan dengan pelbagai menu lazat dan istimewa mengikut negeri.


Hidangan menu dimulai pembuka selera di sampling Bergedil Tauhu , Kerabu Jantung Pisang & Kerisik, Urap Daun Selom & Pegaga, Kerabu Sotong Bulat, Salad hijau, bersama-sama menu tradisional seperti Sambal Belacan, Sambal Mangga, Tempoyak, dan lain-lain.


Turut menjadi menu pilihan istimewa di RHR Hotel adalah Sup Bro Aidil, Gulai Kawah Pak Suhaimi Asam Pedas Kepala Ikan, Masak Lemak Telur Itik dan Gulai Daging Tetel yang popular. Tidak lupa juga hidangan yang pastinya membuat pengunjung yang datang untuk mencuba Nasi Chef Hizrani yang memasak ayam panggang dengan perapan rempah istimewa dan lazat. Banyak yang meminati makanan seafood ada ShellOut tau dan juga Kambing Golek. Semuanya nyata sedap dan lazat untuk dinikmati bersama.



Bagi yang membawa anak-anak RHR Hotel turut menyajikan hidangan seperti Pasta Carbonara & Bolognaise yang lazat dan kudapan .Tidak lupa kuih muih tradisional, buahan-buahan dan kek-kek yang pastinya enak dan menjadi kegemaran anak-anak.


Semua juadah ini boleh nikmati dengan hanya harga RM75.00 nett untuk seorang dewasa dan RM38.00nett untuk seorang kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun keatas. Tapi kalau booking sekarang ada harga 'early bird' hanya RM55.00 nett bermula 1 Mac hingga 20 April 2020. Tarikh sebenar bufet ini akan bermula adalah dari 25 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Kemudahan lain ada kat sini seperti tempat solat yang dekat iaitu bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional. Kawasan parking yang luas dan selesa jadi tak perlu risau datang naik kenderaan di sini. Boleh lah bawa keluarga atau juga rancang dari sekarang untuk berbuka dengan kawan-kawan.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :

Tel : 03-8922 2088 sambungan 8036/8013
Whatsapp : 011-6318 2088
Email : dahlia@rhrhotel.com


Bufet Ramadhan kali ini di sediakan di Jupiter Coffee House yang memiliki persijilanan Halal JAKIM. Kafe ini juga mampu memuatkan 500 hingga 700 orang dalam satu-satu masa. Jadi apa lagi, ‘Jom Ler Berbuka’ di RHR Hotel @UNITEN





Post a Comment

17 Comments

  1. Raya tak payah bali kamapung dah ...sebab bulan puasa dah balik kampung. Tema they all memang menarik. Makanan pun nampak macam mengimbau kenangan lalu.

    ReplyDelete
  2. Ayam panggang tu nampak unik cara panggang nya.. Nyum2.. Kalau pergi sini nak try ayam ni dulu.. Ayam my favourite.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. asyik kambing golek je bosan juga kan....kat sini boleh makan ayam golek pula...siap ada tauhu begedil pulakk...ishhhh semua nih favorite ...

    ReplyDelete
  4. kenyang ni kalau dapat makan kat sini

    ReplyDelete
  5. Macam2 hidangan ada kat sini. Dan semuanya nampak menarik dan sedap

    ReplyDelete
  6. Pergghhh banyaknya juadah.. klau liez memang jenuh nak rasa semua. Tapi time puasanininla yang akan buat selera makan. Menunyang ada pun sangat sedap dan presentation cantik

    ReplyDelete
  7. Looks like there's a lot of food variety. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. RHR Hotel Uniten ni antara yang sedap juga lah kita suka nasi kat situ special tak ada kat tempat lain jumlah makanan kat sini pun banyak juga bestnya..

    ReplyDelete
  9. Masak Lemak Telur Itik? tak pernah lagi makan menu ni... hehehe...sekarang ni dah semakin terasa semangat bulan ramadhan. Semoga lebih baik dari tahun lepas. Kalau pergi buffet, saya biasanya akan pilih dessert dulu. hehe... - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  10. Sedapnya! Okay, dah tahu kat mana nak pergi bulan ramadhan nnti. Boleh berbuka dengan family dekat sini. :)

    ReplyDelete
  11. Baru tahu UNITEN ada hotel sendiri. Pilihan maknan dia pun blh tahan banyak jugak. Semua nampak menarik. Macam blh pergi jr time puasa nanti.

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap2 jugak juadah berbuka kat sini ek. Harga pun berpatutan..tapi tu laaaa jauh sangat kalo i nak gi.

    ReplyDelete
  13. Tak tahu lah..tp bulan puasa mesti sis akan cr ayam golek n ikan bakar, menu yg wajib masa berbuka..:). Nanti leh le try kat sini

    ReplyDelete
  14. macam2 hidangan ya. seddap2 semua tu. semoga berlalu segera covid ni supaya kita boleh sambut ramadan dgn tenang

    ReplyDelete
  15. sedapnya AM makan menu iftar ramadan. Oh hotel RHR dekat je dengan rumah BBL ni, boleh la bulan puasa nanti datang berbuka kat sini ye

    ReplyDelete
  16. Tak sabar nak Hari Raya ini. Walaupun tidak dapat balik kamping tahun ini. saya ingin ubah suai ruang tamu saya agar ada suasana hari raya sekurang-kurangnya untuk keluarga saya.

    ReplyDelete
  17. Makanan semua nampak sedap...

    ReplyDelete