SUSULAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
PEMBUKAAN TAMAN EKO RIMBA DAN HUTAN TAMAN
NEGERI DI NEGERI SEMBILAN
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berpeluang untuk turut sama
hadir dalam siding media bagi Pembukaan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri
di Negeri Sembilan. Mesti ramai masyarakat dan penduduk sekitar turut
menantikan berita gembira ini kan? Yelah, dah lama terperuk dan terkurung dalam
rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) yang secara rasmi bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 sebagaimana
yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
turut mengumumkan Pembukaan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri dibuka untuk
orang awam semasa Mesyuarat Lembaga Perhutanan Negeri Sembilan Bil 1/2020
berkuatkuasa 15 Jun 2020.
Namun begitu. sebarang bentuk aktiviti yang akan
dijalankan di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri perlulah mematuhi
tatacara operasi piawai (SOP) sebagaimana yang telah digariskan Maljlis
Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
telah mengeluarkan SOP Ekopelancongan Hutan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman
Negeri bagi mencegah penularan jangkitan Covid19 semasa menjalankan aktiviti
riadah. Pembukaan ini selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi dan hasil
negeri khususnya di Negeri Sembilan.
Berdasarkan data kedatangan pengunjung ke Taman Eko Rimba
dan Hutan Taman Negeri bagi tahun 2020 bermula Januari adalah seramai 61.377
orang pengunjung diikuti Februari seramai 50.840 orang pengunjung dan Mac
seramai 21.622 orang pengunjung. Oleh yang demikian pihak Jabatan Perhutanan
Negeri Sembilan menjangkakan kedatangan pengunjung akan meningkat semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) memandangkan pelancongan domestik
amat digalakkan di dalam tempoh PPKP ini
AKTIVITI MELEPASKAN ANAK IKAN DI KOLAM IKAN UNTUK TUJUAN PEMELIHARAAN |
Sehubungan dengan nitu, beberapa lokasi Taman Eko Rimba
dan Taman Negeri di Negeri Sembilan telah dikenalpasti akan beroperasi berkuatkuasa
15 Jun 2020 ini antaranya adalah:
·
Taman Eko Rimba Ulu Bendul
·
Taman Eko Rimba Jeram Toi
·
Taman Eko Rimba Jeram Tengkek
·
Taman Eko Rimba Serting Ulu
·
Taman Eko Rimba De Bana
·
Taman Eko Rimba Lenggeng
·
Taman Eko Rimba Pasir Panjang
·
Taman Eko Rimba Gunung Tampin
·
Taman Eko Rimba Gunung Datuk
·
Taman Eko Rimba Gunung Angsi
·
Taman Eko Rimba Gunung Berembun
·
Taman Negeri Kenaboi
·
Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala.
Namun begitu, Taman Eko Rimba Batu Maloi masih Iagi
ditutup pada masa ini kerana ianya masih lagi tertakluk di dalam larangan SOP
Majllis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan
dengan itu, dalam tempoh pemulihan menuju normalisasi ini. Jabatan Perhutanan
Negeri Sembilan telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang dibenarkan dilaksana
di dalam Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri antaranya ialah:
·
Jungle Trekking
·
Memerhati burung/Penggambaran Video
·
Mendaki bukit/gunung
·
Rekreasi umum ( Berkelah dan beriadah)
·
Lawatan galeri perhutanan
·
Pendidikan dan penyelidikan
·
Perkhemahan (tidak bermalam)
·
Jelajah gua
Walaupun kebenaran menjalankan aktiviti di Taman Eko
Rimba dan Hutan Taman Negeri telah dibenarkan di Negeri Sembilan, ini tidak
bermakna tiada lagi apa-apa sekatan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh para
pengunjung.
Beberapa
aktiviti telah dikenalpasti masih lagi dilarang selaras dengan SOP Majlis
Keselamatan Negara. Ini kerana, aktiviti-aktiviti ini melibatkan sentuhan dan
menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan SOP Majlis Keselamatan
Negara.
Antara
aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan dilaksanakan di dalam Taman Eko Rimba
dan Hutan Taman Negeri di Negeri Sembilan adalah:
·
Aktiviti Air
-
mandi manda di kolam awam
-
aktiviti rekreasi bersentuhan badan
·
Aktiviti tali (abseiling, zipline, high rope dan
wall climbing)
·
Rekreasi Sukan Lasak Motocross ATV, paragliding
& rock climbing
·
Penganjuran Program - Aktiviti pengurusan acara
kem motivasi, majlis keramaian dan summer camp.
