KUMPULAN AL IKHSAN SAHUT SERUAN MELALUI KEMPEN JUALAN MALAYSIAKU SELAMAT DAN AKTIF

 

KUMPULAN AL IKHSAN SAHUT SERUAN

 KEMPEN JUALAN MALAYSIAKU SELAMAT DAN AKTIF

 


Mesti ramai yang pernah membeli barangan di Al-Ikhsan kan?? Kebanyakan produk yang dijual di Al-Ikhsan adalah berkualiti dan harga mampu milik. AlongMurni (AM) sendiri merupakan pengguna tegar barangan keluaran Al-Ikhsan dan sangat menyokong produk keluaran tempatan.

Baru baru ini AM sempat turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Jualan Negaraku Selamat Dan Aktif Bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) Dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Tahun 2020.




Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyempunakan Majlis Pelancaran Jualan Negaraku Selamat dan Aktif anjuran Kumpulan AI-Ikhsan di Pusat Membeli-Belah MyTown,Kuala Lumpur. Program int adalah bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang telah bermula sejak bulan Julai 2020. Program ini juga bertepatan dengan tema PJM bagi bulan Oktober iaitu “Jualan bertemakan Gaya Hidup“ serta sambutan bulan Sukan Negara yang akan disambut pada 10 Oktober 2020.


Kumpulan Al-Ikhsan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan jualan besar besaran dari bulan Oktober hingga Disember 2020 yang dijenamakan sebagai Kempen Jualan Malaysiaku Selamat dan Aktif yang akan melibatkan 135 cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara. Program ini merupakan aktiviti pertama sebelum pelancaran Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2020 di mana ia merupakan penaja utama pakaian sukan bagi Hari Sukan Negara.


Objektif Kempen Jualan Negaraku Selamat dan Aktif adalah bagi memberi nilai terbaik kepada rakyat Malaysia di kala Kerajaan menggalakkan rakyat untuk berbelanja untuk menjana semula ekonomi negara. Harga “value for money" di setiap pembelian barangan di Premis Al-Ikhsan kelak diharap dapat diterjemahkan sebagai satu (1) motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.




Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna amat mengalu-alukan peranan pihak korporat seperti usaha yang telah dilakukan oleh Kumpulan Al-Ikhsan ini. Usaha pihak swasta seperti Al-Ikhsan ini wajar dicontohi atas rasa tanggungjawab dan sumbangan mereka kepada negara melalui penawaran produk yang “value for money" kepada rakyat Malaysia. Ini akan membolehkan wang yang dijimatkan dapat dibelanja kepada perkara lain juga.



Sehubungan itu, Kementerian mengalu-alukan rakyat Malaysia amnya dan pencinta sukan dan riadah khususnya untuk berbelanja dan menyokong menjana ekonomi negara serta terus aktif bersukan agar Malaysia terus kekal sihat dan selamat daripada wabak COVID19. Kementerian juga turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan dan pihak korporat terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kumpulan Al-Ikhsan dan pihak pengurusan MyTown kerana berjaya mengadakan Kempen Jualan Negaraku Selamat dan Aktif bersempena dengan Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia.



Kredit Pic : Megat Review

Post a Comment

15 Comments

  1. Diharapkan dengan kempen ni boleh la i berbelanja Nike banyak2 kat AlIkhsan ni hahha..memang dr dulu suka masuk AlIkhsan sebab senang nak beli sports items semua ada dlm 1 bumbung.

    ReplyDelete
  2. Semoga usaha Murni ini dapat menggalakkan lagi pembelian di butik Al-Ikhsan. Harga mesti banyak promosi dan banyak pilihan. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. suka Alkhsan ni, klu nak cari barang suka sure pergi sni dulu

    ReplyDelete
  4. LH memang kalau nak cari barang sukan Al-ikhsan lah. Al-ikhsan ni harga dia pun tak semua yang manal-mahal. Ada aje yang mampu milik.

    ReplyDelete
  5. This is a. Good campaign. I salute this! Thank you for sharing this post with me. Have a good weekend.

    ReplyDelete
  6. loving this initiative. hoping for it to be a successful and exciting one!

    ReplyDelete
  7. kite memang suka AI ni sebab banyak benda-benda murah, baguslah dorang wat camni! part of qsr

    ReplyDelete
  8. Al-Ikhsan ni bagus kita pernah beli sini dan support business tempatan hehehe moga banyak lagi usaha murni macam ni di masa akan datang menjana ekonomi dalam musim pendamik nikan...

    ReplyDelete
  9. Jom support bisnes tempatan Al-Ikhsan ni. Harga barangan pun berpatutan dan mampu milik. Kalau time ada sale murah, syok juga membeli di situ.

    ReplyDelete
  10. Suka masuk al ikhsan. Sekali masuk berjam2 duduk situ. Semua benda menarik 😊

    ReplyDelete
  11. I bought some of my fitness gear from them also, their price are very reasonable too.

    ReplyDelete
  12. Wahhh dengan ada kempen ni sure ramai yang dapat beli peralatan sukan dengan harga lebih menarik... Jom sama2 support!

    ReplyDelete
  13. Best pklak dengo temanya tu, Jualan penuh gaya' gitu heheheh..nak kena singgah ni..tahniah buat mereka yang terlibat..

    ReplyDelete
  14. Bahaya kalau masuk Al-Ikhsan ni, takut banyak sangkut. Hehe

    ReplyDelete