JUST SEAFOOD MENYAJIKAN MENU MAKANAN LAUT ASLI TERBAIK

 JUST SEAFOOD MENYAJIKAN MENU MAKANAN LAUT ASLI TERBAIK

ENAK, PELBAGAI, SEGAR DAN PENUH RASA

KHAS BUAT PEMINAT MAKANAN LAUT

Berita baik buat penggemar seafood!! Kalau nak rasai sendiri kesegaran, kelazatan dan keenakan setiap aneka makanan laut, AlongMurni (AM) sarankan untuk datang ke Just Seafood yang terletak di Sunway Giza, Kota Damansara.

 


Untuk pengetahuan semua Pembaca Blog AlongMurni, Just Seafood (JS) telah dibuka 7 tahun yang lalu di Malaysia, dan telah menjadi salah satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan dengan gaya yang unik yang memenuhi semua kaum dan budaya di Malaysia.

 


Menariknya kali ini Menu BABY LOBSTERS yang baru juga telah ditambah. Pertama di Malaysia, dan Baby Lobster ini diimport dari Amerika Syarikat.  Tak dapat nak ke sana jadi dapatlah kiranya kita menikmati gaya makan Louisiana Cajun yang sebenar dengan udang karang asli dari sana kannn..

Antara menu menarik dan menjadi pilihan kepada pengunjung dan penggemar makanan laut adalah:

 

THE CAJUN ORIGINAL

Sos ISTIMEWA JS, THE CAJUN ORIGINAL, adalah menu terlaris nombor 1 di sini. Menu ini merupakan campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika, telah mengolah serba-sedikit sosnya untuk menjadikannya CAJUN ASLI SEAFOOD ASLI dan rasakannya sendiri kerana rasanya benar-benar enak dan menepati citarasa tempatan. Menu ini menjadi antara menu yang wajib dicuba bagi yang pertama kali ingin mencuba makanan laut di sini.

 


BUTTER CREAM MILK

Menu BUTTER CREAM MILK ini dimasak dengan hanya menggunakan mentega asli. Bagi yang tidak suka makan pedas, menu ini semestinya menjadi pilihan terutamanya bagi kanak-kanak.

 


GOLDEN SALTED EGG

Menu GOLDEN SALTED EGG dimasak dengan kuning telur masin. Menu ini menjadi salah satu menu kegemaran AM dan wajib dicuba tau! Rasanya memang sedap, enak dan kena dengan selera AM dan rakan-rakan. Kalau dating berkunjung di Just Seafood semestinya menu ini akan menjadi pilihan menu utama AM.

 


SIGNATURE CURRY

Menu SIGNATURE CURRY dimasak dengan campuran ramuan banyak rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi semua. Bagi penggemar makanan pedas, AM sarankan untuk mencuba menu ini.

 


NELAYAN PLATTER

Menu NELAYAN PLATTER ini merupakan menu yang berkonsepkan makanan laut yang dikukus.  Sos yang disiram di atas makanan laut adalah  ramuan sos yang didatangkan khas berasal dari pulau Bali, Indonesia.  Ini adalah sos tradisional yang digunakan oleh nelayan di sana untuk memasak makanan laut mereka setelah mereka menangkapnya dari laut.  

Gaya memasak makanan laut budaya khas yang pelajari ketika team Just Seafood mengunjungi Bali, dan diajarkan kepada team Just Seafood oleh Pak Nelayan yang merupakan nelayan tradisional dari Bali.  Sebab itu, nama NELAYAN PLATTER. Menu ini menjadi menu yang sangat menarik dan unik untuk dicuba. Rasanya memang sedap, kesegaran dan kemanisan makanan laut benar-benar terasa. Bila diadunkan dengan ramuan asli Bali ini rasanya memang Wowww!!

 


Berikut adalah perincian makanan laut segar yang disediakan di Just Seafood 

BABY LOBSTER CAJUN

Baby Lobsters / Crayfish / Crawfish / Lobsters Air Tawar (Dari Amerika Syarikat). Baby Lobsters adalah tambahan terbaru untuk pelbagai makanan laut.  Berasal dari Louisiana (AS), ini adalah makanan laut asli yang dimakan di sana.  Akhirnya setelah 7 tahun, pihak JS berjaya dapat membawa Baby Lobsters ke Just Seafood.