Bagi memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara
dipatuhi, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga turut menyediakan garis
panduan umum bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti yang dibenarkan
iaitu:
·
Perlu menjalani saringan suhu badan;
·
Pengunjung digalakkan untuk memuat turun dan
mendaftar aplikasi MySejahtera;
·
Pengunjung dikehendaki mengimbas QR Code
MySejahtera ATAU mengisi maklumat peribadi di dalam buku rekod yang disediakan
di kaunter Taman Eko Rimba;
·
Dinasihatkan memakai face mask;
·
Mencuci tangan (bahan dibawa sendiri oleh
pengunjung)
·
Penjarakan sosial (1 meter)
·
Aktiviti bermalam adalah dilarang
·
Penggunaan surau dibenarkan (pengunjung membawa
keperluan solat sendiri
·
Semua sampah sarap hendaklah dibawa keluar oleh
pengunjung
Bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti pendakian
gunung, Garis Panduan aktiviti pendakian adalah seperti berikut:
1. Tiada pembelian permit secara walk in di kaunter
pendakian
2. Pendaki boleh mendapatkan permit lebih awal di Pejabat
Perhutanan Negeri di Wisma Negeri ataupun di Pejabat-pejabat Hutan Daerah
pada hari bekerja (8.00 pagi hingga 4.00 petang)
TATACARA |
JABATAN PERHUTANAN
NEGERI SEMBILAN AMAT BERHARAP AGAR SEMUA PENGUNJUNG MEMBERIKAN KERJASAMA
MEMATUHI SEMUA SOP DAN GARIS PANDUAN YANG TELAH DISEDIAKAN BAGI MEMASTIKAN
TIADA PENULARAN JANGKITAN COVID19 DENGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN ALAM
SEKITAR.
Bersama-sama kita menjaga keselamatan dan kesejahteraan
negara kita.
Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi
Pejabat Perhutanan Negeri dan Pejabat-Pejabat Hutan Daerah yang
berhampiran seperti alamat dan talian di bawah:
Jabatan Perhutanan
Negeri Sembilan, Tingkat 4, Blok C, Wisma Negeri,
70503 Seremban
Negeri Sembilan
Tel:06-7659875/067659872
Laman Web; www.forestry.ns.gov.my
Facebook: Jabatan
Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
lnstagram:
jabatanperhutananns
Pejabat Hutan
Daerah, Negeri Sembilan Timur, Kompleks Pejabat Kerajaan, 72000 Kuala Pilah
Tel: 06-481 11036
Pejabat Hutan
Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600 Kuala Klawang, Jelebu
Tel: 06-6136500
Pejabat Hutan
Daerah, Negeri Sembilan Barat, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,
70300 Seremban
Tel: 06-6014000
#KitaJagaKita dan Kekalkan kehijauan dan
keaslian Hutan Taman Negeri
11 Comments
Bagus banyakkan kehijauan kat Malaysia ni. I like.
ReplyDeleteLokasi yang best kalau nak buat teambuilding nie - semua ada - pelbagai aktiviti dan lengkap dengan penginapan. Nanti nak cadang kat opis la.
ReplyDeleteBagi peminat pelancongan Eko tentu seronok kan sbb dah bole ke taman rekreasi ini dan kembali menghirup udara segar.
ReplyDeletepencinta kehijauan pasti gembira mendengar berita ini. okay dah boleh masuk ke taman negara dan ecotourism lepas nie
ReplyDeleteTempat gini kalau pergi reramai then sambil walk-walk dan hiking best ni kan, kehijauan dia buat kita rasa fresh aje..
ReplyDeleteBagusla dh buka.. Tempat macam ni syok pergi.. Boleh tengok hutan.. Hiking semua. Pergi dengan kawan2
ReplyDeletebestnya dah boleh buat aktiviti dengan nature. Yang rindu boleh dah lepaskan rindu. Baru la hilang stress kena berkurung haritu
ReplyDeleteDah banyak tempat dibenarkan dibuka. Harap semua mematuhi SOP termasuk pengunjung. Cuma ena masih belum terbuka nak keluar berjalan. Huhu. Tunggulah baby besar sikit.
ReplyDeleteMmg stress dok umah je..sesekali nak gak kuar kan. Tapi..aduhhh jauhlah pulak nak kesana. Tapi kalau ada geng boleh le join jugak ni
ReplyDeletebagus tempat macam ni. beri pendedahan kepada orang awam akan keistimewaan alam sekitar. landskap lawa dan banyak kemudahan disediakan
ReplyDeleteMesti ramai orang yang suka outdoor activiti / aktiviti lasak macam ni rasa rindu giler dengan aktiviti dan tempat tempat macam ni kan sebab MCO... Tempat saya tinggal tak ada eko eko macam ni... maybe kalau ada kesempatan, saya testing activity macam ni...
ReplyDelete