MAJLIS PELANCARAN HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD.

 

MAJLIS PELANCARAN HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD.

FILEM PERTAMA ‘PUTERI GUNUNG SENGKUANG’

GABUNGAN ARTIS VETERAN DAN PELAKON BARU YANG HEBAT

 


Pada 30 september 2020 yang lalu, MY ASIA EMPIRE telah mengadakan majlis pelancaran produksi filem dan drama HFS PRODUCTION (M) SDN. BHD. di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur. Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan artis terkenal antaranya Raja Azmi, Badrul Muhayat, Ropie Cecupak, Lan Zailan dan Radhi OAG.

 

MY ASIA EMPIRE adalah sebuah syarikat rakaman yang lebih dikenali dengan nama ASIA EMPIRE RECORDS. ASIA EMPIRE RECORDS telah melahirkan beberapa artis naungan selaku penebit dan edaran. Mana tidaknya ASIA EMPIRE RECORDS mempunyai studio rakaman dan menjadi nadi utama penggerak karya karya artis naungan mereka secara bebas. ASIA EMPIRE juga turut terlibat dalam hal pengurusan artis, promosi dan sebagainya.

 

Setelah beberapa tahun bertapak di dalam industri muzik, kini tampil dengan gabungan bersama EN HANIFF KHAN SERTA PUAN RUSILAWATI (KAK SHILA MAMBO) yang merupakan pelakon serta penulis skrip yang tidak asing lagi didalam dunia perfileman dan drama di Malaysia. Gabungan hebat ini membolehkan mereka melangkah setapak lagi ke dunia perfileman dan drama dengan menubuhkan sebuah produksi filem iaitu HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD.

 


HSF PRODUCTION (M) SDN. ZHD. telah melantik SHILA MAMBOO sebagai pengarah pengurusan filem dan drama untuk beliau terus menghasilkan karya karya terbaru samaada di dalam bentuk filem mahupun drama serta telemovie. Dengan ini HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD. akan melahirkan filem dan drama untuk memberi satu impak baru serta bersaing secara sihat untuk bersama memartabatkan industri filem dan drama malaysia.



Semasa majlis pelancaran HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD, turut diadakan pra-pelancaran filem pertama mereka iaitu ‘PUTERI GUNUNG SENGKUANG’ hasil skrip tulisan Sheila Mambo yang berunsurkan komedi ‘Slapstik’ bersesuaian dengan pemilihan tajuk ‘Sengkuang’ itu sendiri. AlongMurni (AM) dimaklumkan yang filem yang bakal ditayangkan tahun hadapan ini akan dibarisi purata 80% pelakon veteran dan selebihnya pelakon baru yang masih dalam proses pemilihan dan penentuan akhir, termasuk pengarah yang akan umumkan pada majlis pelancaran rasmi FILEM PUTERI GUNUNG SENGKUANG kelak.

 


AM sangat berharap gabungan antara pelakon veteran dan pelakon baru akan lebih memukau dan memberi fenomena baru untuk industri seni tanah air.

Post a Comment

1 Comments