FAITH FLEUR BUAT ERRA FAZIRA JATUH CINTA LAGI - PENGEMBARAAN ALONG MURNI (AM)

Tuesday, 14 July 2020

FAITH FLEUR BUAT ERRA FAZIRA JATUH CINTA LAGI


FAITH FLEUR BUAT ERRA FAZIRA JATUH CINTA LAGI

#RambutCantikLebat 


Semalam AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Pelancaran Erra Fazira Sebagai Duta Produk Faith Fleur 2020. Kira-kira hampir tiga dekad bergelar anak seni hingga pernah diberi jolokan primadona filem  Melayu, Erra Fazira hingga kini tetap relevan serta ampuh di liganya yang tersendiri.

Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 46, ini juga antara yang terus diberi kepercayaan mewakili jenama Faith Fleur.Terbaharu,  pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini bersetuju menerima lamaran jenama Faith Fleur mewakili set rangkaian produk rambut.


Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun lalu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017

“Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi. Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi dan pelembap rambut, syampu ini saya sudah dapat merasai perbezaan ketara. Paling utama ialah rambut saya sejak kebelakangan ini yang kerap gugur kerana beberapa faktor seperti usia dan bertudung sudah mula berkurangan.

 Dulu kalau mencuci rambut dengan  syampu rambut memang akan penuh di lantai bilik mandi. Begitu juga di sikat rambut akan penuh rambut gugur terkumpul. Tapi sekarang saya tidak risau lagi dengan ada Faith Fleur di sisi,” katanya


Bagi pelantun lagu Hanya Di Mata ini, dia percaya dan optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti dimiliki.

“Sesuatu yang saya sendiri bangga terhadap produk ini ialah ia buatan Malaysia dan dihasilkan bumiputera. Malah saya diberitahu mereka juga akan terus menerbitkan pelbagai rangkaian produk lain pada masa akan datang. Faith Fleur sudah ada kelompok peminatnya selama ini. Moga dengan pelantikan saya ini sebagai duta mereka akan terus membuatkan jenama ini melebarkan pengaruhnya dengan lebih luas,” kata Erra.

Sesi Sidang Media Bersama Erra Fazira dan Orang Kuat Faith Fleur
Mengenai pelantikannya, pengacara program bual bicara Mingguan Wanita di Astro ini percaya rezeki itu tidak pernah salah alamat.

“Pada akhirnya saya percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Soal aktif atau tidak atau persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif. Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka disambutnya dengan hati yang terbuka. Sekaligus mensyukuri nikmat diberi.

“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya.

Pelakon filem Polis EVO 2 ini ketika ini hanya memenuhi komitmen mengacara.

“Saya masih mengacara di Mingguan Wanita untuk musim kedua. Macam kerja lakonan semua dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan bersesuaian kelak, saya sedia mempertimbangkannya lagi. Selebihnya masa saya banyak bersama anak di rumah ,” katanya

Sementara itu,  Faith Fleur adalah produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Ctymary Resources Sdn Bhd. Ia diusahakan pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad  (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama)

Pic Dari Kiri (Erra Fazira, Puan Siti Mariam dan En Halim Bahadorisam)

Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Satu lagi cawangan di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018.

Maksud Faith ialah kesetiaan manakala Fleur diambil dari perkataan France iaitu bermaksud bunga.

Faith Fleur merupakan syarikat yang khusus dalam pengeluaran produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, pelembab rambut, serum, pewangi rambut dan tonik. Seperti yang diketahui umum, rambut merupakan aset penting bagi setiap manusia. Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti.

Formula produk Faith Fleur sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita. Produk Faith Fleur adalah Halal dan Mesra Wuduk. Selain itu, produk ini dapat menghapuskan kutu, melembutkan rambut, membaiki rambut rosak, bebas kimia berbahaya seperti Paraben, SLS & dan Sabun serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Antara produk keluaran Faith Fleur adalah:



SHAMPOO HAIR LOSS
RM 30
CONDITIONER HAIR LOSS
RM 30
HAIR SERUM
RM 20
HAIR TONIC
RM 65
HAIR MIST
RM 35


Pemilihan Erra Fazira sebagai duta baharu dilihat mampu mengangkat jenama Faith Fleur ke peringkat lebih tinggi.

“Beliau sememangnya seorang yang dikenali ramai dan mempunyai kredibiliti terutamanya dalam penggunaan produk yang dipakainya. Persetujuan Erra  mewakili jenama ini setelah beliau merasai sendiri perbezaan dalam menggunakan rangkaian produk ini,” kata Siti Mariam Abd Samad yang juga anak didik mentor keusahawanan Dr Azizan Osman

Erra  telah mengikat kontrak setahun dengan pilihan sambungan setahun lagi selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi.

Maklumat lanjut serta pembelian produk boleh didapati di laman web https://www.faithfleur.my/ ataupun menghubungi pengedar berdaftar di Facebook www.facebook.com/faithfleurhq dan Instagram www.instagram.com/faithfleurhq

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian 03 5103 0515

Kredit Picture AM bersama dengan Erra Fazira by Megat


10 comments:

Fanahalim said...

Wahh produk untuk rambut rupanya. Macam nak kena cuba ni. Rambut Fana pun kerap juga gugur.

ajumohit said...

memang itulah masalah utama mak-mak ni. bersepah rumah dengan rambut gugur. Macam-macam produk dah cuba. Akak paling suka kalau serum tu tak berminyak dan wangi, kita pun selesa tak berlengas

Rawlins GLAM said...

Rawlins kena try gak kot Faith Fleur nie sebab rambut dah mula gugur, walaupun tak banyak. Memilih Erra sebagai Duta memang tindakan yang bijak sebab dia ramai peminat kan

Sis Lin said...

Kita bertudung ni memang ada masaalah betullah dengan rambutkan, mana berbau, mana gugur, berpeluh, susah nak cari yang sesuai...ingat nak try le plak brand gaya artis ni haaa, kot mana le tau serasi dengan FF ni..

Nadia Johari said...

Wah erra duta dia.. Macam best je produk n i.. Utk rambut.. Botol pun menawan..

Zharif Azis said...

Cantik betul erra fazira nie biarpon dah mencecah umur 40an. Tahniah buat Erra dilantik jadi duta baru

Balqis Athirah said...

Bagus produk Faith Fleur untuk rambut gugur ni. Nak kena guna 1 set baru dapat hasilnya. Tengok Erra maintain cantik tu. Dah jadi duta untuk produk ni. Rezeki Erra betul.

AyuArjuna BiGoshh said...

Makin cantik erra... baguslah produk ni terutama bagi mereka yg mengalami masalah rambut gugur

Wai Yee aka Rane said...

The Majlis Pelancaran Erra Fazira Sebagai Duta Produk Faith Fleur 2020 looks so meriah there. Congratulations to the brand and good luck

Sunshine Kelly said...

Wow best nyer product baru ni and harga also very reasonable.