A’PATIN XPRESS : MASAK PATIN TEMPOYAK JADI LEBIH MUDAH


A’PATIN XPRESS : MASAK PATIN TEMPOYAK JADI LEBIH MUDAH

CEPAT, MUDAH DAN MENJIMATKAN

BAHAN MASAKAN TERBAIK DAN BERKUALITI


Mesti ramai yang menggemari masakan Patin Tempoyak yang sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak. AlongMurni (AM) juga turut tidak terkecuali. AM kalau masak Patin Tempoyak, bahagian patin yang paling AM suka adalah bahagian kepala. Tak kisah la kalau memasak sendiri mahupun makan di restoran, bahagian kepala patin sentiasa jadi pilihan.

Kalau memilih ikan patin di pasaraya, AM akan pastikan patin tersebut adalah patin jenis sangkar atau sungai kerana rasanya lebih sedap dan tidak berbau. Kali ini AM nak kongsikan satu resipi cara mudah yang diperkenalkan oleh rakan AM untuk memasak Patin Tempoyak.

AM membuat tempahan melalui A’Patin Xpress. Unik dan menariknya adalah Pek A’Patin Xpress ini mengandungi bahan-bahan yang siap sedia untuk dimasak. Cuma perlu tambah air, campak-campak bahan yang disedia dan tambah garam secukup rasa. Dah siap tau!!! Ikan Patin yang terdapat di dalam setiap Pek A’Patin Xpress adalah jenis patin sangkar dari Sungai Pahang. Antara tempat patin sangkar ini adalah di Chenor, Kuala Triang dan Temerloh.

Bahan Masakan yang terdapat dalam setiap pek adalah:
  • ·         Ikan Patin yang dah siap dipotong dan dibersihkan
  • ·         Daun Kesum
  • ·         Bunga Kantan
  • ·         Pes Tempoyak yang telah dikisar dan dicampur sekali bersama cili dan kunyit hidup

Boleh tengok cara-cara mudah untuk masak Patin Tempoyak ini di video di bawah yea?


Harga mengikut Pek A’Patin Xpress
  • ·         RM 25 – ada 3 ketul ikan patin siap dipotong seberat 350 gm termasuk bahan masakan
  • ·         RM 40 – ada 4 ketul ikan patin bahagian kepala (siap dibelah dua), bahagian bahan dan ekor termasuk bahan masakan.


PEK A'PATIN XPRESS DENGAN HARGA RM40 TERMASUK BAHAN MASAKAN


Untuk sebarang tempahan boleh hubungi dan A’Patin Xpress ini boleh didapati di

Taman Berlian, Greenwood, Gombak
Zunaidi - 013-660 2097

Shah Alam
Azrin - 013-362 8840

Pasar Mini SoukKita Putrajaya
Amirul - 010-299 9128

Segamat, Johor
Azmi - 011-1753 3981

Rakan Niaga a’PATIN XPRESS
Fatiehah & Fauzi (Bera, Pahang)
Zul azmi & mazlyda (segamat johor)


KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SARANKAN UNTUK PENGGEMAR PATIN TEMPOYAK 
UNTUK MENCUBA DAN MEMASAK DENGAN 
MENGGUNAKAN PRODUK KELUARAN A’PATIN XPRESS INI. 
MEMANG BERBALOI DENGAN HARGA, RASA IKAN PATIN YANG SEGAR DAN PALING PENTING MENJIMATKAN MASA. 
CUMA PERLU TAMBAH AIR DAN GARAM SAHAJA. 
A’PATIN XPRESS MEMANG TERBAIK.

Post a Comment

12 Comments

  1. Alaaa peberet kita ni, pantang jumpaa.. kalaulah boleh pos ke Johor..tapi nampak macam ada agen Johor ek..nak try laaa tanya..

    ReplyDelete
  2. senang je. nampak mudah dan menyelerakan. Makan ngan nasi panas pun dah okay sangat.

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan juga harganya. Berbaloi lah tu, kalau makan di kedai saja dah berapa ringgit seketul. Ikan patin mahal wooo.

    ReplyDelete
  4. Wah senang nya nak masak ikan patin tempoyak macam ni. Semua dah ready dalam 1 pek macam ni.. memang express betul la

    ReplyDelete
  5. Eh dekat je seller pes ikan patin ni. Senang kalau order ni, tak payah nak pening kepala sebab semua dah tersedia tinggal panaskan dan campak bahan lain. Terbaik!

    ReplyDelete
  6. Favourite ena ni. Kalau jumpa depan mata kuah tu hirup 1mangkuk pon takpe.

    ReplyDelete
  7. Gulai tempoyak memang fav kak tak kira la ikan patin kr apa kr tapi selalu buat sendiri kat umah. Belum try lagi pek ni sbb baru tau ada dijual.

    ReplyDelete
  8. senang dan sedap tu yg penting..dan ikan pun nampak sangat fresh..bolehla order dan cuba memasaknya sendiri nanti

    ReplyDelete
  9. Wah! senang la sekarang nk masak tempoyak. memang lama dah nk masak, tpi takut tk jadi. sekarang tk perlu risau dah kalau tak jadi kan. hehe

    ReplyDelete
  10. So nice to have A’Patin Xpress services now. We can cook delicious healthy food easily now

    ReplyDelete
  11. Senang kalau ada pes macam ni kan..
    Haritu masa bulan puasa pun suami ada jugak tolong bos dia promote
    Pes patin..
    Tapi sayang nya kita ni mampu ambik bau je .haha
    Teringin nak rasa.
    Tapi tak berani. Kepala boleh pusing kalau makan tempoyak..
    Rugi betul rasanya kan..

    ReplyDelete
  12. Dulu emi tak makan tau ikan patin apatah lagi patin masak tempoyak. Tapi sejak kawen dengan lan baru belajar makan patin masak tempoyak sebab family biras emi memang ternak ikan patin kat pahang. Tiap kali jumpa memang dia duk bagi ikan patin.

    ReplyDelete