TAMAN TEMA AIR SUNWAY LAGOON KINI DIBUKA
MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
Pada 4 Julai 2020, AlongMurni (AM) sempat singgah ke Taman Tema Air Sunway
Lagoon rentetan pembukaan semula pintunya selepas ditutup sejak 18 Mac susulan
pandemik COVID-19. Pelbagai hadiah istimewa kepada 1,000 pengunjung pertama dan
pembeli pas Quack Xpress secara dalam talian untuk kunjungan yang datang selama
2 hari ini.
AM dimaklumkan yang pihak Sunway Lagoon telah melakukan persediaan
menyeluruh terutama dari segi kebersihan dan keselamatan bagi mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Untuk pengetahuan semua, suhu badan pengunjung yang datang diambil di pintu masuk dan perlu
mengisi borang deklarasi diri secara digital sebelum memasuki Sunway Lagoon
manakala pemakaian pelitup muka adalah digalakkan. Pihak Sunway Lagoon hanya
akan membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjungnya bagi
memastikan penjarakan sosial.
Sepanjang berada d Sunway Lagoon telah tersedia Sanitizer di
setiap check point. Menurut pandangan doktor pakar penyakit berjangkit, Dr
Aaron E Glatt, membasuh tangan menggunakan air dan sabun sepatutnya dijadikan
sebagai satu prioriti buat setiap individu. Hand sanitizer boleh digunakan
namun perlulah digunakan sebagai cecair tambahan bagi mencegah penyebaran kuman
kepada individu yang lain.
Bakteria seperti Clostridium difficile tidak boleh dibasmi
dengan hanya menggunakan hand sanitizer, begitu juga dengan Norovirus. Oleh
itu, amat penting bagi kita untuk memahami bahawa fungsinya ini adalah seperti
suplemen makanan. Kebersihan tangan boleh diperkuatkan dengan penggunaan hand
sanitizer.
Jadi apalagi, setiap check point atau selesei je boleh
sanitizer je tangan.. Di mana-mana check point dan lokasi aktiviti di Sunway
Lagoon terdapat Sanitizer. Segalanya telah tersedia, jadi terpulang pada individu
samada nak tengok sahaja atau ambil tindakan untuk menggunakan Sanitizer. Jaga
kesihatan diri agar tidak memudaratkan orang lain.
Berikut AM siapkan video AM bersama rakan-rakan di Sunway Lagoon.
15 Comments
Wah!!!!!!! Mesti ramai anak2 yg happy Sunway Lagoon is back in business. Macam mana pun kena berhati2 juga ya. Take care.
ReplyDeleteBahagia la famili dan kanak-kanak jika dapat dibawa menikmati taman tema selepas lama terkurung kan. Rawlins pun akan gembira jika dapat mandi-manda hehehe
ReplyDeleteBestnyer kak main air. Teringin nak main air kat taman tema macam ni. Lepas PKP ni harap boleh pergi la Sunway Lagoon ni jugak
ReplyDeletebagus la kalau dah bukak, budak2 pun dah bosan dan rasa nak main air je. diorang pun sediakan banyak sanitizer
ReplyDeleteIni tempat kegemaran husband ni. Memang seronok pegi sini. Banyak aktiviti air dapat buat selain mandi manda
ReplyDeleteaaaa bestnya. lama tak pergi hehe. nanti boleh pergi sini kalau ada masa terluang
ReplyDeleteSana sini semua dah buka ni, tak sabarnyaaa...lama tak lenjan dalam air hahahaha tapi Sis tak pernah sampai Sunway Lagoon ni hehehe
ReplyDeleteSaya ni sampai hari ni tak sampai sampai lagi ke Sunway Lagoon. hahahaha... Bila dah sampai KL, tak juga singgah... buat benda lain la pula.
ReplyDeleteyeayyy baru la rasa selamat nak have fun dekat sana bila tengok staff bersihkan kawasan tu. Sanitizer pun dah tersedia untuk pengunjung
ReplyDeleteSeronoknya tengok korang jalan2 dkt Sunway lagoon. Dengar2 ada promosi lagi utk stay dkt hotel sunway .
ReplyDeleteKena cepat booking harga murah giler tu
Awal tahun hari tu pergi tak puas . Bilalah ada peluang lagi nak dapat main puas2 dalam sunway lagoon ni :)
ReplyDeleteMemang seronok la dah boleh mandi waterpark lagi2 kalau pergi sunway lagoon tapi kita jauh sangat nak pergi sini mampu tengok je
ReplyDeleteTu la diaebabkan lama sungguh tak ke Sunway Lagoon tu yg pergi juga sengan Along hari tu sbb nak tgk juga bagaimana mereka jaga SOP. Tapi memang terbaik la...
ReplyDeletenampak gak promotion depa buat tu, anak2 pun suka. insyaALlah nak beli nanti
ReplyDeleteAkhirnya sudah buka...Saya telah tempah pakej yang ditawarkan..RM 500 sahaja
ReplyDelete