Taman Tema Air Sunway Lagoon Kini Dibuka


TAMAN TEMA AIR SUNWAY LAGOON KINI DIBUKA

MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN


Pada 4 Julai 2020, AlongMurni (AM) sempat singgah ke Taman Tema Air Sunway Lagoon rentetan pembukaan semula pintunya selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19. Pelbagai hadiah istimewa kepada 1,000 pengunjung pertama dan pembeli pas Quack Xpress secara dalam talian untuk kunjungan yang datang selama 2 hari ini.

AM dimaklumkan yang pihak Sunway Lagoon telah melakukan persediaan menyeluruh terutama dari segi kebersihan dan keselamatan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.


Untuk pengetahuan semua, suhu badan pengunjung  yang datang diambil di pintu masuk dan perlu mengisi borang deklarasi diri secara digital sebelum memasuki Sunway Lagoon manakala pemakaian pelitup muka adalah digalakkan. Pihak Sunway Lagoon hanya akan membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjungnya bagi memastikan penjarakan sosial.




Sepanjang berada d Sunway Lagoon telah tersedia Sanitizer di setiap check point. Menurut pandangan doktor pakar penyakit berjangkit, Dr Aaron E Glatt, membasuh tangan menggunakan air dan sabun sepatutnya dijadikan sebagai satu prioriti buat setiap individu. Hand sanitizer boleh digunakan namun perlulah digunakan sebagai cecair tambahan bagi mencegah penyebaran kuman kepada individu yang lain.


Bakteria seperti Clostridium difficile tidak boleh dibasmi dengan hanya menggunakan hand sanitizer, begitu juga dengan Norovirus. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memahami bahawa fungsinya ini adalah seperti suplemen makanan. Kebersihan tangan boleh diperkuatkan dengan penggunaan hand sanitizer.

Jadi apalagi, setiap check point atau selesei je boleh sanitizer je tangan.. Di mana-mana check point dan lokasi aktiviti di Sunway Lagoon terdapat Sanitizer. Segalanya telah tersedia, jadi terpulang pada individu samada nak tengok sahaja atau ambil tindakan untuk menggunakan Sanitizer. Jaga kesihatan diri agar tidak memudaratkan orang lain.

Berikut AM siapkan video AM bersama rakan-rakan di Sunway Lagoon.



View this post on Instagram

A post shared by ALONGMURNI (@murni4485) on







Post a Comment

15 Comments

  1. Wah!!!!!!! Mesti ramai anak2 yg happy Sunway Lagoon is back in business. Macam mana pun kena berhati2 juga ya. Take care.

    ReplyDelete
  2. Bahagia la famili dan kanak-kanak jika dapat dibawa menikmati taman tema selepas lama terkurung kan. Rawlins pun akan gembira jika dapat mandi-manda hehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnyer kak main air. Teringin nak main air kat taman tema macam ni. Lepas PKP ni harap boleh pergi la Sunway Lagoon ni jugak

    ReplyDelete
  4. bagus la kalau dah bukak, budak2 pun dah bosan dan rasa nak main air je. diorang pun sediakan banyak sanitizer

    ReplyDelete
  5. Ini tempat kegemaran husband ni. Memang seronok pegi sini. Banyak aktiviti air dapat buat selain mandi manda

    ReplyDelete
  6. aaaa bestnya. lama tak pergi hehe. nanti boleh pergi sini kalau ada masa terluang

    ReplyDelete
  7. Sana sini semua dah buka ni, tak sabarnyaaa...lama tak lenjan dalam air hahahaha tapi Sis tak pernah sampai Sunway Lagoon ni hehehe

    ReplyDelete
  8. Saya ni sampai hari ni tak sampai sampai lagi ke Sunway Lagoon. hahahaha... Bila dah sampai KL, tak juga singgah... buat benda lain la pula.

    ReplyDelete
  9. yeayyy baru la rasa selamat nak have fun dekat sana bila tengok staff bersihkan kawasan tu. Sanitizer pun dah tersedia untuk pengunjung

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok korang jalan2 dkt Sunway lagoon. Dengar2 ada promosi lagi utk stay dkt hotel sunway .
    Kena cepat booking harga murah giler tu

    ReplyDelete
  11. Awal tahun hari tu pergi tak puas . Bilalah ada peluang lagi nak dapat main puas2 dalam sunway lagoon ni :)

    ReplyDelete
  12. Memang seronok la dah boleh mandi waterpark lagi2 kalau pergi sunway lagoon tapi kita jauh sangat nak pergi sini mampu tengok je

    ReplyDelete
  13. Tu la diaebabkan lama sungguh tak ke Sunway Lagoon tu yg pergi juga sengan Along hari tu sbb nak tgk juga bagaimana mereka jaga SOP. Tapi memang terbaik la...

    ReplyDelete
  14. nampak gak promotion depa buat tu, anak2 pun suka. insyaALlah nak beli nanti

    ReplyDelete
  15. Akhirnya sudah buka...Saya telah tempah pakej yang ditawarkan..RM 500 sahaja

    ReplyDelete