TEMPAT-TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI BANGHURIS HOMESTAY

 

TEMPAT-TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK

 DI BANGHURIS HOMESTAY


 

RUMAH SAYUR – TANAMAN BERKONSEPKAN FERTIGASI MEJA

 


Uniknya di Banghuris Homestay ini adalah terdapat aktiviti penanaman sayur-sayuran secara organik dan sihat. Cara penanaman sayur-sayuran seperti sawi, kangkung dan taugey ini dilakukan adalah melalui fertigasi meja.

 

Tiada sebarang bahan kimia asing yang ditambah melainkan penggunaan bahan organik. Tanah terdiri daripada campuran sabut kelapa, yang menjadi bahan semulajadi memberikan sokongan yang kuat dan sihat kepada sayur-sayuran.

 

Teknologi ini juga lebih mesra alam berbanding kaedah konvensional dan mengikut amalan pembangunan pertanian lestari, di samping mematuhi agenda pertanian negara.

 

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation.' Sistem ini juga satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

 

Pertama kali AM melihat penanaman jenis fertigasi ini memang AM rasa menakjubkan dan sayuran seperti sawi dan kangkung nampak segar.

 

HL DRAGON FRUIT ECO FARM

 


Jujur AM katakan AM belum pernah lagi melihat Ladang Buah Naga atau melihat Buah Naga dari pohonnya. AM pernah makan buah naga dan pernah nampak buah naga hanya di pasaraya sahaja. Terkejut AM bila melihat bagaimana asal buah naga ini.

 

Mata naga (atau buah naga)ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Ia daripada genus Cereus bermakna kembang malam, sesuai dengan bunga mata naga yang hanya berkembang di waktu malam.

 

Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

 

Menariknya di HL Dragon Fruit Eco Farm ini terdapat café yang menyajikan hidangan berasaskan Buah Naga ini. Memang wajib dicuba yea..

 

JAMIRAH FOOD – PERUSAHAAN KEREPEK DAN MAKANAN RINGAN


Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd (JFISB) yang beroperasi di Lot 815, Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, adalah antara pengeluar kerepek ubi terbesar di Malaysia dengan pengeluaran 100 tan sebulan terutama menjelang musim perayaan.

 

Selain kerepek ubi sebagai perniagaan utama, JFISB juga mengusahakan kerepek pisang dan keledek serta menjual pelbagai makanan berasaskan pertanian yang diusahakan oleh pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) di sekitar daerah berkenaan.

 

PENANAMAN DAN PEMBUATAN SERBUK KOPI


Penanaman Kopi diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Di Banghuris Homestay ini AM berpeluang melihat secara dekat bermula dari pohon kopi itu sendiri sehingga ianya menjadi serbuk kopi.

Biji kopi akan diasingkan daripada buah kopi yang baru dipetik. Kemudian bij-biji kopi tersebut akan ditumbuk sehingga menjadi serbuk. Serbuk kopi itu kemudiannya diayak bagi memastikan kehalusan serbuk kopi yang telah ditumbuk tadi.

 

MADU KELULUT

Di Banghuris Homestay juga terdapat salah satu tapak projek Lebah Kelulut yang diusahakan oleh Haji Basir. Madu kelulut dan lebah kelulut sekarang ini lebih popular berbanding beberapa tahun yang lalu.

 

AM dimaklumkan oleh HJ Basir yang lebah kelulut ini juga tidak berbahaya dan sarangnya perlu diletakkan di kawasan redup seperti di bawah pokok adalah yang terbaik. Kalau diletakkan di kawasan terbuka dan terdedah kepada panas, lebah kelulut ini akan mati atau lari membuat sarang di tempat yang lain.

 

Perkara lain perlu diketahui ketika menuai madu lebah ini juga, elak tuai ketika musim hujan kerana kandungan air tinggi dalam madu memerlukan kerja tambahan untuk memprosesnya.

 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Malah Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.

 

RAWATAN TRADISONAL BAGI WANITA YANG BARU BERSALIN.

Kadang-kadang bila lepas melahirkan anak, AM sendiri kurang ambil berat bab penjagaan diri. Di Banghuris Homestay, AM mendekati Tusriah bt Saram atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda, merupakan seorang pengusaha jamu dan perubatan tradisional. Banyak info yang AM pelajari tentang perubatan tradisional serta beliau banyak berkongsi tips dan penjagaan diri.

