RESTORAN CAMPUR CAMPUR KITCHEN : ANEKA JENIS PILIHAN MAKANAN


 RESTORAN CAMPUR CAMPUR KITCHEN : ANEKA JENIS PILIHAN MAKANAN

MENU MENARIK , SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN


Agak lama AlongMurni (AM) rasa terkurung dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Dengar kata kat RESTORAN CAMPUR CAMPUR KITCHEN ada 20% off bermula dari jam 3 petang sehingga 6 petang. Apalagi AM pun berpakatan untuk menjengah ke Restoran Campur Campur Kitchen yang berlokasi di D Pulze Shopping Centre Cyberjaya. Walaupun Kerajaan dah membenarkan semua aktiviti namun diingatkan yang kita harus berhati-hati dan mengamalkan norma baru iaitu memakai mask dan kerap mencuci tangan.

Sebenarnya, ini merupakan pertama kali AM menjejakkan kaki ke D Pulze Shopping Centre ini atas saranan kawan-kawan. Uniknya di Restoran Campur Campur Kitchen ini mempunyai tiga pilihan menu masakan berorientasikan Makanan Indonesia, Chinese dan Thai. Patutla namanya Campur Campur Kitchen yea.

Bagi menu pembuka selera, AM dan rakan-rakan memilih CRISPY BABY CRAB dan SALTED EGG YOLK CHICKEN BOXING. Rasa Crispy Baby Crab ini memang rangup dan boleh kunyah dengan tulang-tulang dia sekali manakala Salted Egg Yolk Chicken Boxing ini memang padu dengan salutan telur asin yang benar-benar menyatu pada ketam tersebut. AM memang sangat sarankan untuk mencuba kedua-dua menu pembuka selera ini. 

Crispy Baby Crab : RM 12.90

Salted Egg Yolk Chicken Boxing : RM 13.90
Kita beralih pula ke Pilihan Menu Utama yang sememangnya punyai rasa dan keunikan tersendiri dalam setiap hidangan. Antara menu-menu lauk pilihan yang dimakan bersama nasi putih adalah:

Black Pepper Beef Rice : RM 17.90

Fried Prawn with Salted Egg Yolk Rice : RM 19.90

Indonesia Ikan Bakar Rice: RM 17.90

Sambal Bamboo Clam Rice : RM 16.90

Indonesia Flying Fish Rice : RM 17.90

Butter Chicken Rice : RM 16.90

Chicken With Salted Egg Yolk Rice : RM 16.90

Ayam Bakar Rice : RM 15.90

Salted Egg with Yolk Sotong Rice : RM 16.90

Bagi yang menggemari jenis masakan goreng-goreng ada juga pilihan menu nasi goreng dengan lauk pauk aneka antaranya adalah: 

Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken : RM 17.90

Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp : RM 17.90

Campur Belacan Chicken Fried Rice : RM 13.90

Siapa geng suka makan Kuey Teow?? Haaa.. kat Restoran Campur Campur Kitchen pun ada pilihan masakan kuey teow juga yea iaitu : 

Cantonese Kuey Teow with Seafood : RM 16.90

Pan Fried Beef Kuey Teow : RM 13.90
Pilihan menu western pun ada juga yea. Memang kena cuba sebab menu western dia lain macam sikit.. ☺☺☺

Chicken Chop with Salted Egg Sauce : RM 16.90

Butter Chicken Chop : RM 16.90
haaaa.. Bila bab menu penutup mulut, memang AM sangat sarankan untuk semua mencuba tau!! Sebab sangat sedap dan cair dalam mulut yea..

Banana Toast with Chocolate : RM 7.90

French Toast with Honey : RM 6.90

Nak tahu saiz air minuman di sini?? Betul-betul besar tau!! Memang boleh jadi port tempat santai untuk melepak minum sambil menjamu selera d sini.

Saiz Minuman yang pelbagai
Tambah menarik lagi, di sini juga memberi hidangan salad dan pop corn secara percuma sementara menanti hidangan sampai.


AM memang sangat sarankan untuk yang berada dan yang singgah di Cyberjaya untuk datang sendiri mencuba hidangan di Restoran Campur Campur Kitchen. Memang terbaik, sedap, portion banyak dan besar dengan harga yang sangat berpatutan.

Okey, menu hidangan dah sampai depan mata.. Jemput makan dan selamat Menjamu selera..


Jom ramai-ramai singgah ke Restoran Campur Campur Kitchen di alamat berikut:

Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya

Post a Comment

18 Comments

  1. Butter chicken dan salted egg chicken tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya malam nie Rawlins kena cari makanan yang ada salted egg gak. Tertelan liur plak tengok menu yang ada kat atas tu.

    ReplyDelete
  3. Wah semauanya nampak menyelerakan.. sedap-sedap belaka.. tapi Salted Egg Yolk Chicken Boxing tu nampak menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  4. Everything looked so delicious especially the crispy baby crabs. :)

    ReplyDelete
  5. Wah macam-macam jenis makanan ada. Semua nampak menyelerakan. Nak pergi la nanti

    ReplyDelete
  6. wah menarik tengok gambar gambar masakan dia..nampak sedap..kalau ada masa boleh cuba :)

    ReplyDelete
  7. Aduhh tengok gambar makanan pun dah meleleh air liur tau. Godaan apakah ini. Nampak sedap semua menu ni. Nanti nak datang jugak makan kat sini

    ReplyDelete
  8. Bawa suami makan sini confirm dia suka. Boleh save post ni untuk rujukan kalau nak ke Cyberjaya nanti.

    ReplyDelete
  9. Macam2 pilihan makanan kan. Semuanya nampak menarik dan sedap giler

    ReplyDelete
  10. semua nampak sedap. paling terliur tengok salted egg tu bersama ciken tu

    ReplyDelete
  11. Banyaknyaaa menu dia, menu salted egg dia juga yang jadi pilihan di mata Sis hehehehe...sedap semuanya ek..boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  12. woow...so so tasty delicious all dishes served, I wanna go campur campur for a dining
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Kenapa makanan dia nampak sedap. Mujur duk dekat dengan Cyberjaya. Nanti boleh try makanan kat sini. Berbaloi tengok portion dia tu.

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap2 menarik sungguh set2 nasi berlauk dia.. French toast with honey tu nmpk yummy sgt.. Thanks for sharing this.. Bole pi nnt

    ReplyDelete
  15. nampak sedap ya semua makanan. dah la tengok malam mcmni. haha mengundang sangt

    ReplyDelete
  16. syok yer tengok along jalan2 cari makan kat sini. rindu pulak dah lama tak buat food review. hehe

    ReplyDelete
  17. Sedapnya semua menu. Memang boleh bawa sekeluarga la kan. Sebab nampak sesuai utk semua peringkat usia. Anak pun suka. Ayah pun suka. Ada ayam goreng sedap juga tu. nanti nak try.

    ReplyDelete
  18. Buttermilk tu memang memikat selera betul. Nampak sedap. Menu kat kedai ni pon banyak Hehehe amboi kak murni lepas g sunway terus makan kat sini ke aritu hehehhe

    ReplyDelete