(Baby Lobsters)

RM80 untuk Setengah kg (12pcs)

RM150 untuk 1kg (24pcs)

(Disarankan dimasak dalam sos Cajun Asli / pedas Super Panas ... Dan disertakan dengan Lobak, Kentang & Jagung)

 


KETAM NIPAH (Dari Indonesia)

350g L saiz RM40

450 XL saiz RM55

550 saiz 2XL RM75

650g-790g 3XL saiz RM100

800g-1kg saiz 4XL RM140

 


KETAM BUNGA 

(Dari Sabah, ditangkap pagi dan diterbangkan ke KL pada hari yang sama. Tidak beku)

Setengah kg RM40

1kg RM75

 


TIRAM HIDUP

(Dari Washington State USA. Saiz besar)

1 pc RM18

Beli 4 pc dapatkan 1 lagi PERCUMA.

 


Kerang (Indonesia & Thailand)

Kerang (Dari Jepun)

Kerang (Dari Chile)

 


Udang (Dari Sabah)

Sotong (Sabah)

Baby Gurita (Jepun)

 

PROMO RAMADAN FEAST!


SET untuk 2 Orang - RM129

(Ketam 350g,  Udang, Lala, Kupang,  Jagung /Kentang / Lobak)

Pilihan Sos - (Original Cajun / Golden Salted Egg / Signature Curry / Butter Cream Milk)

Pilihan Spicy Level (Medium/Hot/Super Hot)

2 PILIHAN MINUMAN!

Ice Lemon Tea / LemonGrass Cooler

 



Yang berminat untuk datang bersama keluarga, sahabat handai dan teman sekerja boleh berkunjung di Just Seafood yang terletak di Lokasi 

C-8-G Sunway Giza Mall,

No 2, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,

Kota Damansara, Petaling Jaya.

Untuk tempahan melalui delivery boleh whatsapp ke wasap.my/+60122280855/JSDelivery


Post a Comment

15 Comments

  1. Menarik betul tawara harganya. Rawlins nak share dengan sorang kawan yang memang suka gila makan seafood - nie memang sesuai dengan dia.

    ReplyDelete
  2. Telan air liur tengok menu seafood dia yang nampak sedap sangat. Tapi Yaya tengah berpantang seafood sebab anak eczema yaya masih breastfeeding. Boleh masukkan kedai ni dalam list nanti hee

    ReplyDelete
  3. Ya Allahhh look at that crab!! Kita ni dah la hantu seafood. memang terliur nya laaaa

    ReplyDelete
  4. Ketam, Udang.....OMG sedapnya....lepas tu sis akan pilih sos CAJUN tu haa.....

    ReplyDelete
  5. ya ampunnnnn seafood dia besar2 geram je macam nak makan skrin ni haha

    ReplyDelete
  6. I would want to try the curry one which looks spicy and delicious. :) Look at the crabs look so big.

    ReplyDelete
  7. Fuhhh kemain besar seafood2 tu semua. Memang berbaloi dan puas hati makan kalau macam ni.

    ReplyDelete
  8. Semua menyelerakan kak! Memang best! Nanti nak datang ke Just Seafood. Tergoda tengok kuah sos tu. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Ya ampun sedapnyaaaaa. Dah la lama x.makan seafood sebenarnya heheh

    ReplyDelete
  10. Wow.. Makan2 shell out mcm best je bila ramai2 kan... Nampak menu dia pon pelbagai jenis.. Harga pun not bad laaa...

    ReplyDelete
  11. wow, mengancam yer makan-makan kat sini dengan kawan-kawan. Nanti nak try lah bawa satu family makan sini. terbaik!

    ReplyDelete
  12. Nell jarang makan seafood tapi sekali cuba kat sini, macam nak repeat jer every time teringin nak makan shellout! Nice place ya!

    ReplyDelete
  13. Wah, tak pernah lagi rasa baby lobster. Agaknya tekstur dia mesti lg lembut drp lobster biasa, kan? Harga pun nampak lebih mampu milik.

    ReplyDelete
  14. ya ampun !!! nampak sedap semuanya !! hee~ husband atie suka seafoods, bahaya kalau beliau nampak entri blog camni.. confirm barai diet atie nanti kalau ngikut saje.. btw !! harga nya murah ya..

    ReplyDelete