KERJASAMA ANTARA SUNWAY LAGOON DAN UNIVERSITI SUNWAY

 

KERJASAMA ANTARA SUNWAY LAGOON DAN UNIVERSITI SUNWAY

TINGKATKAN INDUSTRI PENDIDIKAN NEGARA

Baru-baru ini AlongMurni berkesempatan untuk sama-sama menyaksikan gabungan kerjasama antara kedua-dua entiti besar iaitu Sunway Lagoon dan Sunway University ke arah peningkatan taraf pendidikan  di Malaysia.

 

AM bersama dengan maskot SunBear dan Maskot-maskot Sunway Lagoon

Majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Lagoon dimeriahkan dengan kehadiran tunjang utama kerjasama ini iaitu Mr Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway dan Dr. Elizabeth Lee, Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group. Turut hadir Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke, Jabatan Sains Biologi, Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke pengkaji ekologi dan pemuliharaan tropika mamalia dan biologi spesies invasif.

 

AM dan rakan-rakan menyokong usaha dan kerjasama antara Sunway Lagoon dan Universiti Sunway

Pada tahun 2002, Dr Shyamala mendapat penganugerahan  ‘International Research Fellowship Award from the US National Science Foundation’ untuk menjalankan penyelidikan karnivor liar di Sri Lanka, termasuk kajian perintis mengenai beruang sloth. Beliau yang pada mulanya mengkaji ekologi dan genetik populasi BERUANG MATAHARI (SUNBEAR) dan siput epal invasif (invasive apple snails) ketika bergabung dengan Universiti Sunway.

 

Orang-orang kuat dalam program kerjasama antara Sunway Lagoon dan Universiti Sunway

Pembukaan projek penyelidikan khusus mengenai BERUANG MATAHARI mencerminkan perkembangan program pendidikan dan pemuliharaan antara SUNWAY LAGOON DAN SUNWAY UNIVERSITY. Hal ini kerana semua beruang di Asia diancam kehilangan habitat dan pemburuan haram bagi kegunaan perubatan dan masakan tradisional.

 


KERJASAMA ANTARA SUNWAY UNIVERSITI DAN SUNWAY LAGOON adalah untuk memberi kesedaran yang lebih besar di kalangan pengunjung mengenai masalah yang dihadapi oleh beruang matahari dan memberi inspirasi kepada tindakan yang akan membantu melestarikan hidupan liar asli kita yang unik.

 


Terdapat dua subspesies BERUANG MATAHARI di Malaysia, subspesies Malayan (Helarctos malayanus malayanus) dijumpai di Semenanjung Malaysia dan subspesies Bornean (Helarctos malayanus euryspilus) dijumpai di Borneo. Ia agak sukar untuk membezakan antara subspesies berdasarkan ciri fizikal, walaupun beruang matahari bornean rata-rata lebih kecil. Oleh itu, penyelidikan mengenai filogeni spesies adalah penting. BERUANG MATAHARI disenaraikan sebagai Hidupan Liar yang Dilindungi sepenuhnya di bawa Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

 










Post a Comment

1 Comments

  1. Yeah! First tengok Sunbear ni masa travel ke Sabah tahun lepas.. Memang kecil dan comel je tengok..

    ReplyDelete