JAPANESE CUISINE PILIHAN : EAT SUSHI, SUNWAY GIZA - PENGEMBARAAN ALONG MURNI (AM)

Friday, 16 October 2020

JAPANESE CUISINE PILIHAN : EAT SUSHI, SUNWAY GIZA

 

JAPANESE CUISINE PILIHAN : EAT SUSHI, SUNWAY GIZA

PELBAGAI, ENAK DAN SANTAI DINIKMATI BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT

 


Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8.

 

Apabila AlongMurni (AM)menerima undangan untuk mencuba menu baharu yang terdapat di EAT SUSHI yang berlokasi di Sunway Giza, Damansara semestinya peluang ini tidak dilepaskan. Kalau nak diingatkan, sushi merupakan makanan kegemaran anak teruna AM. Sejak dari dalam perut lagi hanya sushi yang boleh dimakan sepanjang 9 bulan mengandungkan anak teruna seorang ini. Lain macam nasi, mee atau bihun yang dimakan confirm muntah keluar. Jadi, di musim COVID ini AM tidak bawa anak anak keluar terutama di pasaraya atau Mall. InsyaAllah, bila COVID berjaya diatasi sepenuhnya, AM confirm bawa anak-anak AM makan luar bersama AM.

 



Sedikit info tentang latar belakang EAT SUSHI adalah ianya bermula di dalam industri sushi pada tahun 2009 di Capalaba Central Shopping Centre Australia. Kini EAT SUSHI mempunyai 6 cawangan di Australia dan Sunway Giza Malaysia merupakan lokasi pertama di luar dari negara Australia. EAT SUSHI berbeza dengan restoran makanan Jepun yang lain kerana EAT SUSHI membawakan elemen Australia dan makanan Jepun ke dalam resipi mereka. EAT SUSHI amat mengutamakan makanan yang segar dan berkualiti tinggi kepada para pelanggan.

 

KENAPA SUSHI MENJADI PILIHAN?

Bahan-bahan utama sushi Jepun tradisional terdiri daripada ikan mentah dan beras, yang mempunyai lemak yang rendah serta protein yang tinggi. Makanan lautan mengandungi tahap Omega-3 yang agak tinggi. Sushi sering dihidangkan dengan bahan mentah, tiada lemak masak diperkenalkan semasa penyediaan. Sesetengah bahan-bahan bukan tradisional seperti keju dan mayonis yang kadang-kadang dijumpai dalam hidangan sushi ala Barat boleh meningkatkan jumlah lemak yang ketara.

 

Vitamin dan mineral juga didapati dalam kebanyakan makanan laut dan sayur-sayuran yang digunakan dalam penyediaan sushi. Kandungan nutrisi adalah bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Sebagai contoh, udang kaya dengan kalsium dan iodin, manakala salmon kaya dengan Vitamin D. Nori yang digunakan untuk membalutkan sushi kaya dalam kedua-dua nutrien tersebut. Sayur-sayuran lain yang dibalut dalam sushi juga menawarkan pelbagai vitamin dan mineral. Karbohidrat terdapat dalam nasi dan sayur-sayuran. Sesetengah bahan-bahan bukan tradisional boleh meningkatkan tahap karbohidrat yang agak tinggi.

 

KEUNIKAN  DI EAT SUSHI


Signature Sushi yang diperkenalkan di EAT SUSHI adalah:


·         UNAGI RAINBOW MAKI

Semestinya Unagi atau belut menjadi bahan utama dalam menu ini. Memang sedap terutamanya bila ada tambahan Cream Cheese. Terbaik dan AM memang sarankan untuk mencuba menu ini.

 

·         GRILL SALMON RAINBOW MAKI

Peminat Salmon semestinya tidak akan menidakkan sushi ini. Uniknya bagi penggemar salmon yang tak suka makan mentah, salmon ini digrill dan rasa smoky memang terbaik.

 

·         TEMPURA SUSHI MAKI.

Menu tempura ini memang terbaik dan kena dengan tekak AM. Menu ini kalau anak teruna Am yang cuba confirm diambil ulang dan ulang. Faham benar dengan tekak anak teruna AM yang seorang ini.

 

·         AVOCADO RAINBOW MAKI

Menu ini memang lain dari yang lain.Jarang dapat kita lihat sushi dikombinasikan bersama Avocado. Rasanya memang unik dan kena cuba sendiri yea. Memang kombinasi menu sihat.

 

·         GRILL HOTATE RAINBOW MAKI

Menu ini menjadikan isi ketam sebagai bahan utama dan dikombinasikan dengan ‘scalIop’ yang digrill. AM siap makan dua piring punya layan dia punya rasa yang sedap tau!

 

·         EGG RAINBOW MAKI

Menu ini AM sarankan bagi yang baru pertama kali mencuba makan sushi sebelum mencuba sushi sushi lain yang padat dengan pelbagai rasa.

 

 

 

 

Menariknya di EAT SUSHI ini adalah harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dengan rasa yang padat dan enak. Pasti tidak menghampakan. Harga mengikut warna pinggan iaitu:

·         Biru : RM 2.80

·         Hijau : RM 3.80

·         Hitam : RM 4.80

Istimewa sempena PKPB ini ada promo tau

π™€π˜Όπ™ π™Žπ™π™Žπ™ƒπ™„ π˜Ύπ™Šπ™ˆπ˜½π™Š π™π™„π™€π™Žπ™π˜Ό

 


Berminat untuk membuat tempahan?? Penghantaran Percuma sehingga ke kawasan Klang, Ampang, Cheras atau Rawang dan tempat-tempat lain, boleh buat tempahan via wasap.my/+60176933916/

Alamat : A-13-G Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor.

Reservation : 03 - 7496 7318

FB : www.facebook.com/EatSushiMalaysia/

IG : https://www.instagram.com/eatsushi.malaysia/

2 comments:

Atie Zieya said...

baca ni pagi2 mcm ni, rasa mcm nak p cari sushi plak balik ni...

Syaz Rahim said...

officemate ada sorang graduan jepun, selalu jugak open order makanan jepun ni, wanpaku la, onigiri la..hehe