PENGALAMAN TRIP #KITAKEKAMPUNG (SELANGOR)

 

PENGALAMAN JELAJAH 

4 HARI 3 MALAM 

TRIP #KITAKEKAMPUNG

KEUNIKAN BANGHURIS HOMESTAY

PENUH TRADISI, MENYERONOKKAN DAN PUNYA KEASLIAN TERSENDIRI

 

Baru baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut serta dalam Trip #KitaKeKampung anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa & Kampung Tradisi Negeri Selangor bersama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, dikelolakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENs), dengan kerjasama Majalah Gaya Travel untuk menjengah keunikan yang terdapat di Homestay Banghuris.

 

AM dan rakan-rakan media lain berkumpul di MATIC dan bergerak ke Homestay Banghuris menggunakan Bas Persiaran dengan diiringi dua buah motosikal polis bagi memastikan kelancaran perjalanan ke Banghuris Homestay.

 

Banghuris homestay terletak di daerah Sepang, 60km dari Kuala Lumpur dan 35km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Untuk memudahkan perjalanan, hanya ikut papan tanda ke Kuala Langat dan terus ke Sungai Pelek.

 

Banghuris Homestay ini adalah perusahaan inap desa yang diusahakan oleh 3 perkampungan iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris. Dari situ lah wujudnya ‘Banghuris’ dan terdapat sebanyak  80 rumah yang menawarkan 100 buah bilik. Ini merupakan program homestay pertama di daerah Sepang dan juga mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia'.

 

Sepanjang 4 hari 3 malam di Banghuris Homestay banyak yang AM ketahui dan pelajari terutamanya Permainan, Makanan dan Pakaian Tradisional yang terdapat di sini.

 

PERMAINAN TRADISIONAL

GASING

 

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

 

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

 

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .

 

SEPAK RAGA


Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.

 

Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.

 

SUMPIT


Sumpit atau sumpitan (bahasa Kalimantan Tengah: sipet) adalah senjata yang digunakan untuk berburu maupun dalam pertempuran terbuka atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan diam diam. Penggunaan sumpit iaitu dengan cara ditiup.

 

Dari segi penggunaannya sumpit atau sipet ini memiliki keunggulan tersendiri karena dapat digunakan sebagai senjata jarak jauh dan tidak merusak alam karena bahan pembuatannya yang alami. Dan salah satu kelebihan dari sumpit atau sipet ini memiliki akurasi tembak yang dapat mencapai 200 meter.

 

Sumpit tradisional terdiri tabung bambu atau kayu yang panjangnya 1–3 m, Sumpit dilengkapi dengan anak sumpit dengan bentuk bulat kira-kira diameternya kurang dari 1 cm. Anak sumpit (damek) dapat terbuat dari bambu yang salah satu ujungnya berbentuk seperti kerucut yang terbuat dari kayu yang massanya ringan (dari kayu pelawi). Ini berfungsi supaya anak sumpit dapat melesat dengan lurus atau sebagai penyeimbang saat lepas dari buluh. Sedangkan ujung yang lain runcing dan biasanya diberi racun yang sangat mematikan binatang buruan. Racun terbuat dari getah tumbuh-tumbuhan hutan dan sampai saat ini masih belum ada penawar racunnya. Sumpit digunakan dengan cara ditiup. Kuat tidaknya napas penyumpit akan menentukan sejauh mana jarak anak sumpit dapat melesat ke sasarannya

 

WAU KAPAL

 


Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Kapal merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Selangor.

 

Wau kapal menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak yang berbentuk kapal.

 

MAKANAN TRADISIONAL DAN ACARA TRADISI

MAKAN MALAM BERSAMA YB RODZIAH ISMAIL

 

Semasa sesi pertemuan dan bersua bersama YB Rodziah Ismail  (Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor) kedatangan kami disambut dengan acara silat dan Acara Berendoi daripada asyarakat setempat.

 

SILAT

 

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat. Arwah ayah AM pernah berkata bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Selain untuk mempertahankan diri, silat juga dijadikan acara persembahan keramaian.

