PRODUK MYLEA : ROZITA CHE WAN PERKASAKAN LAGI JENAMA



PRODUK MYLEA : ROZITA CHE WAN PERKASAKAN LAGI JENAMA

MEMBANTU RAMAI WANITA MENDAPATKAN KULIT CANTIK

MELAHIRKAN USAHAWAN MENJANA PENDAPATAN 


Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Duta Produk MYLEA bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Meriah dan penuh gilang gemilang namun masih mengekalkan SOP yang telah ditetapkan.

 

AM bersama Produk MYLEA

Tahun 2021 dimulakan dengan satu anjakan paradigma yang besar bagi Syarikat Amylea Group SDN.BHD di mana secara rasminya pelakon terkenal, Puan Rozita Che Wan akan menjadi duta bagi jenama Mylea.

 


“Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Puan Amylia yang merupakan Pengasas Mylea.


Puan Amylia : Pengasas MYLEA berucap semasa Majlis Menandatangani Kontrak 


SEJARAH PENUBUHAN AMYLEA GROUP SDN BHD


Segalanya bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam untuk mempunyai jenama sendiri, Tuan Fakrul sanggup berhempas pulas dan berhujan panas menguruskan perniagaan demi keselesaan di masa hadapan.

 

Puan Amylia yang bekerja sebagai pegawai eksekutif jualan dan pemasaran di salah sebuah hotel tempatan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi meraih impian. Beliau pernah dicabar oleh bekas majikan bahawa penjenama produk sendiri sangat sukar dan tidak akan Berjaya. Namun semangat dan keyakinan Puan Amylia tetap teguh dan Utuh yang beliau akan Berjaya.

 

Disebabkan impian dan matlamat yang jelas, Tuan Fakrul dan Puan Amylia Farhana maka tercetusnya idea untuk menubuhkan jenama MYLEA di bawah syaraikat AMYLEA GROUP SDN BHD yang mampu membantu wanita di luar menyelesaikan masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam malahan Berjaya melahirkan lebih ramai usahawan menjana pendapatan di bawah jenama MYLEA.

 

Atas tekad dan keyakinan yang kuat suami dan isteri ini bangkit setelah melalui pelbagai cabaran dan keperitan sehingga Berjaya membuktikan jenama tempatan di bawah kelolaan syarikat Bumiputra mampu menembusi pasaran dalam dan luar negara.


Antara Orang-orang kuat di belakang MYLEA

Dengan terlantiknya Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea akan memperkasakan lagi jenama Mylea di pasaran semasa. Ini merupakan permulaan yang baik bagi jenama Mylea dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh rasmi perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea.

 

Majlis Menandatangani Kontrak Lantikan Rozita Che Wan Sebagai Duta MYLEA

Sesi Potong Kek dan Pelancaran Rasmi Perlantikan Che Ta sebagai Duta

Tambah menarik, jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia PACIFIC SUPER HEALTH BRAND sejak tahun 2018 hingga sekarang dan baru-baru ini syarikat ini berjaya mendapatkan SME100 AWARDS 2020. Produk jenama Mylea juga telah mendapat kelulusan Sirim setelah melepasi standard piawaian yang dikehendaki. Sepanjang majlis berlangsung, AM bangga kerana anak tempatan mampu bangun dan berdiri membuktikan produk tempatan mampu bersaing setanding dengan produk luar yang bagus dan berkualiti. 




Selama 8 tahun ini, Produk MYLEA dikenali kerana manafaat dan kelebihan tersendiri. Walaupun negara berdepan dengan cabaran dan krisis kewangan dek kerana COVID 19 namun semangat para 'fighters' dan 'Jemaah' MYLEA begitu kuat dan gigih hingga hasil jualan semakin bertambah melalui jualan online hanya menggunakan platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan Tik Tok.



 


 

Post a Comment

2 Comments