 

Beliau juga berkongsi cara-cara menghasilkan dan memproses PARAM digunakan untuk merawat kulit dan kesihatan. Param iaitu sejenis bedak panas yang digunakan dibadan bagi mengatasi pembengkakkan badan selepas bersalin. Di samping membantu melancarkan peredaran drah, PARAM juga bertujuan mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan dan memberi kehangatan pada tubuh badan bagi wanita yang baru bersalin.

 

PROSES PEMBUATAN BELULANG LEMBU


Satu perkara yang AM baru tahu dan pelajari di sini adalah belulang . Belulang adalah kulit binatang yg telah dikeringkan dan diproses.

 

AM berpeluang untuk melihat sendiri proses menghasilkan belulang lembu bermula dari sesi pengeringan, pembakaran, perendaman dan sebagainya.

 

AM siap beli bawa balik ke rumah untuk mencuba sendiri belulang ini. Belulang dikatakan sedap untuk dibuat masak lemak, goreng kunyit dan diletakkan dalam menu berkuah seperti asam pedas ataupun gulai.

 

Berminat untuk menginap di Homestay dan mengikut aktiviti yang terdapat di sini boleh datang dan hubungi :

 

Banghuris Homestay

Jalan Tailong,  Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor

 

Tel/Faks :  03-3142 1010 

Telefon Bimbit: Hj Basir (012-6628548) 

Emel: banghuris_homestay@yahoo.com



Post a Comment

17 Comments

  1. Banyaknya aktiviti boleh buat kat sini.
    Bagus betul. ;)

    ReplyDelete
  2. atie pernah try madu kelulut, rasa perbagai jenis dari beberapa sarang, rasa dia unik dan sedap lagi dari honey bee.... but then esok tu , batuk and demam sbb badan terlalu panas kot

    ReplyDelete
  3. Bagusnya aktiviti camni.. Kadang2 kita tak tahu pon kewujudan tempat macam ni taw.. Thank You info!!

    ReplyDelete
  4. menariknya cara penanaman mcm tu. sedap tu buah naga..wah buat kopi sendiri tu best.

    ReplyDelete
  5. Macam best aje stay dekat homestay ni. Dapat suasana kampung

    ReplyDelete
  6. Favourite tu buah naga. Baru tahu asal dari pokok tu rupa mcm mane. Buat ice blended memang sedap. Masa kecik selalu ikut atok petik biji kopi lepastu curi2 makan. Haha

    ReplyDelete
  7. Menarik yer trip ke sini, dapat lihat sendiri lebih dekat tarikan di kawasan sekitar . rasa macam nak buat trip ke sini juga dengan family

    ReplyDelete
  8. Bestnya tengok. Tak snagak ade homestay dengan macam2 aktiviti.. Dekat sepang je pulak tu.. Boleh pergi ni kalau ada masa terluang.. Boleh tengok pokok kopi, naga, makanan situ

    ReplyDelete
  9. macam2 ada dekat baghuris ni. suka tengok...rindu kawasan perkampungan macam ni

    ReplyDelete
  10. Baru tahu tempat banghuris ni. Menarik ni kalau bawak anak-anak ke sini

    ReplyDelete
  11. Banyak je area menarik di Selangor ye. Dah tak jauh, boleh ajak anak-anak weekeend nanti. Geram tengok kerepek tu, nak borong!

    ReplyDelete
  12. Uish. Seronok jugak banyak aktiviti agro pertanian di sini. Bila lagi nak merasa depan mata. Siap buat dessert ais krim guna buah lagi.

    ReplyDelete
  13. wahhhh bestnya menginap dekat Banghuris Homestay nie sebab dekat dengan pelbagai tempat2 menarik. bolehlah nanti plan bawa family ke sini

    ReplyDelete
  14. Wahh ada ladang buah naga dan juga ada banyak tempat menarik kat sini rupanya best giler lah banyak aktiviti boleh buat kat sini hehehe seronoknya datang sini...

    ReplyDelete
  15. Wah. Banyak betul aktiviti yang boleh dijalankan di sini ye. Macam best je kalau nak staycation kat sini kan.

    ReplyDelete
  16. Banyak jugak aktiviti boleh buat dekat sini. Tapi paling excited nak makan buah naga tu kalau pergi. Macam2 pulak menu boleh buat dengan buah naga.

    ReplyDelete
  17. Ruby pernah pergi sekali ke Baghuris Homestay dan jatuh cinta dengan keindahan landscape kampung kak. Nanti nak ke sana lagi. Masakan kampung sedap!!!

    ReplyDelete