 

BERENDOI

 

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

 

Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

 

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

 

Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

 

Pada majlis makan malam bersama YB Rodziah Ismail, AM berpeluang sekali lagi untuk merasai keenakan Nasi Ambeng di Kampung Hulu Chuchoh. Nasi Ambeng adalah masakan jawa yang paling popular terutamanya dalam masyarakat jawa melayu di Selangor dan Johor.

 

NASI AMBENG

 

Nasi Ambeng ini sering dihidangkan dengan gaya makan beramai-ramai disajikan di dalam dulang untuk dikongsi dan dinikmati di antara empat ke lima orang. Seronok bila makan beramai-ramai dan kecoh riuh boleh dikatakan sepanjang makan Nasi Ambeng ini. Macam-macam ragam macam-macam karenah.

 

REBUNG MASAK LEMAK CILI API

AM di kawasan penanaman buluh

Kawasan sekitar Banghuris Homestay ini dikelilingi dengan tanaman buluh. Masih ingatkah bidalan melayu?? Kalau melentur buluh biar dari rebungnya. Yang pasti AM sangat suka makan rebung. 


Banyak kegunaan pokok buluh bermula dari rebungnya tau terutama rebung boleh dibuat masak lemak cili padi. Selalunya AM beli rebung di pasar yang dah siap dipotong dan direndam. Jadi di sini AM berkesempatan melihat sendiri bagaimana mengupas, memotong, melihat bahan-bahan masakan untuk memasak Rebung Masak Lemak Cili Padi. 

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASLI

 

Sepanjang di Banghuris Homestay, AM juga berkesempatan untuk mengenali lebih dekat budaya masyarakat orang asli Mah Meri yang terdapat di sini. Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

Berminat untuk menginap di Homestay dan mengikut aktiviti yang terdapat di sini boleh datang dan hubungi :

 

Banghuris Homestay

Jalan Tailong,  Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor

 

Tel/Faks :  03-3142 1010 

Telefon Bimbit: Hj Basir (012-6628548) 

Emel: banghuris_homestay@yahoo.com

Banyak aktiviti menarik dan unik yang akan AM kongsikan di sesi blog yang berikut. Boleh jengah di link berikut :

https://alongmurni.blogspot.com/2020/08/tempat-tempat-dan-aktiviti-menarik-di-banghuris-homestay.html 




Post a Comment

12 Comments

  1. Dah lama tak join trip anjuran Gaya Travel ni.... wah mereka yg sukan gaya kampung elok la cuba tinggal kat homestay ni...mesti penat kan banyk aktiviti selama 4 hari tu...

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa, aktiviti sumpit pun adam teringin nak try. seronok sesekali bercuti camni kan

    ReplyDelete
  3. Seronok nya tempat ni.. macam2 ada eso permainan dan makanan tradisi malaysia kita boleh jumpa di sini

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat join event sebegini. Rawlins mesti nak join yang menari dan lain-lain aktiviti kebudayaan. Pastu duduk rumah desa plak. Bahagia je

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. Nanyak aktiviti ade dekat sini. Boleh tengok cara tradisional diaorng punya permainan, makanan semua.. Pengalaman yang menarik

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, memang pengalaman menarik bila dapat join trip bersama. Pelbagai pengalamand an kenangan tercipta, termasuklah mengenal kawan dan sebagainya. :)

    ReplyDelete
  7. Looks like you really enjoyed your stay kat Banghuris homestay terletak di daerah Sepang! Time to cuti cuti Malaysia kan

    ReplyDelete
  8. Menariknya aktiviti macam ni. Memang terasa seperti pulang ke kampung halaman walapun dekat je, Barulah boleh belajar tentang kehidupan di kampung

    ReplyDelete
  9. Best lah dapat buat aktiviti macam ni. Bagus kan dapat juga ilmu tu.

    ReplyDelete
  10. Best nyer, kalau ada peluang i pun nak masuk kampung and experience their lifestyle.

    ReplyDelete
  11. i really miss the feeling of staying at kampung.. dulu selalu ke sana ke sini.. now jarang dah

    ReplyDelete
  12. Such activity is really good as it allows one to be close to nature or perhaps closer to home. ;)

    ReplyDelete