PEMBUKAAN TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI DI NEGERI SEMBILAN


SUSULAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
PEMBUKAAN TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN NEGERI DI NEGERI SEMBILAN


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berpeluang untuk turut sama hadir dalam siding media bagi Pembukaan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Sembilan. Mesti ramai masyarakat dan penduduk sekitar turut menantikan berita gembira ini kan? Yelah, dah lama terperuk dan terkurung dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.


Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang secara rasmi bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut mengumumkan Pembukaan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri dibuka untuk orang awam semasa Mesyuarat Lembaga Perhutanan Negeri Sembilan Bil 1/2020 berkuatkuasa 15 Jun 2020.

Namun begitu. sebarang bentuk aktiviti yang akan dijalankan di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri perlulah mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sebagaimana yang telah digariskan Maljlis Keselamatan Negara (MKN). 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengeluarkan SOP Ekopelancongan Hutan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri bagi mencegah penularan jangkitan Covid19 semasa menjalankan aktiviti riadah. Pembukaan ini selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi dan hasil negeri khususnya di Negeri Sembilan. 


Berdasarkan data kedatangan pengunjung ke Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri bagi tahun 2020 bermula Januari adalah seramai 61.377 orang pengunjung diikuti Februari seramai 50.840 orang pengunjung dan Mac seramai 21.622 orang pengunjung. Oleh yang demikian pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menjangkakan kedatangan pengunjung akan meningkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) memandangkan pelancongan domestik amat digalakkan di dalam tempoh PPKP ini 

AKTIVITI MELEPASKAN ANAK IKAN DI KOLAM IKAN UNTUK TUJUAN PEMELIHARAAN

Sehubungan dengan nitu, beberapa lokasi Taman Eko Rimba dan Taman Negeri di Negeri Sembilan telah dikenalpasti akan beroperasi berkuatkuasa 15 Jun 2020 ini antaranya adalah:

·         Taman Eko Rimba Ulu Bendul
·         Taman Eko Rimba Jeram Toi 
·         Taman Eko Rimba Jeram Tengkek 
·         Taman Eko Rimba Serting Ulu 
·         Taman Eko Rimba De Bana 
·         Taman Eko Rimba Lenggeng 
·         Taman Eko Rimba Pasir Panjang 
·         Taman Eko Rimba Gunung Tampin 
·         Taman Eko Rimba Gunung Datuk 
·         Taman Eko Rimba Gunung Angsi
·         Taman Eko Rimba Gunung Berembun 
·         Taman Negeri Kenaboi
·         Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala. 

Namun begitu, Taman Eko Rimba Batu Maloi masih Iagi ditutup pada masa ini kerana ianya masih lagi tertakluk di dalam larangan SOP Majllis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh pemulihan menuju normalisasi ini. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang dibenarkan dilaksana di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri antaranya ialah: 

·         Jungle Trekking 
·         Memerhati burung/Penggambaran Video 
·         Mendaki bukit/gunung 
·         Rekreasi umum ( Berkelah dan beriadah)
·         Lawatan galeri perhutanan 
·         Pendidikan dan penyelidikan
·         Perkhemahan (tidak bermalam) 
·         Jelajah gua 

Walaupun kebenaran menjalankan aktiviti di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri telah dibenarkan di Negeri Sembilan, ini tidak bermakna tiada lagi apa-apa sekatan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh para pengunjung. 

Beberapa aktiviti telah dikenalpasti masih lagi dilarang selaras dengan SOP Majlis Keselamatan Negara. Ini kerana, aktiviti-aktiviti ini melibatkan sentuhan dan menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara.

Antara aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan dilaksanakan di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Sembilan adalah: 

·         Aktiviti Air 
-          mandi manda di kolam awam 
-          aktiviti rekreasi bersentuhan badan 
·         Aktiviti tali (abseiling, zipline, high rope dan wall climbing) 
·         Rekreasi Sukan Lasak Motocross ATV, paragliding & rock climbing 
·         Penganjuran Program - Aktiviti pengurusan acara kem motivasi, majlis keramaian dan summer camp.

Bagi memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara dipatuhi, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga turut menyediakan garis panduan umum bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti yang dibenarkan iaitu: 

·         Perlu menjalani saringan suhu badan; 
·         Pengunjung digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera; 
·         Pengunjung dikehendaki mengimbas QR Code MySejahtera ATAU mengisi maklumat peribadi di dalam buku rekod yang disediakan di kaunter Taman Eko Rimba; 
·         Dinasihatkan memakai face mask; 
·         Mencuci tangan (bahan dibawa sendiri oleh pengunjung)
·         Penjarakan sosial (1 meter) 
·         Aktiviti bermalam adalah dilarang
·         Penggunaan surau dibenarkan (pengunjung membawa keperluan solat sendiri
·         Semua sampah sarap hendaklah dibawa keluar oleh pengunjung

Bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti pendakian gunung, Garis Panduan aktiviti pendakian adalah seperti berikut: 

1. Tiada pembelian permit secara walk in di kaunter pendakian 

2. Pendaki boleh mendapatkan permit lebih awal di Pejabat Perhutanan Negeri di Wisma Negeri ataupun di Pejabat-pejabat Hutan Daerah pada hari bekerja (8.00 pagi hingga 4.00 petang) 

TATACARA


JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN AMAT BERHARAP AGAR SEMUA PENGUNJUNG MEMBERIKAN KERJASAMA MEMATUHI SEMUA SOP DAN GARIS PANDUAN YANG TELAH DISEDIAKAN BAGI MEMASTIKAN TIADA PENULARAN JANGKITAN COVID19 DENGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN ALAM SEKITAR.

Bersama-sama kita menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara kita. 

Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Pejabat Perhutanan Negeri dan Pejabat-Pejabat Hutan Daerah yang berhampiran seperti alamat dan talian di bawah: 

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Tingkat 4, Blok C, Wisma Negeri,
70503 Seremban Negeri Sembilan
Tel:06-7659875/067659872
Facebook: Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
lnstagram: jabatanperhutananns

Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Timur, Kompleks Pejabat Kerajaan, 72000 Kuala Pilah
Tel: 06-481 11036
Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600 Kuala Klawang, Jelebu
Tel: 06-6136500
Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Barat, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, 70300 Seremban
Tel: 06-6014000



#KitaJagaKita dan Kekalkan kehijauan dan 
keaslian Hutan Taman Negeri

Post a Comment

11 Comments

  1. Bagus banyakkan kehijauan kat Malaysia ni. I like.

    ReplyDelete
  2. Lokasi yang best kalau nak buat teambuilding nie - semua ada - pelbagai aktiviti dan lengkap dengan penginapan. Nanti nak cadang kat opis la.

    ReplyDelete
  3. Bagi peminat pelancongan Eko tentu seronok kan sbb dah bole ke taman rekreasi ini dan kembali menghirup udara segar.

    ReplyDelete
  4. pencinta kehijauan pasti gembira mendengar berita ini. okay dah boleh masuk ke taman negara dan ecotourism lepas nie

    ReplyDelete
  5. Tempat gini kalau pergi reramai then sambil walk-walk dan hiking best ni kan, kehijauan dia buat kita rasa fresh aje..

    ReplyDelete
  6. Bagusla dh buka.. Tempat macam ni syok pergi.. Boleh tengok hutan.. Hiking semua. Pergi dengan kawan2

    ReplyDelete
  7. bestnya dah boleh buat aktiviti dengan nature. Yang rindu boleh dah lepaskan rindu. Baru la hilang stress kena berkurung haritu

    ReplyDelete
  8. Dah banyak tempat dibenarkan dibuka. Harap semua mematuhi SOP termasuk pengunjung. Cuma ena masih belum terbuka nak keluar berjalan. Huhu. Tunggulah baby besar sikit.

    ReplyDelete
  9. Mmg stress dok umah je..sesekali nak gak kuar kan. Tapi..aduhhh jauhlah pulak nak kesana. Tapi kalau ada geng boleh le join jugak ni

    ReplyDelete
  10. bagus tempat macam ni. beri pendedahan kepada orang awam akan keistimewaan alam sekitar. landskap lawa dan banyak kemudahan disediakan

    ReplyDelete
  11. Mesti ramai orang yang suka outdoor activiti / aktiviti lasak macam ni rasa rindu giler dengan aktiviti dan tempat tempat macam ni kan sebab MCO... Tempat saya tinggal tak ada eko eko macam ni... maybe kalau ada kesempatan, saya testing activity macam ni...

    ReplyDelete